• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Live streaming KEDAH VS PAHANG 19.10.2019

Live streaming KEDAH VS PAHANG 19.10.2019

Zik · Oct 19, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

piala malaysia,

Perlawanan separuh akhir pertama di stadium Darul Aman, Kedah. Malam ini jam 9 malam . Macam-macam khabar angin dari pasukan pahang , dibelenggu kecederaan, coach dua-dua takda.  Itulah inilah. Adakah ini alasan atau hanya strategi perang psikologi sebelum perlawanan bermula malam ini nanti?? Apepun ianya mendapat sambutan yang cukup hangat buat pasukan kedah perlawanan malam ini. Tiket sudah sold out .

Tiket palsu disyaki dijual aksi Kedah-Pahang

ALOR SETAR : Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memperketatkan pemeriksaan di semua pintu masuk Stadium Darul Aman selepas mengesan aktiviti penjualan tiket palsu untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin ketika mengesahkan perkembangan itu berkata satu laporan polis dibuat semalam sebaik  berjaya  mengesan aktiviti itu  di Stadium Darul Aman.

Katanya, pihaknya mengesyaki wujudnya sindiket penjualan tiket palsu selepas mendapati wujud beberapa ciri berbeza ada pada tiket palsu berbanding tiket asli dikeluarkan oleh Tickethotline.

Tiket  disyaki palsu itu adalah bagi kawasan tempat duduk terbuka berharga RM15 yang sudah habis dijual sejak tengah hari semalam.

“Perbezaan antara dua tiket ini adalah dari segi nombor siri,  kualiti kertas dan percetakan, ciri-ciri keselamatan hologram dan  terlindung yang hanya boleh diamati melalui penelitian rapi.”

“Tiga ciri utama tiket asli  memiliki logo Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di bahagian belakang tiket selain cetakan di atas tiket yang berkualiti  dengan cetakan karbon manakala logo yang digunakan juga terkini berbanding tiket palsu yang masih menggunakan logo unifi untuk Liga Super dan Piala Malaysia.”

“Warna tiket asli juga kelihatan lebih putih berbanding tiket palsu yang agak kebiru-biruan dengan saiz nombor siri juga kelihatan berbeza. Selain itu logo MFL dapat dilihat pada bahgaian belakang tiket asli berbanding tiket palsu yang tidak memaparkan logo berkenaan.”

Dalam pada itu, Media KFA dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengesyaki sindiket ini adalah dari pihak yang sama melakukan kerja penipuan di venue perlawanan lain sebelum ini.

“Individu yang disyaki dan disiasat ini difahamkan berasal dari Kelantan. Dia melarikan diri selepas disyaki menjual tiket palsu. Kita gagal menangkapnya selepas berjaya melarikan diri dari kawalan pihak petugas keselamatan.”

Sebagai langkah keselamatan, KFA meminta orang ramai memastikan tiket yang mereka beli adalah asli berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan sebelum melangkah masuk ke stadium malam ini.

“KFA berhak menghalang mana-mana penyokong untuk masuk ke stadium jika didapati memiliki tiket palsu. Jika anda memiliki tiket palsu sila buat laporan polis bagi membanteras sindiket penipuan ini,” kata kenyataan berkenaan.

Sanggup pecah tabung, redah ombak demi Kedah

ALOR SETAR : Dua penyokong setia Kedah terpaksa memecah tabung dan meredah ombak Selat Melaka demi mendapatkan tiket perlawanan Kedah menentang Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, esok.

Penyokong remaja Pulau Langkawi, Abdul Arif Imran dan Mohd Aiman Ariff Ya yang masing-masing berusia 15 tahun memastikan mereka antara penyokong paling awal beratur membeli tiket sebagai tanda sokongan padu untuk skuad Lang Merah.

Menurut Abdul Arif, beliau dan rakan tidak menjangka jualan tiket dalam talian yang ditawarkan minggu lalu telah habis dijual dengan begitu cepat dan ini menyebabkannya mereka mengambil keputusan bertolak ke Alor Setar pada khamis pagi.

“Memang kami terkejut dan kecewa apabila mendapati tiket melalui dalam talian telah habis dijual namum kami tidak mahu berputus asa dan mengambil keputusan bertolak pada pagi Khamis untuk hadir sendiri di kaunter Stadium Darul Aman .”

“Kami juga terpaksa menggunakan wang tabung simpanan kami demi memastikan kami tidak terlepas aksi menarik yang bakal dipersembahkan pemain Kedah di depan mata kami sendiri.”

Abdul Arif dan Mohd Aiman yang masing-masing menjadikan Baddrol Bakhtiar dan Renan Alves sebagai idola mereka berkata mereka sanggup meluangkan masa menunggu selama  hampir 12 jam membuat keputusan ‘bermalam’ di perkarangan stadium.

“Ini pengalaman pertama kami berada dalam barisan awal di kaunter tiket sejak pukul 10.00 malam semalam kerana kami memang kami tiada tujuan ke tempat lain dan apabila tiba, kami turut teruja kerana terdapat beberapa penyokong Kedah yang lain seperti Kelab Penyokong Puaka Jerai turut berada di stadium untuk beratur awal.” katanya.

“Selapas mendapat tiket perlawanan separuh akhir  ini kami rasa sungguh teruja dan tak sabar menunggu detik bermulanya perlawanan itu nanti.”

