• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Sukan / Live streaming malaysia vs Laos aff suzuki cup 12.11.2018

Live streaming malaysia vs Laos aff suzuki cup 12.11.2018

November 12, 2018 by Zik 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

PIALA SUZUKI 2018, AFF,

Pertarungan yang kedua hari ini ditempat sendiri. Ayuh laskar harimau malaya datang ke stadium memberikan sokongan padu buat skuad kita ini.

Perlawanan pertama , malaysia menang 1-0 keatas Kemboja.

Baca juga : Ulasan malaysia vs kemboja piala aff 2018

Malaysia perlu mencatat kemenangan kedua malam ini di tempat sendiri, selain mahu menjadi pendahulu kumpulan A tampak lebih mudah mungkin. Tetapi perlawanan ketiga memang sudah dijangka sengit, apabila bertemu dengan pasukan vietnam beb.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A PIALA AFF SUZUKI 2018. 

KUMPULAN A: 

  1. VIETNAM 3 MATA
  2. MALAYSIA 3 MATA
  3. MYANMAR 0 MATA
  4. CAMBODIA 0 MATA
  5. LAOS 0 MATA

Masih terlalu awal untuk menentukan pasukan manakah yang akan mara ke semi final. Untuk mara ke separuh akhir, perlu mendapatkan no2 terbaik kumpulan, masih open lagi , semua 4 perlawanan untuk kumpulan A.

Laos yang tewas perlawanan pertama dengan vietnam menuntut kemenangan pertama untuk bangkit dari kekalahan bertemu vietnam tempohari. Mereka pastinya mahu menang juga!

Apa kata Khairul Fahmi, aka Apek??

JANGAN TERLALU RASA SELESA DENGAN LAWAN!! 

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia dilabel pasukan pilihan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini , penolong kapten, Khairul Fahmi Che Mat tetap beranggapan kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang.

Khairul Fahmi atau lebih sinonim dengan dipanggil Apek mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin mampu menang, kerana ia akan menjerat diri sendiri jika pemain bersikap terlalu selesa dalam pertemuan penting itu.

Baginya, semua pasukan yang bersaing dalam Piala AFF 2018 memiliki kekuatan tersendiri, termasuk anak didik V Sundramoorthy yang mahu memburu kemenangan selepas tewas 0-3 dalam aksi sulung bertemu Vietnam, Khamis lalu.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS LAOS PIALA AFF SUZUKI 2018 :

“Kita turun untuk tiga mata pada perlawanan malam ini. Kita akan beraksi di stadium sendiri, jadi kami akan beraksi dengan yakin, tetapi jangan terlampau yakin.

“Laos mungkin boleh membuat kejutan. Jadi kita kena fokus sepenuhnya,” katanya pada sidang media pra-perlawanan peringkat Kumpulan A, Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Ketika ini, motivasi kem negara berada pada tahap terbaik selepas membuka kempen Piala AFF dengan langkah kanan apabila menewaskan Kemboja 1-0, pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu.

Kemenangan kedua ke atas Laos nanti bukan saja mencerahkan laluan Malaysia ke separuh akhir, malah ia juga akan membawa kelebihan psikologi untuk berdepan dua pasukan terkuat kumpulan A, Vietnam dan Myanmar, selepas ini.

“Untuk pastikan kita lebih bersedia menentang Vietnam dan Myanmar, kita mesti lepas (menang) dengan Laos.

“Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia untuk memberikan 100 peratus dalam perlawanan malam esok,” katanya.

MALAYSIA PERLU AKSI LEBIH GARANG!! 

Tan Cheng Hoe.

KUALA LUMPUR: Ketiadaan watak pemusnah di jentera depan membimbangkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi kedua Kumpulan A, menentang Laos dalam kempen Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Selepas menang tipis 1-0 ke atas Kemboja pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu, Cheng Hoe membayangkan bakal melakukan rombakan terutama di bahagian serangan.

“Ia saya akan buat sedikit pertukaran memandangkan kelemahan kita di serangan agak ketara ketika aksi pertama. Mungkin ia (rombakan) membabitkan pertukaran pemain atau perubahan posisi pemain, itu kita kena tunggu malam esok.

“Saya mahu pasukan gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan sebaik-baiknya dan memburu seberapa banyak gol, sebelum kita berdepan pasukan kuat Vietnam dan Myanmar,” katanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada aksi sulung di Phnom Penh, taring skuad Harimau Malaya agak tumpul apabila hanya sekali berjaya merobek gawang Kemboja menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-30.

