ANUGERAH Skrin 2019 (ASK2019) yang bakal berlangsung pada 1 November ini masih lagi mengekalkan konsep tanpa pengacara, sebaliknya, menampilkan beberapa pasangan selebriti untuk menyerikan acara tahunan itu. Harap tak hambar dan nampak dia punya kelompongannya tuh.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, konsep itu mendapat sambutan positif daripada penonton.
“Konsep ini masih lagi diteruskan kerana ramai yang sukakannya sekali gus menampilkan kelainan kerana tidak menggunakan pengacara seperti program lain,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai pemilihan pasangan selebriti, Siti Nurlisia berkata, ia berdasarkan kesesuaian dengan majlis.
“Ada pasangan terdiri daripada suami isteri dan ada juga digandingkan kerana keserasian seperti Elly Mazlein dan Shuk Sahar,” katanya
Selain Elly dan Shuk, malam kemuncak ASK2019 juga menampilkan Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.
Selain itu, ASK2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam anugerah nanti.
Antaranya, persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh, pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.
Secara keseluruhan, ASK2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.
Tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lalu turut bertanding dalam ASK2019 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.
Malam Anugerah ASK2019 bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober ini.
Live carpet merah
Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 untuk mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem kembali untuk edisi tahun 2019. Bakal berlangsung pada bulan November nanti, Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) membuka tirai dengan menayangkan 9 drama pilihan ASK 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 1 September hingga 27 Oktober 2019.
Saban tahun, Anugerah Skrin menyaksikan persaingan sengit dalam kategori drama yang pernah mengangkat Pendosa Ingin Ke Syurga, Pesan Dari Tuhan, Fatin dan Lorong Kecil Ke Syurga sebagai Drama Terbaik dalam edisi penganjuran yang lepas. Tahun ini, drama – drama yang tercalon dalam kategori Drama Terbaik Anugerah Skrin memaparkan jalan cerita yang mantap dan sarat dengan mesej – mesej yang boleh dijadikan iktibar bagi para penonton.
Berikut ialah senarai sebahagian drama yang tercalon untuk Anugerah Skrin 2019. Marilah kita sama-sama saksikan karya-karya hebat telah pun disiarkan pada 1 september yang lepas hinggalan minggu lepas tuh 27 october 2019.
- Neraka Kasih Maisarah,
- Bebaskan Anak Kita,
- Titi Kayu,
- Restu Ayah,
- Terima Kasih Ibu,
- Remuk,
- Samad Tedung,
- Wakaf Dosa,
- Batik Zakiah,
- Sirna,
- Batin Aram-Aram,
- Di Sisi,
- Detektif Kemon,
- Dia Tidak Berdosa,
- Lalang,
- Terlingkah
- Sesekali Sesekali.
Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) yang tercalon adalah
- Leftenan Zana,
- Kamar Kamariah,
- Nur 2,
- Pia,
- Aku Yang Kau Tinggalkan
- Sara Kirana.
Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina) yang tercalon iaitu
- The Promise,
- Sweet Dilicacy,
- My Sensei Nyonya
- Super Mischevous MIL.
Untuk Filem Terbaik, karya yang dicalonkan ialah
- Paskal,
- Gol & Gincu Vol 2,
- One Two Jaga,
- Polis Evo 2,
- Hantu Kak Limah,
- Operasi X,
- Misteri Delaila,
- Munafik 2,
- Tikin,
- Tiada Tajuk
- Langsuir.
Leave a Reply