Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Live streaming PKNS vs JDT 17.5.2019

Live streaming PKNS vs JDT 17.5.2019

Zik · May 16, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Perlawanan yang ke 14 dalam saingan liga super 17 mei 2019. Perlawanan lepas jdt menumpaskan Pahang 2-0 di tempat sendiri manakala pasukan PKNS tewas dengan Kuala Lumpur 1-2.  Bermain stadium shah Alam barangkali, PKNS mahu bangkit dari kekalahan demi kekalahan.  Pasukan kuala lumpur sudah bermain baik sejak tidak dibimbing lagi oleh Yusri Che Lah.

PKNS yang menduduki tangga ke 7 dengan 16 mata berbanding pasukan jdt tangga pertama 33 mata. Hampir dua kali ganda. Untuk rekod tahun ini, hanya pasukan PKNS sahaja yang menewaskan pasukan jdt dalam saingan piala fa 2019. Perjalanan PKNS terhenti juga setelah tewas dengan Kedah aggregate 1-4. FOKUS utama pada perlawanan sekarang ini liga super. JDT masih lagi bergelut dalam saingan piala ACL lagi satu perlawanan. Masih samar-samar untuk mara. Namun peluang tetap ada. Yang penting menang dan pasukan yang lagi satu kena kalah. Kalau tak layak pun, sekurang-kurangnya jdt sudah dapatkan mata dan juga sudah tahu apa yang harus dilakukan untuk ACL tahun hadapan sekiranya menang liga super tahun ini.

Perjalanan pasukan JDT untuk musim ini agak baik biarpun tidak fokus piala fa kali ini. Pasukan PKNS musim ini tampak lebih baik namun prestasinya yang kurang konsisten tidak menjadi pasukan pilihan kali ini. Secara totalnya kita lihat pasukan JDT merupakan pasukan pilihan untuk menjulang piala liga super kali ke 6. Belum nampak lagi pasukan yang lain dapat mencabar kecuali pasukan pahang pada awal musim, pusingan pertama. Namun pusingan kedua, pahang sudah tidak dapat lagi mencabar. Namun masih terlalu awal untuk kita perkatakan tentang kemenangan ini. Namun seperti Kata Serbergeth Singh, JDT sudah boleh jadi juara liga super untuk 2019.

Kalau kita tengok awal musim agak goyang juga prestasi jdt, namun dipertengahan jdt terus berada ditangga pertama sehingga sekarang dengan rekod tanpa kalahnya. Ramai yang mahu menukar jurulatih mora dan bersama Luciano Figeroa, tapi bila kita tengok prestasi jurulatih ini boleh dikatakan handal juga tiada lagi kekalahan dicatat untuk liga superlah. Mampu untuk menundukkan kelab jepun 1-0 di ACL. Sebenarnya jurulatih ini bukan hanya duduk diam sahaja. Mereka ada buat homework selain sistem penggiliran yang lebih teratur.

Pemain tempatan jadi nadi pasukan. 

Ini yang kita mahukan, kita tengok shafiq ahmad, shafawi rashid. Akhyar Rashid dan juga adam. Pemain pemain pelapis baru ini lebih dijadikan sandaran berbanding pemain import. Yang menjadi isunya ubi dari kelahiran masing-masing. Namun jurulatih tan cheng hoe sudah pun memanggil beberapa pemain untuk menyarung jersi kebangsaan pada bulan 6 ini kita akan bermula peperangan dengan pasukan timor leste , peringkat pertama kelayakkan piala dunia yang akan berlangsung di qatar 2022.

Mungkin pusingan pertama peluang sangat cerah. Cuma pusingan kedua nanti masing-masing akan diundi. Harap-harap tuah memihak buat skuad kebangsaan. Dah panjang melalut ke piala dunia pulak.

Prestasi pasukan PKNS 

Last matches: PKNS FC
14.05.19SLKuala LumpurPKNS FC2 : 1
10.05.19FACKedahPKNS FC1 : 1
03.05.19SLPKNS FCPerak3 : 3
30.04.19FACPKNS FCKedah1 : 3
27.04.19SLPKNS FCKuala Lumpur3 : 2

Kalau kita tengok analisa ini, merosot prestasi pasukan PKNS. Mujurlah tak didesak oleh penyokong. Sebab pkns sebuah kelab. Last menang dengan PKNS tuh, lain deret seri, kalah dengan Kedah dan Kuala Lumpur.

Baca juga : Irfan Bakti letak lawatan jurulatih terengganu.

Pasukan JDT.

Last matches: JOHOR DT
14.05.19SLJohor DTPahang2 : 0
08.05.19CLJohor DTKashima1 : 0
04.05.19SLFelda Utd.Johor DT0 : 2
28.04.19SLPahangJohor DT1 : 1
24.04.19CLJohor DTShandong Luneng0 : 1

Bila melihat prestasi pasukan jdt ini, satu yang menarik ialah apabila berjaya menumpaskan pasukan Kashima dari kelab jepun.  Biarpun menang tipis , ianya bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. 3 kali menang, seri sekali dan tewas dengan Shandong Luneng. Perlu konsisten jika mahu meneruskan kemaraan dalam saingan liga super.

Head to head. 

Head-to-head matches: PKNS FC – JOHOR DT
20.04.19SLJohor DTPKNS FC3 : 1
17.04.19FACJohor DTPKNS FC0 : 1
27.05.18SLPKNS FCJohor DT0 : 0
14.04.18SLJohor DTPKNS FC3 : 0
24.05.17SLPKNS FCJohor DT0 : 1

3 kali menang , satu seri dan satu tewas. Adakah sentuhan magis Datuk K Raja Gopal akan berlaku sekali lagi di stadium shah Alam nanti??  Jangan lupa.

PERLAWANAN DIANTARA :PKNS VS JDT

MASA : 10 PM

TARIKH: 17  MEI 2019.

 LIVE : STADIUM SHAH ALAM,

Boleh tengok di ifflix secara  percuma ok.

Sumber lain :

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan semasa jdt vs pkns 17.5.2019, keputusan terkini pkns vs jdt 2019, live streaming pkns vs jdt 16 mei 2019, Live streaming PKNS vs JDT 17.5.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.