Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 3.2.2018

Live streaming JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 3.2.2018

Zik · Feb 3, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

jdt vs kedah, live streaming kedah vs jdt piala sumbangsih 2018, live streaming jdt vs kedah piala sumbangsih 2018,

Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam menentukan pasukan manakah yang akan menjulang piala pertama untuk edisi 2018. Tahun lepas, jdt terikat seri dengan kedah 1-1 apabila masa 90 minit telah tamat, terpaksa menentukan dengan sepakan penalti , kedah menang dan menjulang piala sumbangsih.

Perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih 2018 antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah akan berlangsung pada 3hb Februari di Stadium Tan Sri Dato  JHaji Hassan Yunos, Larkin. Kehadiran para penyokong Harimau Selatan amat dialu-alukan bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda. Luaskan Kuasamu Johor.

Baca juga, pra analisis jdt vs kedah  piala sumbagsih 2018. 

Nampaknya kemeriahan liga super 2018 kali ini dimeriahkan dengan live bola sepak skop dipebesarkan dengan melibatkan banyak kerjasama dari pelbagai sumber. Iflix, Unifi, TM dan RTM, Media Prima dan sewaktu dengannya. So sekarang ini takda masalah untuk para penonton tegar yang nak tengok live dari tv atau handphone dah boleh dah sekarangi ini. Tak pasti apa yang peminat gelap bola yang nak kondem lagi usaha-usaha tuan presiden FAM kali ini.

Pertemuan sekali lagi di Bumi Larkin Johor Bahru, Stadium Datuk Seri Haji Yunos sekali lagi menjadi saksi pertemuan pasukan yang diantara top di malaysia kita. JDT tahun ini masih lagi bermain untuk piala afc edisi 2018 setelah gagal dengan pasukan muangthong united tewas terus 2-5.

Kedah dengan bimbingan Jurulatih baru harapnya ada perkembangan yang positif untuk skuad lang merah tahun ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan jdt. Adakah akan mempertahan piala ini seperti tahun lepas?

Menjadi persoalan?

Kepada pihak yang mempertikaikan perlawanan Piala Sumbangsih diadakan di Stadium Larkin akan datang. Sebelum ini sudah berapa tahun perlawanan tersebut diadakan di gelanggang Juara Liga Super dan tiada yang mempertikaikannya. Termasuklah beberapa tahun sebelum ini Piala Sumbangsih diadakan di Stadium Larkin kerana JDT adalah Juara L iga Super. Janganlah kerana terlalu membenci dengan JDT, perkara yang sebelum ini tiada masalah tetapi dijadikan isu besar sekarang ini.

Isu pemain utama jdt masuk ke jdt ll apa kes??

Saya rasa kami tidak tertekan kerana kami menghormati semua pasukan lawan kami. Kami sangat realistik, jadi kami hanya akan bermain dengan terbaik. Fokus saya juga adalah kepada kesemua pemain yang berada di dalam skuad untuk perlawanan ini untuk berada dalam keadaan yang terbaik.

Malam ini juga saya akan memantau pemain JDT yang bermain di JDT II untuk ‘match fitness’. Semoga segalanya berjalan dengan baik kerana selepas ini berkemungkinan mereka pula yang perlu bermain untuk perlawanan selepas ini.

Oleh itu adalah bagus kepada mereka untuk bermain di JDT II untuk ‘match fitness’ mereka supaya tiga hari kemudian kami boleh membuat penggiliran pemain. Buat masa ini saya amat berpuas hati dengan segalanya yang berjalan dengan lancar.

Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

info live streaming :

Korang boleh tengok dan download apps iflix tonton disana. Register first. Apepun ianya menjadi satu sejarah baru dalam dunia bola sepak tanah air kita. Seperti yang diumumkan oleh tuan presiden FAM sendiri di facebook tuh.

Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini secara rasminya mengumumkan kolaborasinya bagi menaja Liga Malaysia. Penajaan ini akan diwakili oleh unifi, jenama Konvergens utama di bawah TM, sebagai penaja bagi Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bersama bagi Piala FA bermula pada tahun ini sehingga tahun 2025. Perjanjian selama lapan (8) tahun ini membuktikan sokongan berterusan TM terhadap pembangunan bola sepak tempatan dan menaikkan mutu sukan di negara ini.

