Perlawanan terakhir dalam saingan badminton asia challenge 2020. Mujur untuk kejohanan kali ini china tidak turut serta sebab philippines tidak membenarkan mereka datang takut penularan wabak yang sedang kita takuti ini. Untuk kejohanan piala thomas adalah pada bulan mei nanti. Harap wabak ini berkuranganlah. Sama-sama kita doakan agar semua dalam keadaan yang baik, amin.
Perjalanan pasukan malaysia di kumpulan B bersama dengan pasukan India dan Kazakhstan dan menjadi juara kumpulan setelah membenam Kazakhstan 5-0 dan kemudian menewaskan pasukan India 4-1. Malaysia mara ke suku akhir bertemu dengan pasukan Korea selatan.
Pasukan malaysia yang diketuai oleh Jia Zia tiada masalah menewaskan pasukan dari korea selatan 3-0. Separuh akhir kita bertemu dengan pasukan jepun. Pasukan malaysia agak bernasib baik sebab lawan dengan pasukan jepun yang kehilanggan tunggak utama, kento momota yang masih lagi dibelenggu kecederaan. Kalau tak mungkin ada fight jugak lawan dengan pasukan jepun.
Pertemuan dengan jepun semalam.
Kapten, Lee Zii Jia yang turun sebagai perseorangan pertama terus mencipta sensasi apabila menewaskan Kanta Tsuneyama 21-11, 8-21, 21-11 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang saingan kali ini sejak aksi peringkat kumpulan.
Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut cemerlang apabila menyumbang mata kedua pasukan selepas mengetepikan cabaran Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.
Pemain perseorangan kedua, Cheam June Wei yang berada di kedudukan ke-72 dunia melakar kejutan apabila melengkapkan kemenangan skuad negara menerusi kejayaan menumbangkan Kenta Nishimoto yang menghuni ranking ke-13 dunia 21-19, 3-21, 21-12.
Sejak kejohanan diperkenalkan pada 2016, pencapaian skuad negara adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2018 di Alor Setar, Kedah.
Mampukah skuad badminton kita ini untuk bergelar juara ??? Mungkin game ini ada fight sikit. Sebab indonesia lawan dengan India pun menang agak tipis tuh.
Jangan lupa hari ini
FINAL : MALAYSIA VS INDONESIA
MASA : 4:00 PETANG
TARIKH : 16.2.2020
LIVE : youtube.com , facebook.com
Live streaming MALAYSIA VS INDONESIA BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIP FINAL 2020
Leave a Reply