Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming jdt2 vs UKM Challenge Cup separuh akhir2 1.10.2018

Live streaming jdt2 vs UKM Challenge Cup separuh akhir2 1.10.2018

Zik · Oct 1, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala cabaran, challenge cup 2018,

Perlawanan piala cabaran (challenge cup) hari ini 1 oktober 2018. Ianya satu laluan yang agak sukar, perlawanan pertama berakhir dengan 1-1  sudah tentunya kelebihan buat jdt 2 ketika ini dengan kelebihan jaringan pelawat 1.

Inilah peluang untuk JDT 2 TEMPA NAMA!!

JOHOR BAHRU: Keazaman untuk melangkah ke pentas final Piala Cabaran begitu menebal buat pemain tengah Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Amirulhadi Zainal apabila berdepan UKM FC pada separuh kedua di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), malam ini.

Walaupun skuad Merah Biru memiliki kelebihan selepas seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium KLFA, Cheras, 24 September lalu, namun kedudukan itu masih belum selamat kerana perlu menempuh baki 90 minit perlawanan. 

Tegas Amirulhadi, skuad kendalian Sulaiman Hussin tidak boleh dipandang remeh kerana pemain pasukan itu memiliki kekuatan tersendiri dan mampu melakar kejutan jika pemain JDT II bersikap sambil lewa.

“Biarpun JDT II ada kelebihan jaringan di tempat lawan, namun kami tidak boleh selesa dengan keputusan itu sebaliknya kena fokus melebihi 100 peratus.

“Kami tidak boleh terlalu yakin dan perlu beraksi mengikut taktikal dirancang jurulatih (Ervin Boban), kerana kita tahu UKM FC bijak mengambil peluang mencipta gol.

“Piala Cabaran adalah piala pertama kali dipertandingkan dan saya harap rakan sepasukan ada keinginan untuk mencipta nama melangkah ke pentas final dan sekali gus menjuarai piala berkenaan buat pertama kali,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama, JDT II hampir membawa bekalan selesa selepas S Kumaahran menjaringkan gol pada minit ke-12, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Michael Ijezie menyamakan jaringan pada minit ke-82.

Amirulhadi menegaskan, semangat kerjasama berpasukan dalam skuad JDT II mampu memberi kekuatan kepada pasukan itu.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan pemain UKM FC yang berpengalaman mampu memberi tentangan terutama dengan kehadiran pemain import, Ijezie serta Nam Se-in.

So ,jangan lupa :

Saksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim II menentang UKM FC dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua Challenge Cup 2018 yang akan berlangsung pada Isnin ini, 1 Oktober 2018 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 8.15 malam. Ayuh berikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

 

LIVE STREAMING JDT2 VS UKM FC 1.10.2018

aggregate :

JDT 2 1-1 UKM

nantikanya live kita akan update ok!!

Live disini

https://www.youtube.com/watch?v=P92p5tWEL34

 

Share this on WhatsApp

Sukan jdt vs ukm fc, live streaming jdt 2 vs ukm fc 1 oktober 2018, live streaming piala cabaran separuh akhir 2 jdt2 vs ukm fc 1.10.2018, live stremaing jdt2 vs ukm 1.10.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.