
(haishh logo astro dah boleh buang dah lepas nih, haha. )
Liga perdana hari ini, semalam pun ada juga, penang vs uitm, penang tewas. Berapa aku tak sure haha, 1-2 kot. Pastinya jurlatih Zaindal Abidin kena kecam lagi. Apepun game masih baru satu jer bruh. Janganlah nak meroyan. Bagi coach untuk perbaiki game yang akan datang. Cuma ianya jadi terkilan bila pasukan penang tewas dengan pasukan budak yang masih belajar tuh, UITM.
Bagaimana pula dengan persembahan perlawanan malam ini MIFA vs JDT2?
Dengar pemain utama-utama yang elit pun sudah masuk ke jdt11, apa cita? Sebagai feeder club, ada beberapa strategi yang mungkin dijadikan jdt untuk beberapa pemain yang dimasukkan ke jdt 2, mahali, nazmi faiz mansur, dan siapa lagi sorang , hah syafiq ahmad dan lagi sorang ialah Amirul Hadi Zainal.
Semua buat tuh ada sebabnya.
Apa yang dipetik dari fb johor southern tigers
Konsep ini lebih baik untuk kami menggilirkan pemain kami dimana ia memberikan kesemua pemain berada dalam ‘Match Fitness’ yang sama. Jika dahulu pemain yang berada di luar padang tidak dapat bermain, ‘Match Fitness’ mereka akan menurun dan untuk kembali bermain akan memakan masa. Tetapi apabila kesemua pemain berada dalam kecergasan yang sama, ia memudahkan kami untuk menggilirkan mereka bermain dalam sesuatu perlawanan dengan cepat. Ia adalah satu kelebihan buat kami.
Buat masa ini, kami mempunyai Fazly Mazlan, Syafiq Ahmad, Amirulhadi dan Nazmi Faiz yang tidak akan bermain pada Sabtu ini. Mereka akan bermain pada esok hari untuk pasukan JDT II bagi mendapatkan ‘Match Fitness’ yang sama. Jadi, apabila kami mahu menggilirkan dengan pemain lain pada bila-bila masa, mereka telah bersiap sedia kerana mempunyai kecergasan yang sama dan baik. Di dalam pasukan JDT, tiada istilah kami pemain JDT, JDT II, JDT III. Bermula dari pasukan akademi hingga pasukan senior kami semua adalah JDT.
Ada paham??
Bag

Leave a Reply