Abdul Hamim atau yang dikenali dengan nama Jolokan Long Tiger yang pernah viral. Macam-macam kes dia nih. Itu hari dia pun boleh meloloskan diri dari mahkamah. Selama beberapa belas hari dia berjaya loloskan diri. Ini hari dia terciduk akhir. Bak kata peribahasa , sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Baca juga : Biodata Long tiger Lencai
OPERASI KHAS.
Butiran penangkapan suspek yang bersembunyi sejak 13 hari lalu dijangka diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini akan dibuat , tapi tak pasti jam bila.
Kronologi Long tiger Lari dari Mahkamah.
Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula. Apa yang difahamkan, tangan beliau bergari masa tuh. Tapi tak tahu bergari kedua-dua belah tangan atau hanya sebelah sahaja.
Kemudian, meletop satu malaysia, Long Tiger Lolos.
Dikhabarkan masih ada lagi di paya mas, tangkak. Kemudian dengor-dengor ada dekat melaka. Lepas tuh kata ada dekat Sri Ledang, dekat pekan kundang ulu pun ada juga katanya beli makanan.
Dalam pada itu juga, Polis telah menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger. Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.
Esoknya tahu-tahu ada dekat Kedah, dah dekat-dekat dengan thailand tuh nak lari sana. Kalau dia lepas Thailand, dah goodbye lah . Macam kes sajat tempohari. Dekat kedah tuh,tempat dia bersembunyi tinggal dekat rumah orang pondan katanya. Masa buat serbuan, dia naik atas bumbung, tapi terjatuh. Ada luka di kepala dia dan badan sikit.
2 dari 4 pegawai polis masih di tahan dan digantung Tugas.
Malah, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.
TAMBAH LAGI KESALAHAN.
Sementara itu, Long Tiger juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.
Leave a Reply