

Sebab itu kita perlukan kemenangan lawan dengan china malam semalam. Namun apakan daya, kita tidak boleh berharap pasukan yang lain. Keputusan perlawanan pasukan lain banyak yang dapat 7 mata. Jaringan yang banyak jadi kelebihan buat pasukan dapat tempat 4 terbaik no2. Malaysia no4 terbaik tetapi tak layak sebab pasukan Thailand no 2 jugak ,tetapi 6 mata (sebab dia tuan rumah).
MALAYSIA GAGAL MARA KE KEJOHANAN AFC U23 2020, THAILAND.
Impian skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) untuk layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 yang akan berlangsung pada tahun hadapan terkubur selepas gagal menempatkan diri dalam kalangan empat pasukan naib juara terbaik.
Kegagalan tersebut turut menguburkan cita-cita Harimau Muda untuk mara ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dimana kejuaraan tersebut turut berfungsi sebagai pusingan kelayakan bagi temasya tersebut.
Dalam perjalanan perlawanan terakhir peringkat Kumpulan J, Harimau Muda tampil dengan permainan yang berani dan berjaya mendahului sebanyak dua kali. China yang tertekan terpaksa bergantung dengan permainan fizikal.
Namun begitu, pada minit ke-84, Jiang Shenglong berjaya menanduk gol kedua buat China seterusnya mengikat Malaysia sehingga tamat perlawanan.
Walaupun telah mengharungi kempen kelayakan ini tanpa kalah, keputusan seri tersebut jelas membunuh impian Malaysia keseluruhannya apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan keseluruhan 16 pasukan yang layak pada awal pagi tadi.
11 juara kumpulan ialah Qatar, Bahrain, Iraq, UAE, Jordan, Uzbekistan, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, China dan Vietnam.
Manakala empat pasukan naib juara dimenangi oleh Australia, Syria, Iran dan Arab Saudi. Thailand pula layak secara automatik atas kapasiti selaku tuan rumah pada tahun hadapan.
Thailand (hosts)
Qatar (Group A winners)
Bahrain (Group B winners)
Iraq (Group C winners)
United Arab Emirates (Group D winners)
Jordan (Group E winners)
Uzbekistan (Group F winners)
North Korea (Group G winners)
South Korea (Group H winners)
Japan (Group I winners)
China PR (Group J winners)
Vietnam (Group K winners)
Australia (Best second-placed team)
Iran (2nd best second-placed team)
Syria (3rd best second-placed team)
Saudi Arabia (4th best second-placed team)
Foto Kredit: FAM
Ramai yang tanya kenapa gagal atau tidak layak mara ke peringkat seterusnya.??
Hal ini kerana pasukan Thailand kalau tengok mata dia pun tangga kedua. Sebab dia tuan rumah, automatik layak beraksi untuk AFC ini. So untuk layak ke piala afc u23 ini. Kena jadi juara kumpulan. Juara kumpulan setiap kumpulan A sampak K jadi ada 11 pasukan.
Naib juara dipilih pasukan yang terbaik 4 pasukan sahaja. Malaysia tangga ke 4 sepatutnya. Tetapi sebab ikut peraturan FIFA macam tuh, terpaksalah kita akur.
Ramai menyebut kegagalan menang besar ke atas Laos pada perlawanan kedua tempoh hari sebagai punca utama kegagalan skuad bimbingan Dato’ Ong Kim Swee meneruskan kemaraan.
Ia boleh dikatakan satu ‘direct conclusion’ kerana sememangnya kemenangan tipis 1-0 menyaksikan Malaysia terpaksa berputih mata dipintas Iran, Syria dan Arab Saudi pada saat akhir untuk mengisi kedudukan empat naib juara terbaik dengan hanya beza satu jaringan setelah kesemuanya mengumpul tujuh mata.
Dua lagi pasukan di atas Malaysia iaitu Tajikistan dan Oman juga mengatasi kita dengan beza satu jaringan. Dramatik sungguh penyudahnya, kurang satu jaringan meleburkan segala impian.
Sebenarnya ramai juga lupa, kegagalan Malaysia turut disebabkan oleh kebangkitan lewat permainan Laos ketika menewaskan Filipina 3-2. Filipina mendahului 2-0 pada satu ketika dan jika mereka berjaya mempertahankan keputusan itu sudah tentunya kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Filipina dalam aksi pertama akan terpakai.
Sebagai rekod, keputusan menentang pasukan tangga tercorot kumpulan tidak diambil kira untuk penentuan ranking naib juara, sebagai berlaku adil kepada kumpulan yang mempunyai hanya tiga pasukan ekoran penarikan diri Pakistan pada saat akhir.
Apa sekalipun sebabnya, wujud satu pertikaian, adakah tepat pelaksanaan format oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ini bagi memilih empat naib juara terbaik bagi melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertanding di pusingan akhir di Bangkok nanti?
Mana tidaknya, selepas keputusan seri 2-2 antara Malaysia dan China, Malaysia perlu mengharapkan sekurang kurangnya tiga perlawanan yang berlangsung selepas itu tidak berkesudahan dengan seri, wajib ada pemenang.
Tetapi apa yang berlaku adalah kesemua perlawanan tersebut berkesudahan seri, bermula dengan keputusan seri tanpa jaringan Iran dan Iraq; Jordan dan Syria (2-2); Arab Saudi dan UAE (1-1); serta Qatar dan Oman (2-2).