Dengan penajaan ini, liga kini dikenali sebagai “unifi Liga Super Malaysia” dan piala tersebut dinamakan sebagai “unifi Piala Malaysia”.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Dato’ Sri Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, berkata, “Kami amat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan pihak FMLLP dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan dan membawa lebih banyak detik menarik dalam liga bola sepak negara, yang kini dikenali sebagai “unifi Liga Super Malaysia” kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Seluruh peminat bola sepak di Malaysia kini boleh menonton setiap perlawanan dalam liga ini dan menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi, kerana KESEMUA perlawanan akan disiarkan secara LANGSUNG melalui unifi TV dan menerusi kesemua skrin yang boleh diakses menerusi aplikasi unifi PlayTV.

Dengan kerjasama ini, unifi kini merupakaan satu-satunya jenama yang menawarkan detik aksi bola sepak secara ‘LANGSUNG’ dalam Definisi Tinggi Sepenuhnya di skrin peranti di rumah dan di mana-mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV di mana anda boleh menontonnya di peranti tablet atau mudah alih pada bila–bila masa dan di mana-mana sahaja.”

“Ini merupakan satu lagi tawaran terbaharu daripada unifi di antara pelbagai tawaran pengalaman pertama seperti Permainan Interaktif secara langsung pertama dii Malaysia iaitu Teka Tekan, dan produk pembebasan mudah alih pertama, unifi mobile, yang telah dilancarkan baru-baru ini apabila kami telah memperkenalkan wajah dan penawaran terbaharu unifi. Jadi, nantinya pelbagai lagi penawaran pertama yang akan diumumkan tidak lama lagi!” tambah beliau.

Dengan termeterainya perjanjian ini, unifi akan menyatukan seluruh peminat sukan bola sepak tempatan melalui penyediaan akses menerusi unifi home, unifi mobile dan unifi wifi, bagi membolehkan tontonan kesemua perlawanan di unifi TV dan unifi PlayTV (kini tersedia di AppStore dan PlayStore). Lebih penting lagi, ini bermakna unifi kini merupakan satu-satunya platform terbesar yang menayangkan setiap perlawanan bola sepak dan program-program khas lain melangkaui kesemua Pay TV, Free-To-Air (FTA), Over-the-Top (OTT) dan mudah alih, memberikan pengalaman penumpuan yang holistik.

Sebagai rakan kongsi siaran, unifi TV akan menayangkan kesemua acara dan perlawaan, termasuklah Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA serta siaran bersyarat bagi perlawana Liga Perdana, Challenge Cup dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh pihak FMLLP.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Pengerusi Football Malaysia LLP, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengulas, “Saya amat berbesar hati dengan termeterainya perjanjian kerjasama ini, di mana ia merupakan yang terbesar dalam sejarah sukan di Malaysia, ini adalah bukti keyakinan TM terhadap sukan bola sepak dan liga Malaysia merupakan pemacu komersial dan perpaduan utama di negara ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam mengulas, “Komitmen jangka panjang TM ini merupakan satu gambaran yang mencerminkan nilai dan kemampuan Liga bola sepak Malaysia. Mereka sentiasa menjadi penyokong kuat sukan bola sepak Malaysia secara amnya. Kami amat berterima kasih kepada unifi, jenama yang akan mengemudi dan menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing”.

Atau boleh tonton di laman bawah ini :

Zikrihusaini blogspot 

Mynewsports.com 

Myzons.com 

Thejdt.com 

Nantikannya , kita pun mungkin akan sediakan live streaming jika ada, kalau tiada kita akan update keputusan perlawanan yang berlangsung dalam selang 5 minit. So, korang tekan f5 untuk tahu keputusan terkini perlawanan ini .

KEPUTUSAN SEMASA,

[sls id=”30″]

 

 

Sumber lain :

Share this on WhatsApp

Sukan dapatkan tiket jdt vs kedah piala sumbangsih 2018, jdt vs kedah, keputusan jdt vs kedah piala sumbangsih 3.2.2018, live online jdt vs kedah piala sumbangsih 2018, live streaming jdt vs kedah piala sumbangsih 2018, tonton siaran langsung jdt vs kedah piala sumbangsih 3.2.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.