• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Live streaming INDONESIA VS MALAYSIA kelayakkan piala dunia 5.9.2019

Live streaming INDONESIA VS MALAYSIA kelayakkan piala dunia 5.9.2019

Zik · Sep 5, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

INDONESIA VS MALAYSIA   vs hairmau malaya,

Sang garuda vs Harimau Malaya!!

Perlawanan pertama dalam saingan kelayakkan piala dunia 2022 qatar. Sekarang kita sudah berada di pusingan yang kedua. Malaysia dalam kumpulan G bersama dengan indonesia, thailand , Vietnam dan UAE.  Satu perjuangan yang cukup sukar untuk pasukan harimau malaya untuk meneruskan kemaraan sebenarnya. Aku harap pasukan malaysia dapat mara ke pusingan ketiga untuk berada ditempat kedua terbaik sekurang-kurangnya. So disini langkah pertama harus positif.

Bertemu dengan pasukan Indonesia di Stadium gelora bung karno pastinya satu misi yang sukar untuk pasukan malaysia untuk mendapatkan tiga mata penuh untuk perlawanan pertama ini.  Kita kena akui memang cabaran kali ini lebih getir. Pasukan yang lain pun semakin lama semakin hebat. Pasukan vietnam juara piala aff pun kita tak dapat nak jinakkan. Pasukan thailand pun second team ditambah dengan pasukan thailand kita bermati-matian untuk menang tipis. Apatah lagi bertemu dengan pasukan Arab timur tengah, UAE pastinya cabaran ini lebih getir.

KUMPULAN G :

  1. MALAYSIA 
  2. INDONESIA
  3. THAILAND
  4. VIETNAM
  5. UAE

Takklah Malaysia nak jadi pasukan tercorot dalam kumpulan ini. Kalau boleh kita nak layak. Tetapi bukan mudah, nak kena hadap dengan pasukan vietnam, thailand dan UAE. Kalau dengan pasukan indonesia pun kita tak boleh nak makan. Segan beb.

Namun aku positif dan yakin bahawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe pastinya sudah banyak belajar dari kesilapan. Kita kena yakin dengan kemampuan jurulatih kita. Kalau kita tak yakin macam mana fam masih sambung kontraknya menjadi jurulatih kebangsaan untuk lagi beberapa tahun.

Bukan mudah untuk pasukan harimau malaya kali ini bermain ditempat lawan, di gelanggang gelora bung karno yang pernah menjadi sejarah suatu ketika dahulu. Biarpun satu tekanan yang sangat hebat untuk pertarungan kali ini, kita harap kebangkitan pasukan asia tenggara ini mampu menundukkan sesiapa sahaja.

Rekod pertemuan Indonesia vs Malaysia setakat ini.

Head-to-head matches: INDONESIA – MALAYSIA
06.09.16 FI Indonesia Malaysia 3 : 0
14.09.14 FI Indonesia Malaysia 2 : 0
01.12.12 SUZ Malaysia Indonesia 2 : 0
29.12.10 SUZ Indonesia Malaysia 2 : 1
26.12.10 SUZ Malaysia Indonesia 3 : 0
01.12.10 SUZ Indonesia Malaysia 5 : 1
06.06.08 FI Indonesia Malaysia 1 : 1

Last 2 game pertemuan, pasukan malaysia tewas dengan tak berbalas gol langsung. Hish teruk betul biarpun main untuk persahabatan jer tuh. Tapi masa tuh skuad negara memang diambang kejatuhan teruk.Dengan pemain yang dah acah-acah pencen semua tuh. Bila tmj naik jadi presiden sarung balik jersi kebangsaan.

Ini skuad terbaik boleh aku katakan dalam pertemuan malam ini. Biarpun ramai pemain darah kacukan dan ada seorang pemain natrulisasi, Muhamadou Sumareh.  Indonesia pun ada juga pemain yang dinatrulisasikan. Aduh susah nak menyebutnya.

KEKALKAN DISIPLIN TINGGI JIKA MAHU MENANG!! Datuk Son Chin Aun- Lagenda bola

Skuad Harimau Malaya perlu mengekalkan disiplin tinggi sepanjang 90 minit berdepan Indonesia pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, jam 8.30 malam ini nanti.

Legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun ketika memberi nasihat itu berkata, disiplin di dalam dan luar padang amat penting bagi menghadapi serangan psikologi pemain tuan rumah dan penyokong fanatik mereka yang boleh menjejaskan usaha skuad negara mencipta kemenangan.

Katanya, disiplin juga merangkumi ketika aksi bertahan, mengatur gerak dan memburu jaringan dengan pemain tidak perlu terikut-ikut dengan provokasi lawan mahupun penyokong skuad tuan rumah.

“Kesungguhan tinggi dan kekuatan mental amat penting bagi menghadapi situasi luar jangkaan yang boleh berlaku.

“Saya percaya jika semua pemain memberi fokus tinggi terhadap tugasan masing-masing, tidak mustahil gerakan lebih efektif mampu diterjemahkan,” katanya yang pernah meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Tehran 1974.

Chin Aun yang juga bekas kapten negara mahu anak buah Tan Cheng Hoe membentuk rangkaian agresif yang mantap dalam semua pergerakan permainan dan tidak terlalu tertekan dengan aspek keselamatan yang tular di media sosial.

