Lafaz takbir raya yang boleh korang buat rujukan. credit to darulmurtadza.com
Takbir Raya untuk rujukan semua. Anda boleh simpan grafik ini dengan “right click” dan Save .
Pengguna smartphone boleh tap+hold untuk save grafik ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Biasanya takbir hari raya dimulakan selepas solat Maghrib, tetapi saya pernah pergi ke sebuah surau di Kuala Lumpur, mereka memulakan takbir hari raya haji selepas Subuh 9 Zulhijjah.
Saya keliru adakah ia betul atau tidak? Apakah ada dalil yang disebut dalam kitab fiqah Mazhab Syafie berhubung perkara itu?
Rahim, Kota Damansara
Takbir hari raya Aidilfitri berbeza dengan takbir hari raya Aidiladha.
Takbir hari raya Aidilfitri bermula pada Maghrib malam satu Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri.
Ia disebut sebagai takbir mursal. Dalilnya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangan (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (ber-
takbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Ayat itu jelas menunjukkan ketika selesai melaksanakan ibadat puasa pada bulan Ramadan, maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.
Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar rumah menuju ke kawasan lapang, kemudian Baginda bertakbir sehingga tiba di kawasan lapang itu.
Baginda tetap bertakbir sehinggalah selesai solat. Selesai solat, Baginda menghentikan takbir.
Hadis itu juga menunjukkan solat hari raya tidak semestinya dilakukan di masjid, bahkan Baginda turut mengadakan solat hari raya di kawasan lapang.
Takbir hari raya Aidiladha pula dilakukan bermula selepas selesai solat Subuh 9 Zulhijjah sehinggalah selesai solat Asar 13 Zulhijjah.
Takbir itu disebut sebagai takbir Muqayyad kerana ia dilakukan setiap kali selesai solat fardu.
Antara dalilnya iaitu daripada Ibn Abbas bahawa beliau bertakbir selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir selepas Maghrib (malam 14 Zulhijjah).(Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi)
Begitu juga daripada Ibn Mas’ud, beliau bertakbir selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. (Riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu)
Disebut juga dalam kitab fiqah antaranya Fathul Qa-rib al-Mujib oleh Syeikh Abu Abdillah Muhammad Ibn Qasim as-Syafii iaitu takbir Aid (hari raya) terbahagi kepada dua jenis iaitu takbir mursal dan takbir muqayyad.
Takbir mursal ialah takbir yang tidak dikaitkan dengan waktu solat fardu atau solat sunat. Takbir mursal dilakukan pada setiap waktu, di mana pun dan dalam keadaan apa pun.
Takbir itu juga dilakukan oleh lelaki dan perempuan sama ada di rumah, jalan, masjid, pasar dan sebagainya.
Waktu melakukan takbir mursal bermula sebaik terbenamnya matahari (Maghrib) malam hari raya hinggalah imam mengangkat takbiratul ihram solat hari raya.
Kedua, takbir muqayyad iaitu perlaksanaannya memiliki masa yang khusus iaitu mengiringi solat.
Maksudnya dibaca selepas melaksanakan solat fardu dan solat sunat.
Waktu takbir bermula selepas solat Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehinggalah Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah).
Maksudnya, takbir muqayyad dilakukan dalam masa lima hari bermula 9 Zulhijjah hinggalah 13 Zulhijjah.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Haj, ayat 28 yang bermaksud: “… supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…”
Firman-Nya lagi dalam Surah al-Baqarah, ayat 203: “…dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang.”
Maksud berzikir pada ayat itu menurut pandangan ulama ialah bertakbiran.
Ibn Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan “…hari yang ditentukan…” ialah tarikh 1 hingga 10 Zulhijjah, sedangkan maksud “…beberapa hari yang berbilang…” ialah hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Perkara berkenaan disebut oleh Ibn Hajar dalam kitab Fathul Bari. Ia adalah takbir yang tidak terikat dengan waktu iaitu disebut sebagai takbir mutlaq.
Sunat bertakbir pada hari raya Aidil Fitri dan bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah Haji apabila matahari terbenam pada malam Aidil Adha hinggalah imam mula bersolat hari raya.
Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah 185,
Yang bermaksud, …dan juga supaya kamu cukup bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.[1]
Dan hadith Nabi saw,
Yang bermaksud, Nabi saw menyembelih dua ekor kibasy yang bertanduk besar sebagai qurban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir…
Ianya dilafazkan dengan suara yang nyaring sama ada di rumah, di jalan-jalan dan di tempat-tempat awam.
Takbir dilafaz dan dilaungkan pada empat keadaan:
Sebelum solat hari raya. Iaitu setelah terbenam matahari pada malam hari raya hinggalah sebelum imam menunaikan solat hari raya.
Dalam solat hari raya. Di mana pada rakaat pertama kita akan melakukan 7 kali takbir dan diselangi dengan tasbih dan pada rakaat kedua 5 kali takbir dan diselangi dengan tasbih.
Dalam khutbah. Iaitu pada khutbah pertama khatib akan bertakbir 9 kali takbir dan pada khutbah kedua sebanyak 7 kali takbir.
Selepas solat (bagi Aidil Adha).
Semasa Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir.
Adapun semasa hari Aidil Fitri tidak sunat bertakbir selepas bersolat malah sunatnya terputus apabila imam memulakan solat sunat hari raya.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply