Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming malaysia vs vietnam aff suzuki cup 2nd leg 15.12.2018

Live streaming malaysia vs vietnam aff suzuki cup 2nd leg 15.12.2018

Zik · Dec 15, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia vs vietnam, poster malaysia vs vietnam,

Umum kita ketahui diatas kertas pasukan vietnam dilihat mempunyai kelebihan yang nyata 2 gol pelawat. So mereka hanya memerlukan keputusan seri 0-0, 1-1, untuk menjadi juara piala aff suzuki 2018. Mereka juga dahagakan kemenangan, mereka last menang pada tahun 2008, manakala pasukan malaysia pula 2010 sudah lapan tahun menunggu peluang ini.

Apa-apa pun keputusan perlawanan malam ini, salah satu pasukan akan bersedih, dan satu pasukan akan bergembira. Kita tak tahu pasukan mana yang akan bersedih dan berduka. Tapi memang confirm ada sedih dan duka. Inilah kejamnya bola sepak. Tapi biar kalah pun, harap pasukan kita buat yang terbaik. Jangan lah kalah terus dan ada kekalahay nag dilihat diatas kesilapan diri sendiri. Aku harap pertahanan dapat jaga dengan baik.

MALAYSIA VS VIETNAM FIRST LEG 11. 12.2018 

Perlawanan pertama di bukit jalil berkesudahan 2-2.

VIETNAM VS MALAYSIA MY DINH STADIUM, HANOI VIETNAM  SECOND LEG 15.11.2018

Kedua-dua pasukan sebenarnya agak tertekan dengan perlawanan kedua ini. Kita pun tak tahu apa perancangan dari skuad naga emas ini. Dengan skuad harimau malaya pun kalau nak menang tak boleh main bertahan, sebab kena cari gol kemenangan untuk bangkit di perlawanan yang kedua final ini. Kita masih ada 90 minit untuk bangkit dalam mencari gol kemenangan. Tidak boleh seri (kecuali seri 3-3), tidak boleh kalah, memang sudah tertutup pintu kemenangan dalam kejohanan piala aff suzuki cup 2018.

Pesanan Dr M kepada pasukan harimau malaya dan ultra malaya(ekor harimau malaya).

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru pemain skuad Harimau Malaya supaya bermain dengan penuh semangat kesukanan bagi capai misi membawa pulang Piala Suzuki AFF ke tanah air.

“Saya ingin ucap selamat bertanding kepada pasukan Harimau Malaya yang akan beraksi di Hanoi, Vietnam malam esok.

“Buktikan kita mampu tewaskan pasukan lawan. Kepada Ultras Malaya, beri sorakan padu dan tiupkan semangat kepada pasukan kita,” kata Dr Mahathir menerusi catatan video di laman rasmi Facebook beliau, malam ini.

Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi pada perlawanan akhir kedua dalam misi membawa pulang Piala Suzuki AFF 2018.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu seri 2-2 pada aksi final pertama menentang skuad Naga Emas yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa.

Perkara yang perlu diambil kira.

Bahagian pertahanan kena alert jangan pisang berbuah tiga kali. Sudah dua kali pasukan malaysia diberi peluang untuk baiki kedudukan masing-masing punya pemain. Jangan ulang kesilapan yang sama di Hanoi malam ini nanti. Harap Tan Cheng Hoe take noted.

Manfaatkan bola mati.

Bilamana pasukan malaysia mendapat peluang yang jarang dapat ini, seperti sepakan percuma dan freeckick, harap dapat menjaringkan gol sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan naga emas ini ditempat sendir.

Elakkan kad merah.

Sebolehnya jangan ada pemain malaysia ada yang kena red card, kad kuning kedua. kad kuning nih pun bahaya juga. Takut ianya mengganggu emosi pemain.

Bermain bermati-matian.

Sehingga keringat terakhir. Selagi masa belum tamat, biarpun kita ketinggalan. Bermainlah bersungguh-sungguh hingga berjaya menewaskan pasukan vietnam. Kalah takpa yang penting kalah bermaruah.

Kata-kata dari penyokong.

“Positif dalam permainan. Kalau negatif, habis balik tangan kosong. Kawal tekanan itu yang penting,” kata Mohd Hafiz Mohd Ropi.

Zamri Dolmanan pula berkata, Malaysia boleh menang jika melakukan jaringan lebih awal.

“Yang penting tingkatkan lagi bahagian pertahanan,” kata Rahman Manan.

Situasi itu dikatakan merujuk kepada benteng pertahanan Harimau Malaya yang agak longgar dan kerap terperangkap dengan serangan kilat Vietnam pada aksi perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi Selasa lalu, Malaysia terikat 2-2 bertemu Vietnam, selepas dikejutkan dengan dua gol awal hasil jaringan Nguyen Huy Hung dan Pham Duc Huy dalam tempoh beberapa minit di separuh masa pertama.

Namun, skuad kebangsaan bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua gerakan dalam situasi bola mati, hasil tandukan Shahrul Saad (tendangan sudut) serta sepakan percuma Safawi Rasid.

Berdasarkan undian serta maklum balas pembaca, mereka yakin dan mahukan pemain negara mengulangi kebangkitan penuh menakjubkan seperti yang dilakukan pada edisi 2014.

Ketika itu, Harimau Malaya tumbang 1-2 kepada Vietnam di separuh akhir pada aksi pertama di laman sendiri, tetapi berjaya mencipta kejutan apabila menang 4-2 di Hanoi.

“Ini kalilah. Tak sanggup tunggu lagi 2 (dua) tahun,” kata Hasridzuan Hassan.

Anuar Alias pula memberikan kata-kata semangat dengan mengarang pantun khas kepada skuad Harimau Malaya.

“Pemuda tampan berbaju songket, Gadis manis berbaju kebaya, Harimau Malaya mesti bangkit, Pastikan menang dengan bergaya, ” tulis Anuar merujuk kepada aksi kedua, malam ini.

NANTIKANNYA LIVE STREAMING MALAM INI

malaysia vs vietnam 15.12.2018

MASA :8:15PM

TARIKH  15.12.2018

LOKASI: MY DINH STADIUM, HANOI VIETNAM.

LIVE : RTM2. 

THEJDT.COM 

MYZONS.COM

MYNEWSPORTS.COM

Pasukan malaysia perlu menang sekurang-kurang 1-0, 2-1 ,. Kalau seri 1-1, 2-2 . Malaysia anggap sudah tidak ada peluang untuk julang piala aff suzuki 2018.

Sumber lain.

 

 

Share this on WhatsApp

Sukan aff suzuki cup malaysia vs vietnam, live online malaysia vs vietnam 15.12.2018 rtm2, live rtm2, live streaming malaysia vs vietnam, live streaming rtm2 malaysia vs vietnam aff suzuki cup final 2nd leg 2018, live streaming vietnam vs malaysia 15.12.2018, live streaming vietnam vs malaysia piala aff suzuki cup final 15.12.2018, malaysia vs vietnam

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.