Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Live streaming anugerah juara Lagu (AJL) 34 2020

Live streaming anugerah juara Lagu (AJL) 34 2020

Zik · Feb 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ANUGERAH JUARA LAGI, ajl logo,

Anugerah juara lagu kali ke 35 untuk tahun 2020 kali ini berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, kuala Lumpur 9 februari 2020.  12 finalis yang akan berentap pada malam ini nanti siapa yang akan akan menjadi juara anugerah juara lagu kali ke 34 kali ini.

Anugerah Juara Lagu edisi ke-34 (AJL34) telah sampai kemuncaknya sambil menyaksikan 12 finalis yang telah layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu akan bersaing bagi merealisasikan impian bergelar Juara dengan mempertaruhkan lagu masing-masing.

Bertemakan warna-warna suara. Apakah yang cuba finalis bawakan dalam tema kali ini. ?

MUKA BARU AJL KALI INI.

Pada penganjuran kali ini, antara muka baru yang bakal berentap buat pertama kali di pentas AJL nanti ialah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Allahyarham Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu kali ke 34.

  1. DRAMA-DRAMA BAND
  2. KISAH CINTA KITA-HAFIZ SUIB
  3. ANTA PERMANA-BOB
  4. RAGAMAN- FAIZAL TAHIR-
  5. SUMPAH- NAIM DANIEL
  6. SUMPAH- AINA ABDUL
  7. PENEMAN- HAZAMA
  8. KU BERSUARA- ERNI ZAKRI
  9. RAMPAS- HAKIM AND THE MAGISTRATE
  10. BANGUN- AMAN
  11. LEMBAH KESEPIAN- HAQIEM RUSLI
  12. DINDA- KUGIRAN MASDO.

Harapnya semua finalis dapat buat yang terbaiklah untuk malam ini nanti ok. Kesemua 12 finalis AJL34 telah bersedia dengan persiapan dari segi fizikal dan mental bagi memberikan fokus sepenuhnya terhadap persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke-34.

Layan medley AJL finalis kali ke 34, 2020

Medley ajl 34, Adam, Yuka dan Azmi Caliph Busker.

Medley #AJL34 – Adam Malek, Yuka Kharisma & Azmi Saat (Featuring. Scifunk) A collaboration project between Valient Music & Scifi Records
01. Faizal Tahir – Ragaman
02. Kugiran Masdo – Dinda
03. Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita
04. Drama Band – Drama
05. Naim Daniel – Sumpah
06. Akim & The Majistret – Rampas
07. Hazama – Peneman
08. Ernie Zakri – Ku Bersuara
09. Aina Abdul – Sumpah
10. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
11. Haqiem Rusli – Lembah Kesepian
12. Aman Ra – Bangun
Sumber lain :

Team pagi Suria X .

01. 0:24 Dinda – Masdo
02. 0:44 Ragaman – Faizal Tahir
03. 1:00 Sumpah – Aina Abdul
04. 1:22 Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
05. 1:47 Ku Bersuara – Ernie Zakri
06. 2:16 Anta Permana – Dato’ Siti Nurhaliza
07. 2:35 Drama – Drama Band
08. 2:51 Peneman – Hazama
09. 3:15 Lembah Kesepian – Haqiem Rusli
10. 3:35 Sumpah – Naim Daniel
11. 3:51 Rampas – Akim & The Majistret
12. 4:09 Bangun – Aman RA

AJL 34 Medley | KHODI ft OJkustik

Kalau tahun lepas, dimenangi oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dengan Lagu Hael sendiri bersama Ezra Kong. Tahun sebelumnya Hael juga dengan Lagu Jampi. Adakah tahun ini Hael sekali lagi akan menang dengan buah tangan lagu dari nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, tetapi dinyanyikan oleh Bob Anta Permana?

Sengit kali ini. Lagu kali ini ada rap, ada balada ada rock.

Acara pembukaan , Adibah Noor, Datuk M Nasir ada, Misha Omar, Datuk Hattan pun ada buat persembahan. So nantikannya jam 9 malam ini nanti. Ramai juga yang menang vokal terbaik ada malam ini.

