SRI PAHANG VS PENANG PIALA FA SUKU AKHIR MALAM INI STADIUM KUANTAN!!
Perlawanan suku akhir piala FA pada malam ini bertandang di stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Pahang yang sekarang ini dibimbing semula oleh Pablo Dollah Salleh mengemudi pasukan SRI Pahang di bantu dengan Fandi Ahmad bekas jurulatih The Lions XII , harapnya gandingan kedua bekas pemain Pahang (dulu) mampu membawa semula kebangkitan pasukan Tok Gajah yang prestasinya merudum beberapa perlawanan yang lepas. Jurlatih Sri pahang pun dah kena pecat/diberhentikan, Gamel setelah berbincang dengan pihak pengurusan.
Mampukah Skuad Tok Gajah bangkit semula pada malam ini? Bertemu dengan Pasukan Penang tidak boleh dianggap pasukan yang lemah sebab team-team yang macam ini kadang-kadang boleh membuat kejutan. Tengok kedua-dua pasukan ini diantara pasukan yang tercorot dalam liga super, 11 dan 12, 7 dan 8 mata. Beza satu mata sahaja nih.
Piala fa suku akhir ini sudah sampai di peringkat kalah mati. Pasukan Sri Pahang mara setelah menewaskan pasukan Skuad Projek 3-0, manakala pasukan Penang pula menewaskan pasukan Perak FC 4-1.
Salah satu pasukan akan tersingkir dan yang menang akan teruskan perjuangan piala fa 2022. Apakah formula pasukan Sri Pahang untuk menewaskan pasukan Penang yang di kendalikan oleh Zainal Abidin Hassan. Kira bekas partner Dollah Salleh dengan Fandi Ahmad juga tuh. Pusing-pusing team kawan-kawan jer sekarang ini.
KEPUTUSAN TERKINI SRI PAHANG VS PENANG FC PIALA FA SUKU AKHIR 23.7.2022.
Leave a Reply