Tambahan gol yang diharapkan daripada rangkaian penyerang negara, Zaquan Adha Abd Radzak, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh gagal disudahkan, termasuk percubaan Safawi dan Sumareh yang terkena tiang.

Cheng Hoe, 50, yang menjadi penolong jurulatih Datuk K Rajagobal ketika menjulang kejuaraan pertama 2010 di Jakarta, turut meminta pemainnya supaya fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah terutama di awal permainan.

Katanya, pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan bahang perlawanan serta jangan terlalu ghairah ketika menyerang, kerana corak serangan balas penyerang Laos cukup pantas dan berbahaya.

“Pasukan perlu fokus dan konsisten sejak minit awal hingga akhir permainan. Kita tidak boleh memandang mudah cabaran Laos yang mampu menghukum pasukan jika kita leka,” katanya.

Kemenangan ke atas skuad V Sundramoorthy malam esok akan memberi kelebihan kepada Harimau Malaya sebelum mengharungi aksi lebih sukar selepas ini.

Jika menang, Malaysia akan membawa kelebihan psikologi serta semangat tinggi untuk berdepan dua pasukan yang mara ke separuh akhir pada 2016 – Vietnam dan Myanmar.

Jurulatih Laos. Harapkan Tuah di Bukit Jalil. 

KUALA LUMPUR: Gelanggang aksi kedua Kumpulan A Piala AFF menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, sememangnya mempunyai banyak kenangan manis buat pengendali Laos, V Sundramoorthy.

Di Bukit Jalil, beliau menjulang Piala FA bersama skuad LionsXII pada 2015, yang menyaksikan anak buahnya berjaya mengejutkan pasukan pilihan, Kelantan dalam perlawanan akhir dengan keputusan 3-1.

Sundramoorthy yang berasal dari Singapura dan pernah membimbing Negeri Sembilan di Liga Super bakal sekali lagi menagih tuah Bukit Jalil untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan Piala AFF, musim ini.

Mereka tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan di Vientiane, di Laos, manakala Malaysia menumbangkan Kemboja 1-0, di laman lawan.

“Saya masih ingat memori itu sampai sekarang. Sudah tentu saya harap tuah stadium ini (Stadium Nasional Bukit Jalil) dapat membantu kami (Laos) meraih kemenangan.

“Namun semuanya terletak di tangan pemain apabila turun beraksi nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Malaysia, beliau menganggap pasukannya sebagai bukan pilihan berbanding skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang akan meraih sokongan padu penyokong sendiri.

“Setakat ini kami berada pada tahap terbaik walaupun tewas kepada Vietnam. Bagi saya, Vietnam adalah pasukan pilihan dan begitu juga dengan Malaysia.

“Walaupun bukan pasukan pilihan, sudah tentu kami berharap kami mampu menang. Kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk mendapatkan tiga mata.

“Kami perlukan mata untuk memperbaiki kedudukan selepas berada di posisi terbawah kumpulan. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, tetapi kami tetap yakin tiada perkara yang mustahil (untuk menang),” katanya.

Ketika ini, Vietnam muncul pendahulu Kumpulan A selepas mencatatkan kemenangan besar 3-0 ke atas Laos, manakala Malaysia yang sekadar menang tipis ke atas Kemboja berada di tangga kedua.

nantikannya kita akan update live streaming di sini kalau ada ok. Tunggu!!
thejdt..com
mynewsports.com live malaysia vs Laos 2018
zikrihusaini.blogspot.com 
myzons.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Sukan Tagged With: live streaming aff suzuki cup malaysia vs Laos 12.11.2018, live streaming malaysia vs laos 2018, malaysia vs laos

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Trackbacks

  1. Live streaming malaysia vs Laos piala suzuki 12nov 2018 says:
    November 12, 2018 at 8:43 pm

    […] Live streaming malaysia vs Laos aff suzuki cup 12.11.2018 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • BPN 2.0 sudah masuk 21.1.2021, semak secara online/atm
  • Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?
  • Wahed Investment Review, untung ke rugi?
  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Live streaming malaysia u19 vs Laos u19 26.2.2020 (japan asean u19 )

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG JENESYS 2019 | Japan-ASEAN U-19 Football Tour…

AFC Sukan

LIVE STREAMING MALAYSIA u23 VS LAOS u23 AFCU23 24 MAC 2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan kedua hari ini di Laos di gelangga…

Sukan

Malaysia membelasah laos 5-1 Piala Suzuki 2010, mara ke peringkat seterusnya!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAssalamualaikum dan salam sejahtera. Piala Suz…

%d bloggers like this: