KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-32 mulai terasa apabila proses undian awal untuk memilih calon Top 5 yang bakal bersaing pada acara kemuncak, sudahpun berakhir.
Untuk pengetahuan anda, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.
Mempertandingkan 13 kategori utama, selain lima kategori online, pemilihan artis kegemaran kini boleh dilakukan menerusi laman web: www.abpbh.com.my.
Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir, berkata proses undian awal akan berlangsung sehingga 14 Ogos depan.
“Calon yang bersaing perlu mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2018 hingga Disember 2018.
“Menambahkan lagi kehangatan awal proses undian untuk musim terbaru ini, peminat berpeluang menggandakan undian menerusi langganan BH Digital dengan membuat pembayaran menggunakan sistem DuitNow,”
Tema ABPBHH kali ke 32
ABPBH 32 membawakan tema Melangkaui Sempadan, bersama misi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua.
Tema itu juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang berpegang kepada slogan `Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat menerusi kandungan mantap serta menarik.
“Tidak hanya memfokuskan kepada artis tempatan yang menyinar di luar negara, ABPBH 32 turut memberi penghargaan kepada artis antarabangsa luar yang mencipta nama di sini,” katanya.
Sehubungan itu, kata Shamshul, buat julung kali, ABPBH 32 memperkenalkan kategori artis antarabangsa iaitu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.
“Langkah itu juga bertepatan dengan usaha memantapkan kandungan ABPBH yang bukan hanya diminati peminat tempatan, malah penduduk dunia menerusi penstriman, sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
Mengekalkan rekod cemerlang sebagai acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, ABPBH 32 turut menyajikan kepelbagaian pengisian menerusi semua platform.
Ia merangkumi kandungan digital dan bercetak, selain media sosial, siri jelajah, aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik dan showcase istimewa yang dirancang sepanjang bulan ini hingga September depan.
Bagi menghangatkan ABPBH 32, dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat turut dirancang, iaitu di KOMTAR JBCC, Johor Bahru pada 3 Ogos ini, disusuli Aman Central, Alor Setar, Kedah pada 24 Ogos.
Yang turut dianjurkan program santai bersama kelab peminat iaitu #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 pada 7 September depan di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.
Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 22 September depan (ahad ini).
Mira Filzah dan Siti Nordiana masing-masing mendominasi enam dan lima pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 2019).
Pengumuman mengenai senarai pencalonan akhir itu diumumkan menerusi majlis sidang media ABPBH 2019 yang dihoskan AG dan Haiza Hanafi.
Mira tercalon menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Gandingan Serasi Filem Popular dan dua pencalonan Gandingan Serasi Drama Popular.
Sementara itu, Siti Nordiana pula menguasai kategori Lagu Paling Boom, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi, Duo, Berkumpulan Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.
Selain dua nama itu, dua pelakon kacak, Syafiq Kyle dan Remy Ishak turut mendapat empat pencalonan ABPBH 2019 menerusi kategori Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
Kejutan turut berlaku pada edisi kali ini apabila penyanyi senior, Aishah berjaya menembusi senarai akhir pencalonan Penyanyi Wanita Popular dan Delimawati yang cukup popular dengan watak Hantu Kak Limah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Filem Popular.
Menariknya ABPBH tahun ini, ia turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Selatan Popular bagi melengkapkan 20 kategori yang dipertandingkan.
Anugerah Sepanjang Hayat yang tidak dipertandingkan akan diberikan kepada selebriti yang telah banyak berjasa dalam bidang hiburan.
Live red carpet layan dulu ok :
Berita harian
1. Kategori Online – Artis Sensasi Popular
- Zul Ariffin
- Haqiem Rusli
- Nazim Othman
- Elfira Loy
- Bella Dally
2. Kategori Online – Gandingan Serasi Drama Popular
- Cik Reen Encik Ngok Ngek – Fikry Ibrahim & Farah Nabilah
- Lelaki Kiriman Tuhan – Mira Filzah dan Remy Ishak
- Nur- Syafiq kyle dan Amyra Rosli
- Pujaan Hati Kanda – Mira Filzah dan Remy Ishak
- Tak Ada cinta Seperti Mu – Syafiq Kyle dan Zahirah Mcwilson
3. Kategori Online – Gandingan Serasi Filem Popular
- Kl special force – Fattah Amin dan Syamsul Yusuf
- Langsuir – Syafiq Kyle dan Hannah Delisha
- Polis Evo 2- Zizan Razak dan Shaheizy Sam
- Paskal – Hairul Azreen dan Ammar Alfian
- Rise Ini Kalilah – Mira Filzah dan Remy Ishak
4. Kategori Online – Pelakon Watak Antagonis Popular
- Azar Azmi
- Reen Rahim
- Azhan Rani
- Syukri Yahaya
- Syazwan Zulkifli
5.Lagu Paling Boom
- Andi Bernadee – Satu Peluang
- Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
- Sufian Suhaimi- Dimatamu
- Khai Bahar dan Fatin Husna -Rahsia Kita
- Siti Nordiana – Hatiku milikmu
6. Artis Baharu Lelaki Popular
- Afieq Shazwan
- Adam Lee
- Iswan Ismail
- Raja Atiq
- Ryan Deedat
7. Artis Baharu Wanita Popular
- Aina Abdul
- Amelia Handerson
- Haneesya Hanee
- Masya Mashitah
- Sarah Suhairi
8. Pelakon Filem Lelaki Popular
- Fattah Amin
- Remy Ishak
- Syafiq Kyle
- Zizan Razak
- Zul Ariffin
9. Pelakon Filem Wanita Popular
- Delimawati
- Erra Fazira
- Hannah Delisha
- Mira Filzah
- Uqasha Senrose
10. Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa
- Fattah Amin
- Fendy Bakry
- Izzue Islam
- Remy Ishak
- Syafiq Kyle
11. Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa
- Azar Azmi
- Janna Nick
- Mira Filzah
- Siti Nordiana
- Zahirah Mc Wilson
12. Penyanyi Lelaki Popular DuitNow
- Faizal Tahir
- Haqiem Rusli
- Khai Bahar
- Sufian Suhaimi
- Syafiq Farhain
13.Penyanyi Wanita Popular DuitNow
- Aishah
- Ara Johari
- Siti Nordiana
- Stacy
- Wany Hasrita
14. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
- Aliff Satar & Siti Nordiana
- Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
- Floor 88 & Baby Shima
- Insomniacks
- Khai Bahar & Fatin Husna
15. Artis Komedi Popular
- Jihan Muse
- Jep
- Mark Adam
- Sherry Alhadad
- Zizan Razak
16. Artis Versatil Popular
- Aliff Satar
- Janna Nick
- Mira Filzah
- Siti Nordiana
- Zizan Razak
17. Pengacara TV Popular
- Aliff Satar
- Alvin Chong
- Janna Nick
- Mira Filzah
- Siti Nordiana
18. Penyampai Radio Popular
- Dj Lin
- Haziq
- Johan
- Muaz
- Radin
19. Artis Indonesia Popular
- Afgan
- Bunga Citra Lestari
- Cakra Khan
- Judika
- Laudya Cynthia bella
20. Artis Korea Popular
- Blackpink
- Bts
- Exo
- G dragon
- Got7
Korang saapa yang akan menang anugerah ini bintang paling popular bagi tahun ini ?? Jeng jeng. Aku rasa mira filzah lah kot.. huhu
Leave a Reply