Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Live streaming JDT VS SELANGOR LIGA SUPER 19.6.2019

Live streaming JDT VS SELANGOR LIGA SUPER 19.6.2019

Zik · Jun 19, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Perlawanan tumpuan pada hari rabu ini selangor vs jdt di stadium Larkin Johor Bahru. Kalau dulu bolehlah dianggap perlawanan yang cukup rival. Namun pasukan selangor yang kita kenal dahulu sudah tidak segarang the red giant yang kita kenal.  Semua musnah juga disebabkan oleh tangan-tangan yang mengkucar kacirkan seluruh liga malaysia.

Perlawanan Liga Super Malaysia 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menentang Selangor akan berlangsung Rabu ini, 19 Jun 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 9.00 malam.

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Selangor pada perlawanan yang lepas, menewaskan pasukan kuala lumpur 2-1 menjadikan pasukan ini tempat ke 3 pada minggu lepas. JDT pula seri dengan Pasukan PKNP yang kedua tercorot.

Baca juga : Keputusan terkini liga super 18.6..2019

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memastikan langkah cemerlang dapat diteruskan dalam saingan Liga Super Malaysia 2019. Setakat 16 perlawanan yang telah dilalui, JDT berjaya mencatatkan 12 kemenangan dan empat keputusan seri.

Skuad Harima Ju Selatan juga dilihat berjaya mempamerkan prestasi lebih menyakinkan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

1. CABARAN GERGASI MERAH

Perlawanan berikutnya, JDT akan melayani kunjungan pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super Malaysia iaitu Selangor pada 19 Jun 2019. Paling menarik tentang perlawanan ini adalah ia merupakan perlawanan tunggal JDT bertempur di halaman sendiri pada bulan Jun 2019.

Imbas kembali 1 Mac 2019 yang lalu, ketika pusingan pertama Liga Super Malaysia 2019 berlangsung JDT telah turun beraksi selaku pasukan pelawat ketika bertemu Selangor FA di Stadium Shah Alam.

Strategi dan taktikal yang telah direncana oleh barisan kejurulatihan Harimau Selatan berjaya diadaptasi dengan cemerlang oleh para pemain. Keputusan mutakhir, Harimau Selatan berjaya menewaskan pasukan legenda Selangor dengan jaringan dua berbalas empat.

Pada perlawanan itu juga, pemain import JDT Leanadro Velazquez telah membuat penampilan kali pertama dan berjaya menjaringkan dua gol, manakala Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera pula berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring setelah masing-masing berjaya menjaringkan satu gol lantas memastikan tiga mata penuh berjaya di bawa pulang.

2. STADIUM KERAMAT

Umum mengetahui bahawa Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin telah menyumbangkan 24 mata hasil dari lapan perlawanan pada musim ini. Ia merupakan hasil dari kemenangan total skuad Harimau Selatan di halaman sendiri.

Oleh itu, menjelang perlawanan bertemu Selangor, rekod ini akan menjadi pemacu semangat lantas menambah lebih keyakinan dan motivasi dalam diri pemain untuk terus berjuang dan mempertahankan rekod cemerlang di halaman sendiri.

3. MISI PENTING

JDT perlu menewaskan pihak lawan bagi melebarkan jurang kutipan mata dan kekal memperkukuhkan cengkaman pada kedudukan takhta liga. Sudah pasti ianya suatu tugas getir namun keseluruhan pemain JDT akan tampil beraksi dengan penuh motivasi, keazaman, semangat dan komitmen yang amat tinggi serta agresif dalam memburu kemenangan demi kemenangan dalam baki saingan Liga Super Malaysia musim ini.

4. TIDAK MEMANDANG RENDAH

Walaupun berada pada kedudukan mata yang jauh meninggalkan pencabar tempat kedua juga ketiga, JDT tidak boleh mendabik dada hingga mengakibatkan konsentrasi tersasar. Halangan dan cabaran getir buat Harimau Selatan akan sentiasa wujud selagi kejuaraan liga belum dimuktamadkan.

Hanya konsistensi, tawakal, usaha, sokongan tanpa prejudis penyokong dan motivasi dari DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang akan melonjakkan keyakinan diri pejuang Harimau Selatan. Tidak boleh disangkal bahawa JDT tidak akan diberi laluan mudah untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali keenam.

5. SOKONGAN YANG SENTIASA DITAGIH

Perlawanan menentang pasukan sehebat Selangor memerlukan sokongan luar biasa dari penyokong Harimau Selatan. Semoga semangat itu dapat diseru demi menghadirkan gelombang ‘Sorakan Larkin’ supaya berkuasa mendominasi atmosfera stadium keramat ini untuk memberi tekanan sepanjang 90 minit perlawanan kepada pasukan pelawat.

Akhir kata, semoga para pejuang Harimau Selatan berjaya memastikan langkah unggul dalam perjalanan mengimplementasikan misi menakluk takhta liga buat sekian kalinya pada musim ini dapat direalisasikan. Merah Tak Kabur, Biru Tak Luntur. Luaskan Kuasamu Johor.

Prestasi pasukan jdt :

Last matches: JOHOR DT
14.06.19SLPKNPJohor DT1 : 1
26.05.19SLJohor DTKedah2 : 0
22.05.19CLGyeongnamJohor DT2 : 0
17.05.19SLPKNS FCJohor DT1 : 2
14.05.19SLJohor DTPahang2 : 0

3 kemenangan, satu tewas dan satu seri. JDT musim ini tak perlu fokus piala fa lagi, afc sudah kecundang. Tinggal liga super dan piala malaysia untuk perjuangan yang terakhir.

Last matches: SELANGOR
15.06.19SLSelangorKuala Lumpur2 : 1
24.05.19SLTerengganuSelangor1 : 0
18.05.19SLPKNPSelangor1 : 1
15.05.19SLSelangorKedah3 : 1
04.05.19SLSelangorMelaka United1 : 1

Selangor 2 kali menang, 2 seri dan satu tewas dengan Terengganu.

Head to head.

Head-to-head matches: JOHOR DT – SELANGOR
01.03.19SLSelangorJohor DT2 : 4
12.05.18SLSelangorJohor DT2 : 2
02.05.18SLJohor DTSelangor2 : 0
09.09.17MCJohor DTSelangor3 : 1
05.08.17SLSelangorJohor DT2 : 1 

JDT  tiga kali menang, seri sekali dan tewas sekali.

Apakah perlawanan malam ini selangor akan hapuskan ego jdt dibumi larkin ??

Menarik untuk disaksikannya seluruh alam semesta.

LIVE STREAMING JDT VS SELANGOR :

MASA : 8:45 PM

TARIKH 19.6.2019

LOKASI: STADIUM LARKIN, JOHOR BAHRU.

Anda boleh tonton secara live percuma di ifflix di google store.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan jdt vs selangor, live online jdt vs selangor 2019, live streaming jdt vs selangor 19.6.2019, live streaming liga super 19 jun 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.