Mengulas ketika dia beraksi mewakili negara sejak 1970-1985, beliau menjelaskan tiada perkara tidak diingini berlaku kepada pemain skuad kebangsaan ketika beraksi di gelanggang lawan termasuk di Jakarta.

“Walaupun penonton lebih 100,000 pada masa itu perlawanan berjalan lancar dengan keselamatan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Apa yang penting pemain harus menggunakan kemahiran yang ada mengikut perencanaan jurulatih bagi menampilkan persembahan berkualiti,” katanya.

HARIMAU MALAYA NAIK BAS BUKAN BARACUDA !!

Bagaimanapun, insiden lalu jelas memberi pengajaran kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dengan Setiausaha Agungnya, Ratu Tisha Destria memberi jaminan keselamatan kepada pasukan negara yang akan mendapat sambutan baik untuk mengharungi perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu.

“Kami akan cuba sebaik mungkin supaya perlawanan berlangsung dengan baik, lancar aman dan tertib. Kami sedia memenuhi beberapa permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pelaksanaan pertandingan yang bersesuai dengan peraturan ditetapkan,” kata Ratu Tisha menerusi laman rasmi PSSI.

“FAM juga meminta jaminan keselamatan buat pasukan kebangsaan Malaysia bermula daripada waktu ketibaan, sesi latihan, tempat tinggal dan waktu perlawanan. Sudah tentu PSSI akan memberi jaminan ini kepada Malaysia.”

Dalam perkembangan sama, Ratu Tisha mengesahkan sebanyak 3,000 tiket akan diperuntukkan buat penyokong Harimau Malaya yang berhasrat untuk bertandang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu.

“Kami sudah menyiapkan 3,000 tiket untuk penyokong Malaysia dan mereka juga akan ada akses tertentu,” katanya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan setakat ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu hanya menaiki bas untuk ke stadium bagi aksi pertama Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau bagaimanapun berkata, Barracuda tetap disediakan oleh pihak keselamatan Indonesia sebagai persediaan jika berlaku perkara yang di luar jangkaan.

“FAM juga mengambil langkah proaktif apabila kami bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dua kali mengadakan mesyuarat dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pihak keselamatan di sana.

“Jadi dengan jaminan yang diberikan PSSI dan polis, Insya-Allah semuanya terjamin. Hari ini juga, pasukan keselamatan kita yang terdiri daripada pihak keselamatan FAM dan PDRM sudah pergi ke sana untuk membuat memantau tahap keselamatan bagi pasukan dan penyokong,” katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat yang diadakan buat skuad kebangsaan yang akan membuka tirai kempen kelayakan berdepan Indonesia nanti.

Majlis yang diadakan di kediaman Hamidin, di sini, hari ini turut disertai barisan Exco FAM, jurulatih dan pemain Harimau Malaya.

Selain itu, Hamidin turut mengingatkan semua pemain supaya tidak memikirkan soal keselamatan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada 90 minit perlawanan.

“Sudah pasti akan ada provokasi dari pihak media dan penyokong, tapi saya harap semua pemain hanya fokus kepada perlawanan.

“Kita tahu stadium itu akan dipenuhi dengan penyokong Indonesia, tapi saya yakin bahawa rekod kita dengan mereka di sana baik yang mana kita pernah menang Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA.

Pasukan indonesia dan malaysia masing-masing sudah membuat persiapan yang cukup rapi menjelang pertemuan pada jam 8 malam ini (waktu malaysia). Ayuh penyokong malaysia teruskan menyokong pasukan ini malam nanti.  Kita berdoa dan ucapkan selamat maju jaya buat skuad harimau malaya dalam pertemuan kempen kelayakkan piala dunia pusingan kedua.

Jangan lupa :

INDONESIA VS MALAYSIA

MASA : 8.30 MALAM (WAKTU MALAYSIA

TARIKH : 5 SEPTEMBER 2019

LOKASI:  STADIUM GELORA BUNG KARNO , INDONESIA.

Nantikannya info live streaming kita akan update ok malam ini .Tunggu!!!

LIVE STREAMING INDONESIA VS MALAYSIA 5.9.2019 

LIVE RTM2 DISINI 

SUMBER LAIN :

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan keputusan terkini indonesia vs malaysia 5.9.2019, live streaming indonesia vs malaysia 5.9.2019, live streaming malaysia vs indonesia 5 september 2019, malaysia vs indonesia, siaran langsung rtm2 indonesia vs malaysia 5 september 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Live streaming malaysia vs indonesia 5.9.2019 says:
    September 6, 2019 at 2:02 am

    […] Nantikannya live streaming Indonesia vs Malaysia 5.9.2019 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara semak status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat fasa1 2021
  • Semua Cawangan KWSP Ditutup Awal Esok Untuk Penyelenggaraan – Termasuk Aplikasi Mudah-Alih
  • Cara nak claim(tebus) bantuan E wallet RM 100
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa1 mula 24 Februari 2021 -menteri kewangan
  • Live streaming friendly sabah vs kuala lumpur 23.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Badminton Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia final Asia Championship 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan terakhir dalam pentas Asia Champio…

Sukan

Live streaming Malaysia vs Indonesia aff u16 semi final 9.8.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan yang ditunggu-tunggu. Malaysia mar…

AFF Sukan

Live streaming malaysia vs Indonesia semi final piala aff u18 17.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pentas Aff bawah 18 tahun hari ini di hanoi v…

%d bloggers like this: