Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / ACL / Live streaming Kedah vs Seoul fc kelayakkan piala ACL 28.1.2020

Live streaming Kedah vs Seoul fc kelayakkan piala ACL 28.1.2020

Zik · Jan 28, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

kedah vs seoul fc

Untuk makluman, Skuad Helang Merah sudah pun berada di sana beberapa hari yang lepas dalam menyesuaikan diri suasana dari segi cuaca dan juga keserasian dan nak tahu macam mana keadaan disana. Memang agak sukar perlawanan pada petang ini jam 6 petang. Kalau aku diberi peluang untuk ulas game ini aku cakap terus terang memang peluang untuk mara , agak tipis. Tetapi selaku peminat bola sepak malaysia tanpa mengira pasukan kegemaran kita, aku tetap sokong pasukan kedah. Sebab aku nak tengok liga kita meningkat naik tahun demi tahun. Bila liga kita naik, sudah tentunya pasukan kebangsaan kita akan naik punya. Itu bergantung kepada kebijaksaaan jurulatih kebangsaan kita, Tan Cheng ho(ketika ini).

Pasukan Kedah meneruskan aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bagi pusingan ketiga (Play-Off) dengan menentang wakil Korea Selatan iaitu pasukan FC Seoul dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 28 Januari 2020. Ini setelah pasukan kedah pada minggu lepas menewaskan pasukan Taipo dari kelab Hongkong 5-1 melayakkan keperingkat yang terakhir sebelum masuk slot liga piala afc champions league 2020. Pasukan jdt dah layak untuk liga ini sebab memang ada satu slot untuk pasukan malaysia. So siapa juara liga super automatik layak ke piala acl champhions league.

Wajib Menang untuk ke liga acl 2020

Mengenai aksi kelayakan ACL 2020 bagi pusingan ketiga (Play-Off) ini , pasukan Kedah tiada pilihan lain kecuali mendapatkan kemenangan bagi melayakkan mereka beraksi dalam saingan peringkat kumpulan ACL 2020. Sekiranya skuad Lang Merah berjaya memperoleh kemenangan keatas FC Seoul, sekaligus Kedah berjaya membuat penampilan mereka di peringkat Asia.

Kedah pastinya sudah bersedia menghadapi FC Seoul selepas berjaya menyingkirkan wakil Hong Kong, Wofoo Tai Po FC dengan kemenangan bergaya 5-1. Kemenangan paling bermakna tersebut sudah tentu akan menyuntik motivasi buat skuad Lang Merah bagi menghadapi cabaran FC Seoul pada kelayakan pusingan ketiga (PlayOff) saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Tapi kena ingat ini pasukan dari Korea bukan calang-calang punya pasukan beb.

Tonton juga prediction dari peminat pasukan kedah.

Apa yang pasti, Skuad Lang Merah perlu bekerja keras dari segi taktikal dan juga disiplin setiap pemain   untuk menghadapi FC Seoul kerana seperti sedia maklum kualiti yang dimiliki oleh kelab-kelab di Korea Selatan adalah lebih baik berbanding pasukan Kedah. Namun dalam sukan bola sepak apa-apa pun boleh terjadi dan tidak mustahil Kedah mempunyai peluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Peminat dari malaysia dan terutamanya penyokong setia skuad Lang Merah pastinya akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini serta meletakkan harapan agar Kedah berjaya menewaskan FC Seoul untuk melangkah ke saingan sebenar ACL 2020.

Preview Kedah vs Seoul fc.

Kami sajikan secara ringkas bagaimana FC Seoul dapat melayakkan diri untuk ke pusingan kelayakan ACL 2020. Kami juga turut menerangkan tentang sistem liga korea selatan yang sangat kompetetif. Walaupun hanya ada 12 pasukan, mereka dapat bermain diliga dengan 38 perlawanan.

Konsep liga mereka telah membawa kepada persaingan yang sangat kompetetif bermula dari perlawanan pertama sehingga perlawanan yang ke 33. Perlawanan ke 34 hingga ke 38 begitu padu untuk setiap pasukan mendapat tempat di ACL mahupun untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke liga perdana. Sebagai contoh, ada satu pasukan pada 2019 yang bermain di ACL tetapi hari ini telah turun ke liga perdana atau liga korea k2.

Dan sebagai contoh lagi, FC Seoul juga hampir hampir kecundang ke liga perdana pada musim 2018. Jadi sedikit penceritaan tentang konsep liga di korea selatan ini untuk menggambarkan tentang liga mereka yang sangat kompetetif. Jadi untuk mengambil kira rekod beberapa perlawanan terakhir mereka adalah tidak wajar untuk dijadikan sebagai batu pengukur apabila bertemu dengan pasukan kedah.

Kami masih menganggap bahawa fc seoul adalah sebuah pasukan yang sangat kuat dan menjadi pilihan untuk menang perlawanan pada 28 januari 2020 ini.

Dan 3 cara yang kami bawakan adalah mustahil tetapi tidak mustahil ianya boleh berlaku. Sama sama kita doakan kejayaan buat pasukan kedah fa.

Live Streaming Kedah Vs FC Seoul ACL 28.01.2020

Perlawanan aksi kelayakan pusingan ketiga (Play-Off) Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 membabitkan Kedah menentang (vs) FC Seoul telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 28 Januari 2020 bertempat di Seoul World Cup Stadium bermula jam 6 petang mengikut waktu di Malaysia.

Perlawanan ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Fox Sports. Sekiranya perlawanan Kedah vs FC Seoul distrimkan di internet, facebook mungkin barangkali ada.

Keputusan Terkini Kedah Vs FC Seoul Kelayakan ACL 28.1.2020

Dalam pada itu, kita juga turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs FC Seoul bagi aksi kelayakan pusingan ketiga (Play-Off) Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan menerusi ruangan di bawah ini.

Share this on WhatsApp

ACL, Sukan kedah vs seoul fc, keputusan semasa kedah vs Seoul fc 28.1.2020, keputusan terkini kedah vs seoul fc 28 jan 2020, live streaming kedah vs seoul fc 2020, live streaming kedah vs seoul fc 28 jan 2020, Live streaming Kedah vs Seoul fc kelayakkan piala ACL 28.1.2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.