Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Lee chong wei dan beregu campuran mara separuh akhir!! Maybank open 2012

Lee chong wei dan beregu campuran mara separuh akhir!! Maybank open 2012

Zik · Jan 14, 2012 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

lee chong wei, leechong wei dan taufik hidayat

Dua perlawanan yang sempat ditonton malam semalam, iatu beregu campuran dan juga bagi kategori perseorangan diantara dato lee chong wei dan taufik hidayat.

Set yang ke3 mencemaskan.

Peng Soon Chan dan Liu Ying goh berhempas pulas sebelum dapat mara ke separuh akhir bertemu dengan beregu campuran singapura (Danny Bawa CHRISNANTA dan Yu Yan Vanessa NEO). Set pertama dilihat mudah 21-14. Tetapi set kedua, agak kelam kabut dan tak berapa menjadi. Kalah di set kedua, 14-21. Manakala di set ketiga. Walaupun pada mulanya dah mendahului mata, singapura mengejar dan mata tidak jauh ketinggalan.

Hinggalah mengeret ke rubbet set. 27-25. Ketika 20-20 motong memotong mata. Beregu malaysia dilihat mendahului, dan sekali sekala beregu singapura juga hampir menang. Kesilapan pemain lelaki yang agak gopoh yang cuba menyemash tetapi tidak masuk (sangkut net). Dia pun bengang , baling reket ke bawah.Perlawanan yang memakan masa satu jam lebih.

Beregu campuran malaysia akan bertemu dengan beregu campuran china ranking pertama (Nan Zhang,Yunlei Zhao). Hari ini, malam sikit.

2 set menundukkan Taufik hidayat.

Pada set pertama, Lee Chong (LCW) bermain rileks sama seperti taufik hidayat. Tiada banyak buat smash. Tentangan dari taufik hidayat memang kurang sangat. 21-9. Lain pula ceritanya di set kedua.

Set kedua, Lee Chong wei ketinggalan mata tak jauh. Dia pun main agak rileks. Manakala taufik hidayat mula bermain secara aggresif.

Saya bukan sengaja memberi peluang kepada Taufik untuk menjaga air mukanya tetapi selepas menang mudah di set pertama, saya bermain terlalu relaks sampai membenarkan Taufik bangkit, nasib baik saya cepat memperbaiki permainan.

“Mengenai pertemuan dengan Chen Long esok, pada saya dia lawan yang amat sukar. Kalah atau menang tiada apa padanya, jadi tekanan adalah kepada saya, lagipun dia masih muda dan mempunyai kelebihan fizikal,” kata Chong Wei. -sumber utusan.

Hinggalah dah dekat 18-18 lebih kurang macam tuh. Saingan semakin sengit, LCW terus mengganas membuat jumping smash tepi yang sangat sukar diangkat oleh taufik hidayat. Set kedua 21-18.

LCW dijadualkan akan bertemu dengan chen long hari ini, yang telah mengecewakan dia pada 2 kali perlawanan gagal untuk memenangi. Seakan ada badi. Harap boleh punya menang, yang penting ialah FOKUS dan lakukan yang terbaik.

Keputusan yang lain:

Cabaran Malaysia dalam beregu wanita agak menyedihkan apabila Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tidak mampu dalam menandingi pasangan Korea, Ha Jung Eun-Kim Min Jung apabila kalah 19-21, 10-21 (mintak berhenti bermain). Vivian Hoo-Woo Khe wei pula bernasib malang selepas menarik diri ketika berdepan Yixin Bao-Zhong Qianxin dari China akibat Khe Wei yang mengalami kecederaan yang serius.

Share this on WhatsApp

Sukan beregu campuran mara ke separuh akhir terbuka maybank 2012, lee chong wei bertemu cheng long di separuh akhir terbuka maybank, Lee chong wei dan beregu campuran mara separuh akhir!! Maybank open 2012, lee chong wei kalahkan taufik hidayat terbuka maybank 2012

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    January 14, 2012 at 3:27 am

    Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei. Cabaran berat menanti di separuh akhir! Harap beliau menang bagi menamatkan badi kekalahan.

    Reply
  2. titan says

    January 14, 2012 at 5:46 am

    esok lawan chen long plak. ahad..main kat final plak. hehe..

    Reply
  3. nuriz says

    January 14, 2012 at 11:31 am

    tahniah malaysia dan tahniah lee chong wei

    Reply
  4. Juan says

    January 14, 2012 at 6:25 pm

    harap LCW menang

    Reply
  5. Oh! budu says

    January 19, 2012 at 5:27 pm

    yeayyy.. tahniah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.