“Kami yakin Kedah mampu mencatatkan keputusan selesa melihatkan keadaan semasa dan peningkatan yang telah Kedah pamerkan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.”

TIKET SEPARUH AKHIR MACAM PISANG GORENG PANAS. HABIS!! 

ALOR SETAR: Lebih 5,000 penyokong Kedah membanjiri Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara dua gergasi bola sepak Kedah dan Pahang malam esok.

Mendapat khabar tiket yang dijual secara dalam talian yang laris sebanyak 6,000 keping laku seperti pisang goreng panas beberapa hari lalu, penyokong skuad Lang Merah seolah sudah tidak sabar dan tidak senang duduk mahu memastikan mereka tidak terlepas aksi paling menarik dan terakhir di Stadium Darul Aman pada musim ini.

Melalui tinjauan BH yang diadakan di perkarangan stadium pagi tadi, penyokong rela berpanas dan berdiri sejak awal pagi di empat kaunter jualan iaitu A, B, E dan F yang masing-masing mempunyai tiga laluan termasuk satu laluan khas untuk wanita di kaunter F.

Rata-rata penyokong yang hadir menyatakan rasa puas hati walaupun terpaksa berpanas selepas berbaris untuk memperoleh tiket aksi separuh akhir pertama ini.

Nurhasma Zawani Nasrul Hadi, 19, berkata penantian selama dua jam untuk menunggu kaunter tiket terasa berbaloi selepas dia berjaya membelinya sekitar jam 11 pagi tadi.

“Saya yakin malam esok Kedah akan menang 3-0 sebagai bekalan selesa ke Pahang nanti dan Insya-Allah Kedah dapat ke final lagi.

“Kalau boleh saya mahu lihat Kedah bertemu JDT di pentas akhir nanti,” katanya yang membeli tiga tiket untuk dirinya serta dua untuk ibu saudaranya.

Sementara itu, Mohd Alif Najmi Nasharudin, 19 mengakui penjualan tiket atas talian memudahkan peminat yang membeli tiket secara beratur sepertinya memperoleh dengan cepat.

“Tidak seperti sebelum ini terpaksa datang lebih awal untuk beratur. Kali ini lebih cepat kerana ramai memilih membeli secara online.

“Untuk malam esok saya yakin Kedah menang 3-0. Kita mahu ke final dan berharap bertemu JDT untuk membalas dendam kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2017,” katanya.

Jualan tiket diadakan dalam dua sesi jualan di kaunter bermula dengan sesi pertama pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bersambung pada sesi kedua pada jam 3 petang hingga 7 petang hari ini.

Tok Gajah hadapi krisis kecederaan

KUANTAN: Penyerang Pahang, Lazarus Kaimbi dan Norshahrul Idlan Talaha antara pemain terbaru berdepan masalah kecederaan menjelang pertemuan dengan Kedah, Sabtu ini.

Empat pemain lalin iaitu Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri dan Faisal Halim yang turut cedera sebelum ini masih dalam proses pemulihan.

Berikutan itu peengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, Kaimbi masih belum pasti akan berada dalam kesebelasan utama apabila berdepan Kedah pada separuh akhir pertama piala berprestij itu.

“Kecederaan dialami pemain import dari Namibia itu berlaku dalam saingan suku akhir tetapi menjelang perlawanan dengan skuad Helang Merah kecederaan itu dilihat belum ada petanda positif.

“Mat Yo (Norshahrul) pula cedera pada sesi latihan petang semalam dan diharap tidak serius kerana Kedah dilihat konsisten dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai empat pemain yang turut cedera, Dollah mengesahkan Muslim dan Zuhair Aizat tidak dapat disenaraikan.

Namun katanya, kedudukan Nor Azam dan Faisal masih 50-50 untuk bersama memperkasakan skuad Tok Gajah.

“Tapi saya percaya masalah kecederaan dialami beberapa pemain tidak menjejaskan misi utama untuk mendapat bekalan selesa di Alor Setar.

“Jika keputusan berpihak kepada Pahang, ia memberi kelebihan apabila bertemu sekali lagi pada separuh akhir kedua di Kuantan pada 26 Oktober ini,” katanya.

Untuk rekod dalam saingan Liga Super musim ini, skuad Tok Gajah menang 1-0 ke atas skuad Helang Merah di Kuantan manakala seri 0-0 di Alor Setar.

Live streaming KEDAH VS PAHANG 19.10.2019

Kita akan update malam nanti ok. Tunggu.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan kedah vs pahang, keputusan kedah vs pahang piala malaysia 19.10.2019, keputusan semasa piala malaysia separuh akhir1 19.10.2019, live streaming kedah vs pahang piala malaysia 19.10.2019, siaran langsung kedah vs pahang piala malaysia 19.10.2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Live streaming KEDAH VS PAHANG 19.10.2019 says:
    October 19, 2019 at 8:40 pm

    […] Live streaming kedah vs pahang 19.10.2019 separuh akhir pertama .  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Pahang vs kedah separuh akhir pertama, piala malaysia 19/10/2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pertembungan pertama di stadium darul aman, k…

PIALA MALAYSIA Sukan

Live streaming Kedah vs Pahang piala malaysia 6.11.2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan kalah mati dalam saingan piala mal…

LIGA SUPER Sukan

Live streaming kedah vs pahang liga super 14.6.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan liga super yang ke 16 hari ini dia…

%d bloggers like this: