Malaysia vs Afghanistan
Malaysia bakal bertemu Afghanistan bagi perlawanan penentuan tempat 3/4 Piala Air Marine 2019 pada esok hari.Perlawanan itu bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 4.30 petang.
Malaysia pastinya kecewa ditewaskan musuh nusantara Singapura 0-1,pasti ingin menang perlawanan ini dan tempat ketiga adalah pengubat duka setelah tewas separuh akhir.
Afghanistan juga mahu menang perlawanan itu. Setelah tewas teruk 0-5 kepada Oman.Tempat ketiga pasti dapat menutup kisah kekalahan teruk mereka kepada Oman.
Taktikal dan formasi Tan Cheng Heo (TCH)
Aku merasakan bagi perlawanan hari ini, TCH pasti menggunakan formasi 4-2-3-1. Cuba kekalkan penguasaan bola dan melakukan serangan menggunakan pemain sayap.Pertahanan akan cuba buat binaan serangan dari kawasan zon pertahanan. Bermain hantaran pendek ketika serang lawan. Cuma bahagian pertahanan dan penyerang perlu diperkemaskan jika Malaysia ingin menewaskan Afghanistan esok.
Afghanistan pula seperti kita tahu Pasukan ini menggunakan formasi 4-1-4-1. Mereka adalah pasukan yang bermain secara bertahan dan melakukan serangan balas menggunakan kepantasan pemain sayap. Malah mereka juga gemar bermain secara fizikal.Mereka gemar serang balas dengan melakukan hantaran jauh mencari pemain sayap atau penyerang mereka.
KUALA LUMPUR 22 Mac – Afghanistan akan membariskan skuad yang sama ketika mereka tumpas 0-5 kepada Oman untuk bertemu Malaysia dalam aksi penentuan tempat ketiga-keempat Piala Air Marine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini jam 4:30 petang ini.
Cuma kita tak tahu bagaimana ekor harimau malaya, macam tak datanglah. Semalam perlawanan malaysia dengan philippines ada datang. Untuk kejohanan ini
Jurulatih Afghanistan, Anoush Dastgir berkata, dia percaya skuad bimbingannya kini berada dalam keadaan terbaik selepas berehat dua hari.
“Aksi menentang Malaysia sudah pastinya sengit. Kami amat menghormati pasukan Malaysia, tetapi cabaran besar bagi kami adalah cuaca panas.
“Kita memang tahu keadaan cuaca panas ini, tetapi jika kita tiba dua atau tiga hari lebih awal, kita boleh sesuaikan diri, namun kita sampai pada tengah malam, sehari sebelum perlawanan pertama dengan penerbangan mengambil masa 25 hingga 30 jam.
“Ketika berdepan Oman, kita tidak mendapat rehat secukupnya. Pada masa ini, pemain sudah kembali cergas dan mereka pasti dapat memberikan prestasi terbaik dalam perlawanan esok.
“Saya akan menurunkan barisan pemain sama kerana mereka sudah cukup bersedia,” katanya.- credit to Utusan online.
Nantikannya live streaming perlawanan kalau ada, takda minta maaflah ok.
LIVE STREAMING MALAYSIA VS AFGHANISTAN 23 MARCH 2019.
Masa : 4:30 petang
Lokasi : Stadium Bukit Jalil.
Leave a Reply