Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming Piala Sultan selangor 2019 (selangor vs singapura)

Live streaming Piala Sultan selangor 2019 (selangor vs singapura)

Zik · Aug 24, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

piala sulatan selangor

Perlawanan piala sultan selangor yang diadakan di stadium shah Alam hari ini diantara pemain selangor vs pemain singapura. Perlawanan yang diadakan setiap setahun.

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Sultan Selangor 2019 yang menyaksikan dua musuh tradisi, Selangor dan Singapura berentap pasti menjanjikan aksi menarik dan epik apabila kedua-dua pasukan akan menampilkan barisan terbaik masing-masing.

Pengerusi Piala Sultan Selangor 2019, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, pihaknya yakin peminat yang menyaksikan perlawanan di Stadium Shah Alam, 24 Ogos ini pasti terhibur dengan aksi menarik dan berkualiti akan diperagakan kedua-dua pasukan.

“Saya difahamkan Pilihan Selangor kali ini berteraskan kepada pasukan Liga Super Selangor dengan nama besar yang beraksi termasuk Amri Yahyah dan Mohd Faiz Nasir.

“Bagaimanapun, jurulatih (B Sathianathan) akan memanggil beberapa pemain PKNS FC untuk memantapkan lagi pasukan.

“Begitu juga dengan Pilihan Singapura yang menggabungkan beberapa pemain kelab Singapura sekali gus saya yakin pertembungan ini pasti menyajikan aksi yang menarik dan mendebarkan seperti edisi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid di Balai Berita hari ini. Hadir sama Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Selain pertembungan Pilihan Selangor dan Singapura, Piala Sultan Selangor juga menjadi platform terbaik buat peminat mengimbau nostalgia apabila turut membabitkan pertarungan antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura.

Antara pemain yang akan memperkuatkan Veteran Selangor adalah legenda Soh Chin Aun, Khalid Ali, Azlisham Ibrahim dan Asmawi Bakiri.

Menurut Abd Karim, sambutan peminat untuk edisi ke-18 kali ini dilihat agak memberangsangkan selepas 40,000 tiket terjual setakat ini.

Katanya, pihaknya juga mengalu-alukan orang ramai untuk membanjiri Stadium Shah Alam kali ini dengan hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Honda City dan motosikal Harley Davidson menanti pemenang.

Sejak dianjurkan pada 2001, Pilihan Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor sebanyak lapan kali dengan Pilihan Singapura menghimpun tujuh trofi kemenangan.

Pada edisi tahun lalu, Selangor menyapu bersih semua kategori dipertandingkan iaitu Piala Sultan Selangor, Piala Veteran dan Piala Cabaran Sekolah Singapura-Selangor Bawah 16 Tahun.

Share this on WhatsApp

Sukan live online selangor vs singapura 24 ogos 2019, live streaming piala malaysia selangor vs singapura 24 ogos 2019, Live streaming Piala Sultan selangor 2019 (selangor vs singapura), piala sultan selangor 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.