Malaysia sudahpun mengetahui nasib mereka selepas aksi Iran-Iraq dan Jordan-Syria, malah keputusan seri dua perlawanan itu juga menyaksikan Iran dan Syria memecah masuk ke kelompok empat naib juara terbaik bersama sama Australia, dan mereka kemudiannya disertai oleh Arab Saudi.
Dengan pasukan perlu bergantung kepada perlawanan kumpulan lain untuk mengetahui nasib, pada masa sama setiap perlawanan itu tidak dilangsungkan serentak, sejauh manakah kita akan dapat menyaksikan perseteruan yang adil, atau dinamakan ‘fairplay’?
Bukankah format ini berpotensi membuka ruang kepada berlakunya manipulasi keputusan perlawanan? Kim Swee turut senada dan dia turut mengharapkan ada penambahbaikkan di masa akan datang.
“Bukan kerana kita tidak layak maka saya bercakap mengenai benda ini, tetapi ia sangat jelas bahawa format sedia ada boleh memberi kelebihan kepada pasukan dari kumpulan lain yang beraksi kemudian. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, seperti apa yang kita lalui, kita terpaksa tunggu perlawanan kumpulan lain untuk tahu kita akan layak atau tidak.
“Kita dalam situasi wajib menang, begitu juga pasukan lain. Tetapi apabila kita seri, pasukan lain sudah tahu kalau mereka seri sekalipun mereka akan layak sebab mereka sudah tahu kedudukan dalam ranking naib juara siapa di atas, siapa di bawah dana pa keputusan yang diperlukan.
“Jadi ini mewujudkan persoalan adakah mereka akan beraksi adil atau tidak dalam perlawanan terakhir. Saya harap AFC peka dan mengkaji perkara ini,” ujar Kim Swee selepas berakhir pertandingan.
copy paste foxsports asia.
Kedudukan setiap kumpulan No2 terbaik. Malaysia tangga ke 5,
Dia ignore point lawan dengan tempat ke 4. Since filipina no 4 dlm group mas score 3-0 haritu tak dikira. Dia kira game lawan china dgn laos je. So 4 point dengan gd +1.
Sbb kalau ikut format with pakistan,kita ada chance layak Rasa mental jadi macam ini, tak fair, Yang group jordan dan taijikistan tu main dua games,yang team lain tiga games Afc patutnya kenalah cari pengganti untuk tambahan kelayakkan. Tapi mana boleh macam tuh, dah tiba-tiba tarik diri masalah betul lah pakistan nih.
Sebab main game ini tak serentak, ada percaturan yang dibuat untuk pasukan lain. Itu yang malaysia tak layak.
Blok negara arab pakat seri. Tonton game mereka. Tiada semangat kesukanan. Memalukan. Tengok negara lain main, bersungguh. Jepun pun tibai Myanmar. Korea vs Australia bergasak nak jadi juara (walhal boleh je nak playsafe sebab memang dah layak kedua²nya). Supatchai sampai kena kad merah vs Vietnam.
Gila tak giler. Itulah dunia bola sepak, kejam tak kejam. Hadap jerla ok.. huhu
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
“Bukan kerana kita tidak layak maka saya bercakap mengenai benda ini, tetapi ia sangat jelas bahawa format sedia ada boleh memberi kelebihan kepada pasukan dari kumpulan lain yang beraksi kemudian. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, seperti apa yang kita lalui, kita terpaksa tunggu perlawanan kumpulan lain untuk tahu kita akan layak atau tidak”
“Jadi ini mewujudkan persoalan adakah mereka akan beraksi adil atau tidak dalam perlawanan terakhir. Saya harap AFC peka dan mengkaji perkara ini,” ujar Kim Swee selepas berakhir pertandingan.” – Datuk OKS baru tau undang2 nie masa tournament ker bro? 😀
– Ini statment playsafe punya…. Saya tahu datuk telah cuba yang terbaik. Terima kasih atas usaha tidak kenal erti jemu Datuk OKS selama ini. Sudah sampai masanya kita mencari tenaga pengajar baru dan menghantar datuk OKS menimba ilmu bolasepak moden … i know you’re good person datuk… 😀
Jawapan sy yaa bro….Saya tidak pastilah Datuk OKS baru maklum undang2 dunia fifa tue…. persoalan mudah mengapa tidak menggunakan peluang terbaik bermain di padang sendiri meratah FILIPINA DAN LAOS? China sampai berpeluh merah padam muka merembat nak cari gol besar sbb sedar benda nie laa…. 😀
Dan yang harus difikirkan adalah….
– Adakah masih layak beliau diberikan peranan ini lagi?
-Atau FAM hntar kursus utk Datuk OKS timba ilmu diluar sekiranya kita taknak ambil coach orang putih yang ternama…
– Kelab atau pasukan negeri harus memberikan kuota pemain mereka utk lebih kerap berkampung di kelana jaya untuk tujuan berlatih bersama…kita bukan star mana dan hanya dengan berlatih lebih kerap mungkin boleh capai keputusan yang lebih baik… cer semak balik berapa lama mereka berkampung? 😀
Sekian sahaja dari meja kedai kopi idaman…. terima kasih bro atas post “BUKA MATA” ini… 😛
terbaik bro.. apa yang penting ialah bila pakistan tarik diri. afc dah tukar format , pasukan tercorot tidak dikira gol dia.. so kalau pakistan tak tarik diri malaysia still layak sebenarnya. yerla sebenarya boleh jer nak sumbat banyak gol untuk perlawanan laos tuh. sebab perlawanan kedua, banyak simpan player sebelum bertemu dengan china tuh..