Hari ini penentuan buat acara berbasikal Keirin di Tokyo Jepun. Semalam datuk AzizulHasni Awang telah berjaya melangkah ke suku akhir apabila mendapat tempat pertama dalam Heat ,menumpaskan semua pesaing-pesaingnya. Turut serta sekali ialah Shah Firdaus Shahrom apabila dia juga lolos ke peringkat seterusnya, iaitu suku akhir. Sebelum dia mara, apa beberapa insiden yang dia alami apabila perlumbaan pertama dia jatuh dan kemalangan , sebab biasalah dalam perlumbaan ini ada risiko.
Perlumbaan pertama dibatalkan dan mula semula, tetapi Firdaus menarik diri sebab dia nak recover sekejap. Kemudian dia cuba untuk repercharge yang mana akhirnya dia layak ke suku akhir apabila dapat no2 dalam saingan yang cukup sengit itu. Dari ketinggalan last, kemudian di pusingan lap terakhir dia memecut dan dapat no2. Dia pun hampir jatuh lagi sekali apabila bertembung sedikit dengan pelumba yang lain, namun dia berjaya mengawal keadaan.
Bagaimana pula diperingkat suku akhir ini?
Kita harapkan ada sinar untuk mendapatkan pingat pada hari ini. Ini adalah peluang terakhir buat malaysia melakar sesuatu dalam kejohanan sukan olimpik kali ini. Harap percaturan zizo dan sparing partner dia mampu untuk mara ke pentas akhir untuk memberikan saingan yang cukup hebat pada perlumbaan hari ini.
Komen Jack Carling Insiden semalam.
Keirin adalah perlumbaan yang berbahaya, tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa kerana itu adalah perkara yang biasa dalam sukan ini, teruskan perjuangan buat kesemua atlet trek berbasikal dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 .Dia juga ada cakap benda ini biasalah dalam lumba ini ada risikonya dan juga
Cabaran demi cabaran dihadapi oleh pelumba basikal kita, jatuh dan bangkit semula. Biarpun cedera, demi maruah malaysia, mereka terus berjuang bangkit dari kegagalan mengatasi ketakutan dan berkat doa dari semua penyokong dari malaysia sentiasa positif dalam perlumbaan ini. Ayuh malaysia, kita doakan mereka dapat mara ke peringkat seterusnya dan menyumbang pingat buat hari terakhir dalam saingan sukan olimpik tokyo jepun hari ini.
LIVE STREAMING PERLUMBAAN BASIKAL KEIRIN SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR, DAH AKHIR 8.8.2021
Leave a Reply