• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Live streaming PAHANG VS KEDAH PIALA MALAYSIA 26.10.2019

Live streaming PAHANG VS KEDAH PIALA MALAYSIA 26.10.2019

Zik · Oct 26, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Pastinya satu perlawanan yang kita nanti-nantikannya. Walaupun diatas kertas sekarang ini keputusan memihak kepada pasukan Pahang sebab ada bekalan 3 gol pelawat. Namun jika malam ini Kedah menang sekurang-kurangnya 1-0, 2-1. Maka keputusan mara ke pentas akhir akan memihak kepada pasukan Kedah. Kedah perlu menang, manakala pahang hanya mahukan seri 0-0, 1-1, 2-2, sahaja. Kalau lebih dari itu, pahang kena bekerja keras lah jawabnya.

AGREGGATE TERKINI SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2019 

PAHANG 3-3 KEDAH 

Namun tekanan dirasai buat pasukan kedah apabila tiket jualan di stadium darul makmur dikatakan laris dijual semalam dan dua hari lepas.  Adakah pasukan kedah akan gugup apabila bertemu dengan pasukan Pahang yang tidak pernah tewas ditempat sendiri untuk musim kali ini?

Nor Azam mahu pastikan Pahang ke final

Masih segar dengan jaringannya ketika membantu Pahang mencatatkan keputusan seri di Stadium Darul Aman, pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih, sekali lagi mahu meledakkan gol buat pasukannya ketika bertemu Kedah, Sabtu ini.

Katanya, ia tidak mustahil dilakukan dengan bantuan rakan sepasukan dan bantuan penyokong skuad Tok Gajah di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia.

“Dengan kerjasama rakan sepasukan yang amat baik di atas padang, saya percaya ia tidak mustahil untuk dihasilkan.

“Ketika di Kedah, padangnya basah dan licin. Saya berharap di Darul Makmur nanti keadaannya lebih baik bagi memastikan permainan lebih lancar,” katanya kepada pemberita selepas majlis temu mesra bersama pemain Pahang di kedai menjual peralatan sukan Al-Ikhsan di Kuantan, malam tadi.

 

Nor Azam menjaringkan gol ketiga Pahang pada minit ke-73 selepas kedudukan terikat 2-2 dalam separuh masa pertama separuh akhir, Sabtu lalu sebelum Zaquan Adha Abdul Radzak menjaringkan gol penyamaan di penghujung babak kedua untuk pasukan Lang Merah.

Pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui Pahang perlu berwaspada dengan gerakan terancang dan serangan balas yang dilakukan Kedah kerana ia mampu menghasilkan jaringan.

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN :

“Penyerang mereka perlu diawasi kerana sedikit kecuaian boleh menyebabkan pintu gol Pahang bolos,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis itu, empat pemain utama Pahang, iaitu Nor Azam, kapten, Matthew Davies, Muhammad Safuwan Baharuddin dan Muslim Ahmad meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan penyokong setia mereka.

 

Dollah pening pilih pemain.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, pening dalam menentukan kesebelasan utama pasukannya menjelang perlawanan menentang Kedah dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam nanti. 

Selepas mengikat skuad Lang Merah itu 3-3 dalam perlawanan pertama di Stadium Darul Aman minggu lalu, Pahang tidak memiliki sebarang pemain dalam senarai kecederaan dan penggantungan.

Ia memberikan Dollah banyak pilihan untuk mengatur pemain yang akan memulakan perlawanan di gelanggang sendiri itu.

Biarpun lega dengan perkembangan itu, kesungguhan yang ditunjukkan setiap pemain membuatkan Dollah pening kepala untuk memilih gandingan terbaik yang akan diturunkan.

“Kesemua pemain tidak mengalami kecederaan, semua sudah pulih.

“Ini yang menjadi masalah buat saya untuk memilih pemain bagi kesebelasan utama,” katanya.

Sembilan pemain Pahang dilayangkan kad kuning dalam perlawanan terdahulu, namun kesemua mereka dapat diturunkan dalam aksi di Kuantan itu.

Dollah tidak mahu memikirkan segala risiko yang ada kerana keutamaannya ketika ini adalah untuk memastikan Pahang ke final.

“Memang saya tidak mahu memikirkan tentang kad kuning.

“Apa yang sedang saya fikirkan sekarang adalah kami hendak layak ke perlawanan akhir.

“Dalam perlawanan akhir nanti, barulah kami akan tengok kembali keadaannya.

“Apa yang penting, kami mahu memastikan kemenangan buat pasukan,” tambahnya.

Kemenangan yang ditagih oleh skuad tok gajah di laman mereka sendiri.

Nantikannya kita akan update keputusan terkini dan juga info live streaming perlawanan malam ini jam 9 malam. So jangan lupa.

MASA :9 PM

TARIKH : 26.10.2019

LOKASI, STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN PAHANG.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan live online pahang vs kedah 26 oktober 2019, live streaming kedah vs pahang 2019, live streaming pahang vs kedah piala malaysia 2019, live streaming piala malaysia pahang vs kedah 26.10.2019, pahang vs kedah, siaran langsung pahang vs kedah piala malaysia separuh akhir kedua 26.10.2019, siaran langsung separuh akhir kedua pahang vs kedah 26.10.2019

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: