
Kita recap balik sebelum pasukan badminton ini melangkah ke final. Dikala ramai meramalkan Thailand, Indonesia atau Singapura untuk memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki Badminton Sukan Sea, kehadiran skuad muda negara di bumi Hanoi diketuai Pengarah Pembangunan Remaja Badminton Association of Malaysia – BAM , Datuk Misbun Sidek tidak boleh dipandang enteng.

Ini dibuktikan mereka pada pertemuan separuh akhir apabila berjaya membenam cabaran Singapura 3-2 semalam. Pada satu ketika, skuad negara ketinggalan 0-2 selepas dua wakil kita, Kok Jing Hong dan pasangan Wan Arif Junaidi/Man Wei Chong tewas kepada lawan masing-masing.
Bagaimanapun, kedudukan itu berubah apabila Lee Shun Yang berjaya merapatkan jurang kepada 1-2 dengan membuahkan kemenangan ke atas Jason Teh bertarung tiga set 21-12, 21-23, 21-16 dalam masa 79 minit. Game on.
Ia disusuli kejayaan dicapai gandingan Muhammad Haikal Nazri/Chen Tang Jie mengatasi beregu berpengalaman, Danny Bawa Chrisnanta/Andy Kwek dalam permainan dua set terus 21-17, 21-15. Muhammad Shaqeem Eiman dari Selangor mengesahkan kemenangan penuh bergaya skuad negara untuk melangkah ke pentas final esok bagi penentuan pingat emas menentang Thailand selepas menewaskan Koh Jia Wei 21-10, 21-17 dalam masa 42 minit.
Bagaimana pula pertembungan dengan skuad thailand hari ini?
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS THAILAND 18.5.2022 (8MALAM).
LIVE STREAMING BADMINTON FINAL MEN SUKAN SEA MALAYSIA VS THAILAND 18.5.2022
Leave a Reply