Tema Final Anugerah Juara Lagu Ke-34 AJL34

Setiap tahun peminat AJL dapat lihat perbezaan pengurusan, pengacara, penyanyi, reka bentuk pentas dan juga tema. Edisi ke-34 menyaksikan Warna-Warna Suara telah dipilih sebagai tema Anugerah Juara Lagu.

Tema warna-warna suara sangat bertepatan dengan tema kali. So sebagai finalis, semua akan membuat persembahan berdasarkan fesyen dan pentas. Bukan mengenai warna-warna sahaja, tetapi ianya mungkin berdasarkan suara yang mempunyai tone yang pelbagai variasi tone yang berbeza. Ini hanyalah apa yang aku tahu sahaja, mungkin maksud mereka berbeza.

Macam-macam dari persembahan solo, berkumpulan ada, solo ada. Macam-macam warna persembahan setiap finalis ajl kali ini.

Pengacara Anugerah Juara lagu kali ke 34.

Tahun ini ada tiga hos, dengan mengekalkan hos tahun lepas seorang tahun lepas iaitu Sherry Al hadad dan juga pencara partner dia iaitu Haziq Husni dan Awal Ashaari. Tahun lepas Sherry Al hadad dan Alif Satar.

Red Carpet Merah AJL 34.

 

Karpet Merah AJL 34
Karpet Merah AJL 34
Tonton disini

Live Streaming AJL34 Final Anugerah Juara Lagu

Persaingan hebat membabitkan finalis pada malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 disamping peminat boleh menonton secara global live streaming di internet melalui saluran rasmi Youtube TV3 Malaysia bermula pada jam 9 malam.

Sebelum acara kemuncak, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan segmen Karpet Merah yang juga boleh ditonton secara live streaming di laman web tonton dan di TV9 pada jam 8.30 malam.

Senarai Finalis Dan Lagu Anugerah Juara Lagu AJL34

Berikut merupakan carta lagu final AJL34 bersama dengan penyanyi masing-masing.Tempat Dan Tarikh Final AJL34 Anugerah Juara Lagu

Malam kemuncak final Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2020 bermula jam 9 malam bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tiket Final AJL34 Anugerah Juara Lagu

Tapi tak pasti hari ini ada jual lagi atau tidak. Bagi peminat yang mahu menyaksikan secara dekat malam kemuncak final AJL34 boleh mendapatkan tiket mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). Tiket AJL34 turut boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web https://myticket.asia/ bermula pada 9 Januari 2020.

LIVE STREAMING FINAL AJL34 ANUGERAH JUARA LAGU

Tonton di youtube.com disini

Berikut merupakan carta bagi kedudukan pemenang dan juara AJL34 bersama dengan hadiah-hadiah berupa trofi dan wang tunai yang ditawarkan.

Kedudukan Pemenang Dan Juara Final AJL34 Anugerah Juara Lagu

 

  • JUARA. Membawa Pulang Rm50,000.00 . Trofi AJL dan Vohchwer CJ Wowshop rm 10,000.00. Sumpah- Naim Daniel. 
  • NAIB JUARA. Membawa pulang RM 35,000.00. Trofi AJL  dan Voucher CJ Wowshop RM 5,000.00 . Aman Ra- Budak Flat. -Navigator. 
  • TEMPAT KETIGA. Membawa pulang RM 20,000.00 Voucher Wowshop Rm3,000.00. . Trofi AJL ke 34 Anta Permana- Bob Yusof- Hael Husaini, ft Ezra Kong. 
  • VOKAL TERBAIK Membawa pulang RM 12,000.00 , Voucher MCD 10,000.00. Voucher CJ Wowshop RM 1,000.00 dan Trofi Anugerah KISAH CINTA KITA, HAFIZ SUIB. 
  • PERSEMBAHAN TERBAIK.- Membawa pulang RM 12,000.00 Voucher CJ Wowshop RM 1,000.00 dan Trofi KISAH CINTA KITA, HAFIZ SUIB.
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment ajl 34, live online anugerah juara lagu kali ke 34 2020, live streaming anugerah juara lagu kali ke 34 2020, senarai pemenang anugerah juara lagu kali ke 34 2020, tonton online anugerah juara lagu kali ke 34 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.