• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming Terengganu vs JDT separuh akhir piala malaysia 6.10.2018

Live streaming Terengganu vs JDT separuh akhir piala malaysia 6.10.2018

Zik · Oct 6, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia,

Meneruskan cabaran dalam saingan piala malaysia edisi 2018. Biarpun apa-apa rintangan sekalipun, jdt harus pandang ke hadapan. Terengganu juga tidak harus memberi laluan mudah untuk jdt terus mara ke final. So hari ini ialah perlawanan separuh akhir piala malaysia first leg di stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di kuala Terengganu, Terengganu.

Setelah bergelut dalam saingan peringkat kumpulan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah melangkah ke perlawanan separuh akhir unifi Piala Malaysia 2018. Pastinya semangat juang yang dimiliki oleh pemain turut berpunca dari sokongan padu penyokong Harimau Selatan selama ini.

Pada saingan suku akhir pertama, JDT sekadar terikat 1-1 di tempat lawan namun tampil dengan aksi penuh bergaya pada suku akhir kedua hasil sokongan penyokong di Stadium Larkin. Jelas, sokongan penyokong yang tidak sahaja terhad di stadium, malah juga dari segenap sudut termasuk di laman sosial turut membantu membina semangat buat para pemain.

TERENGGANU VS JDT PIALA MALAYSIA 2018.

Masing-masing mara ke separuh akhir apabila berjaya memperoleh aggregate gol yang lebih berbanding lawan, terengganu berakhir dengan felda united ialah 6-4, pertama game menang 2-1, game kedua menang 4-3. Manakala jdt ada struggle untuk game pertama seri 1-1 dan game kedua menang 2-0 di stadium keramat, Datuk Haji Hasan Yunus berkesudahan aggregate 3-1.

Apa kata Irfan Bakti?

“Untuk pertemuan menentang ‘Raja Bola’ Malaysia, JDT esok Irfan mengarahkan pemain-pemain beliau untuk mendapatkan rehat yang cukup serta bersedia sepenuhnya untuk perlawanan separuh kali ini, selain memanfaatkan tempat sendiri. Mengharapkan penyokong terengganu turun ke padang memberi sokongan padu pasukan mereka memberi sokongan morale.

Bagi aku irfan bakti lebih profesional kali ini, selain mahu pasukannya lebih tenang dan bagi persembahan yang terbaik di tempat sendiri, selain mengharapkan pasukan mereka memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri. Terengganu memang dia pernah didik sampai jadi juara. Dia diantara jurulatih yang paling konsisten, bawa dari liga perdana naik semula ke liga super. Membawa benchmark pasukan felda united ke tahap yang tinggi.

JDT, LUCHO!!

TUGAS BERBEZA NAMUN TETAP MISI YANG SAMA BUAT LUCIANO FIGUEROA

20 Jun 2015, merupakan kali terakhir Luciano Gabriel “Lucho” Figueroa Herrera bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebagai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketika itu, pertembungan pusingan pertama antara JDT dan Terengganu bagi Liga Super Malaysia 2015.

Menariknya, Luciano Figueroa telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78 dan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 1-0. Kini, Luciano Figueroa kembali semula ke Kuala Terengganu tetapi dengan situasi yang berbeza. Kehadiran beliau kali ini bukan sebagai pemain tetapi sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Pastinya satu pengalaman yang berbeza buat beliau tetapi misi yang digalas tetap sama iaitu meraih kemenangan buat JDT. Tentunya beliau masih kekal dengan semangat yang sama dan tidak pernah berubah.

Temubual bersama pemain import jdt, Elizari.

Saksikan pertembungan antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan separuh akhir pertama unifi Piala Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 6 Oktober 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu jam 9.00 malam. Ayuh berikan laungan semangat dan sokongan anda selaku penyokong Harimau Selatan.

Ayuh semua beri sokongan padu buat kedua-dua pasukan . Kita akan update live malam ini , tunggu

 

LIVE STREAMING TERENGGANU VS JDT PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR 2018

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan jdt cs terengganu, live streaming jdt vs terengganu piala malaysia 2018, live streaming piala malaysia jdt vs terengganu 2018, live streaming piala malaysia terengganu vs jdt 6.10.2018, live streaming terengganu vs jdt piala malaysia 6.10.2018

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: