Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Live streaming Anugerah Skrin (ask)2019

Live streaming Anugerah Skrin (ask)2019

Zik · Oct 31, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

anugerah skrin 2019, ask 2019, ask, ask logo,

ANUGERAH Skrin 2019 (ASK2019) yang bakal berlangsung pada 1 November ini masih lagi mengekalkan konsep tanpa pengacara, sebaliknya, menampilkan beberapa pasangan selebriti untuk menyerikan acara tahunan itu. Harap tak hambar dan nampak dia punya kelompongannya tuh.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, konsep itu mendapat sambutan positif daripada penonton.

“Konsep ini masih lagi diteruskan kerana ramai yang sukakannya sekali gus menampilkan kelainan kerana tidak menggunakan pengacara seperti program lain,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai pemilihan pasangan selebriti, Siti Nurlisia berkata, ia berdasarkan kesesuaian dengan majlis.

“Ada pasangan terdiri daripada suami isteri dan ada juga digandingkan kerana keserasian seperti Elly Mazlein dan Shuk Sahar,” katanya

Selain Elly dan Shuk, malam kemuncak ASK2019 juga menampilkan Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Selain itu, ASK2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam anugerah nanti.

Antaranya, persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh, pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.

Secara keseluruhan, ASK2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lalu turut bertanding dalam ASK2019 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Malam Anugerah ASK2019 bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober ini.

Live carpet merah

Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 untuk mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem kembali untuk edisi tahun 2019. Bakal berlangsung pada bulan November nanti, Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) membuka tirai dengan menayangkan 9 drama pilihan ASK 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 1 September hingga 27 Oktober 2019.

Saban tahun, Anugerah Skrin menyaksikan persaingan sengit dalam kategori drama yang pernah mengangkat Pendosa Ingin Ke Syurga, Pesan Dari Tuhan, Fatin dan Lorong Kecil Ke Syurga sebagai Drama Terbaik dalam edisi penganjuran yang lepas. Tahun ini, drama – drama yang tercalon dalam kategori Drama Terbaik Anugerah Skrin memaparkan jalan cerita yang mantap dan sarat dengan mesej – mesej yang boleh dijadikan iktibar bagi para penonton.

Berikut ialah senarai sebahagian drama yang tercalon untuk Anugerah Skrin 2019. Marilah kita sama-sama saksikan karya-karya hebat telah pun disiarkan pada 1 september yang lepas hinggalan minggu lepas tuh 27 october 2019.

Sebanyak 17 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik iaitu
  1. Neraka Kasih Maisarah,
  2. Bebaskan Anak Kita,
  3. Titi Kayu,
  4. Restu Ayah,
  5. Terima Kasih Ibu,
  6. Remuk,
  7. Samad Tedung,
  8. Wakaf Dosa,
  9. Batik Zakiah,
  10. Sirna,
  11. Batin Aram-Aram,
  12. Di Sisi,
  13. Detektif Kemon,
  14. Dia Tidak Berdosa,
  15. Lalang,
  16. Terlingkah
  17. Sesekali Sesekali.

 

Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) yang tercalon adalah

  1. Leftenan Zana,
  2. Kamar Kamariah,
  3. Nur 2,
  4. Pia,
  5. Aku Yang Kau Tinggalkan
  6. Sara Kirana.

Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina) yang tercalon iaitu

  1. The Promise,
  2. Sweet Dilicacy,
  3. My Sensei Nyonya
  4. Super Mischevous MIL.

Untuk Filem Terbaik, karya yang dicalonkan ialah

  1. Paskal,
  2. Gol & Gincu Vol 2,
  3. One Two Jaga,
  4. Polis Evo 2,
  5. Hantu Kak Limah,
  6. Operasi X,
  7. Misteri Delaila,
  8. Munafik 2,
  9. Tikin,
  10. Tiada Tajuk
  11. Langsuir.
Senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2019:
1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Lakon TV Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Pelakon Komedi Terbaik
10. Drama Komedi Terbaik
11. Videografi Drama Terbaik
12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
15. Rancangan Majalah Terbaik
16. Rancangan Realiti Terbaik
17. Rancangan Anugerah Terbaik
18. Filem Terbaik
19. Lakon Layar Terbaik
20. Pengarah Terbaik Filem
21. Pelakon Wanita Terbaik Filem
22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Senarai Pemenang 7 Kategori Bukan Drama dan Teknikal :
1. Rekabentuk Set Terbaik – Anugerah Skrin 2018
2. Montaj Terbaik – Halaqah 2019
3. Rancangan Dokumentari Terbaik – Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)
4. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Feel Good Show (Deepavali)
5. Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Aduan Rakyat ‘Kampung Sampah’)
6. Rancangan Hiburan Terbaik – RTM Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0
7. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 33
Nantikannya kita akan update live streaming Anugerah Skrin 2019.

tonton disini

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment anugerah skrin 2019, ask 2019, ask 2019 live online, ask live 2019, live ask 2019, live online anugerah skrin 2019, live streaming anguerah skrin 2019, live streaming anugerah skrin 2019, siaran langsung anugerah skrin 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.