Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF 19.12.2021

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF 19.12.2021

Zik · Dec 19, 2021 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs indonesia, live streaming malaysia vs indonesia, indonesia, malaysia,

Ini adalah hitungan terakhir dalam saingan kumpulan B hari ini diantara pasukan malaysia vs indonesia dalam saingan piala Aff Suzuki 2020/21. Malaysia yang berada di kedudukan ketiga perlu menang dalam perlawanan terakhir ini. Kalau seri apatah lagi kalah, kita dah boleh ucapkan selamat tinggal piala aff suzuki kali ini. Adakah pasukan Malaysia akan mengalah dan memberi laluan kepada pasukan jiran kita Indonesia, sudah semestinya tidak !!

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN B :

  1. INDONESIA 7 MATA
  2. VIETNAM 7 MATA
  3. MALAYSIA 6 MATA
  4. KEMBOJA 3 MATA
  5. LAOS 0 MATA

Adakah pasukan Indonesia akan bermain bertahan seperti lawan dengan vietnam tempohari ? Jurulatih Indonesia katanya pasukan Malaysia berbeza, mereka tidak akan bermain bertahan, bahkan akan membuat serangan. Mereka hanya perlu seri untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Manakala pasukan malaysia betul-betul terdesak perlu menang dalam perlawanan kali ini.

Biarpun begitu jurulatih vietnam , Pak Hang So berkata, Indonesia mungkin akan layak mara ke separuh akhir sekiranya persembahan ini yang ditunjukkan masa lawan dengan pasukan mereka di perlawanan ini nanti. Kita kena ingat bola itu bulat, jangan terlalu angkuh sangat Pak Hang So. Pasukan malaysia pastinya akan memberikan saingan yang cukup sengit dalam perlawanan kali ini. Kalau kalah sekalipun, kita harap ada tentangan yang hebat akan kita berikan dalam perlawanan ini. Anggaplah ini perlawanan yang terakhir dalam pentas piala aff suzuki kali ini.

Akhyar dan Faisal Halim perkuat jentera serangan Harimau Malaya, sudah pulih covid19. 

Hasil dari keputusan swab , Akhyar rashid dan Faisal halim sudah boleh bermain untuk perlawanan terakhir kumpulan B pada perlawanan malam ini menentang Indonesia. Gandingan S.A.L.A.P diperlukan. Safawi Rashid, Akhyar Rashid, Luqman, Arif Aiman, dan Paula (haha).

Dengan kemahiran individu tersendiri yang ada pada mereka, Dollah berkata kombinasi S.A.L.A itu di bahagian serangan dianggap memiliki segala elemen yang cukup sempurna diperlukan untuk menembusi benteng pertahanan Indonesia pada aksi terakhir saingan Kumpulan B itu di Stadium Nasional Singapura.

INDONESIA VS MALAYSIA

 

Menurut beliau, terdapat kelemahan daripada cara Indonesia bertahan berdasarkan perlawanan menentang Kemboja yang menyaksikan mereka dibolosi dua gol dan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya keempat-empat pemain negara itu.

“Jadi kita kena ambil kesempatan di situ sebab saya tahu macam Safawi, Akhyar, Arif yang merupakan antara pemain kegemaran saya dan Luqman mampu cipta sesuatu. Empat pemain ini ada kemahiran individu yang bagi saya terbaik di Malaysia,” katanya.

“Jadi saya pasti mereka ini boleh melakukannya dan kalau empat pemain ini menjadi insya-Allah tak ada masalah untuk kita dapatkan kemenangan menentang Indonesia,” kata Dollah yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an.

Muhammad Safawi yang mengumpul empat gol termasuk hatrik menentang Laos pada aksi kedua muncul penjaring terbanyak pasukan negara yang sudah mencetak tujuh gol dalam tiga perlawanan, manakala Muhammad Akhyar mengumpul satu gol yang diraih pada aksi pembukaan menentang Kemboja.

Luqman Hakim dan Arif Aiman masing-masing belum berjaya mencetak nama sebagai penjaring, namun peranan mereka dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tidak boleh dinafikan apabila turut menyumbang menerusi hantaran gol.

Peluang Malaysia ke peringkat kalah mati kini bergantung pada aksi terakhir selepas membuka kempen kejuaraan dengan langkah kanan menerusi dua kemenangan masing-masing ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0 sebelum tewas 0-3 kepada juara bertahan, Vietnam.

REKOD PERTEMUAN DENGAN INDONESIA, MASIH LAGI MALAYSIA MENANG. 

“Prestasi serta rekod kita setakat ini (lawan Indonesia) berpihak pada kita dan sudah pasti Cheng Hoe sudah mempunyai cara untuk memastikan kemenangan ke atas Indonesia,” kata Dollah.

Kita tiada pilihan Lain, perlu dengan MISI WAJIB MENANG KEATAS INDONESIA, tak kira apa terjadi. Sang Garuda harus ditundukkan dalam perlawanan penting pada malam ini .

Sementara Indonesia dan Vietnam yang turut mengutip enam mata di kedudukan dua teratas dengan bermain kurang satu perlawanan, akan bertemu di Stadium Bishan, malam ini dengan kemenangan akan mencerahkan peluang mana-mana pasukan mara ke separuh akhir.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDONESIA 19.12.2021

 

live streaming MALAYSIA VS INDONESIA 19 DISEMBER 2021
MASA : 8:30 MALAM
STADIUM BISHAN, SINGAPURA.

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan keputusan terkini malaysia vs indonesia piala aff suzuki 19.12.2021, keputusan terkini malaysia vs indonesia piala suzuki 19.12.2021, live online malaysia vs indonesia piala suzuki rtm 19.12.2021, live streaming malaysia vs indonesia, live streaming malaysia vs indonesia piala aff suzuki 19.12.2021, malaysia vs indonesia, siaran langsung perlawanan malaysia vs indonesia piala suzuki 19.12.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.