Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA EPL / Liverpool pecah rekod kelab!!

Liverpool pecah rekod kelab!!

Zik · Sep 1, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

logo epl, poster epl, bpl, english premier league

Untuk awal musim Kali ini Liverpool lebih cargas mencatat keputusan yang sangat positive. Biarpun masih terlalu awal untuk mengetahui siapa bakal lead season Kali ini. Namun petanda sudah dijangka. Pasukan peyandang juara, Manchester city tetap mengejar, silap sikit stay tersalah langkah pastinya akan dipintas.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris mencatat rekod baharu kelab dengan 13 kemenangan berturut-turut dalam liga teratas selepas menewaskan Burnley 3-0, sekali gus mengekalkan kelebihan dua mata ke atas juara bertahan Manchester City.

  1. Liverpool 12 Mata
  2. Manchester City 10 Mata.

Dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan musim ini, skuad kendalian Jurgen Klopp menuju ke rehat perlawanan antarabangsa dengan semangat membara selepas satu lagi persembahan meyakinkan oleh juara Eropah itu.

“Pemain-pemain beraksi dengan sempurna. Saya sukakan permainan mereka dan ia kemenangan yang layak buat kami,” kata Klopp.

Sadio Mane dan Roberto Firmino menemui sasaran selepas jaringan sendiri Chris Wood mengecewakan benteng kental Burnley di awal permainan.

Satu-satunya aspek negatif buat Klopp ialah reaksi Mane selepas dikeluarkan, dua minit selepas Mohamed Salah memilih untuk melakukan percubaan solo walaupun penyerang Senegal itu berada dalam kedudukan lebih baik.

PEMAIN Liverpool, Sadio Mane mengasak pemain Burnley, Matthew Lowton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, awal pagi tadi. – Foto Reuters

Klopp bagaimanapun mengatakan perkara itu sudah diselesaikan dalam bilik persalinan dan pengendali dari Jerman itu tidak akan membiarkan situasi berkenaan merencatkan misi pasukan, yang sudah mengharungi 21 perlawanan Liga Perdana tanpa kekalahan, untuk memburu gelaran liga pertama sejak tahun 1990.

“Kami beraksi cemerlang, banyak situasi 50-50 kerana hantaran-hantaran jauh tetapi kami kerap memulakan gerakan dari belakang. Ada ketika kami bermain dengan begitu baik. Semuanya lengkap,” kata Klopp.

Pengendali Burnley Sean Dyche pula akur dengan kekalahan berkenaan yang berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.

“Anda tidak boleh memberikan kelebihan kepada pasukan seperti ini. Mereka akan menghukum kita. Sebaik mereka mendapat bola mereka akan menyakitkan anda,” kata Dyche.

Rekod deretan kemenangan Liverpool sebelum ini dicatat antara April dan Oktober 1990, ketika pasukan dikendali Kenny Dalglish. – REUTERS

PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, awal pagi tadi. – Foto Reuters
Copy paste bharian.com.my

 

Share this on WhatsApp

LIGA EPL, Sukan Liverpool pecah rekod kelab!!, Liverpool tangga pertama perlawanan ke4 epl 2019/20

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.