• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / KWSP janganlah bagi harapan palsu, -luahan Nitizen

KWSP janganlah bagi harapan palsu, -luahan Nitizen

Zik · Feb 8, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

kwsp minta maaf

Warga maya melahirkan rasa kecewa terhadap masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar kategori dua yang sepatutnya kembali pulih pada Isnin masih mengalami masalah yang sama.

Bukan itu sahaja, warga maya juga mendakwa semakan status permohonan i-Sinar kategori dua yang sebelum ini telah diluluskan oleh KWSP, tetapi sebaik melakukan semakan semula pada Isnin mendapati, permohonan mereka masih dalam status proses.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad malam mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori dua dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad.

Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook KWSP, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” menurut kenyataan ringkas itu.

Warga maya dikenali Qistina Shahrim meluahkan kekecewaanya di ruang komen Twitter KWSP.

Luahan kecewa warga maya setelah permohonan diluluskan namun semakan pada Isnin, status masih dalam proses.

“Sampai hati KWSP buat macam ini, sudahlah tunggu keputusan hampir sebulan campur cuti umum, cuti hujung minggu lagi, lepas itu status hijau tukar balik pada biru. Kami satu keluarga sudah gembira sangat semalam, tapi pagi ini, hanya ALLAH sahaja tahu perasaan kami,” ciapnya yang menarik perhatian orang ramai.

Muhammad Hafiz Hashim pula memuat naik paparan i-Sinar kategori dua yang menunjukkan sistem itu kini mengalami masalah teknikal walaupun KWSP telah memaklumkan Isnin pagi orang ramai boleh mengakses sistem tersebut.

Kemudian wanita dikenali Maksu memberitahu, sebelum ini dia telah lulus permohonan status i-Sinar kategori dua tetapi pagi ini semakan dilakukan sekali lagi dan menunjukkan pemohonan masih dalam proses.

“Harap-harap janganlah bagi saya harapan palsu. Sudah gembira malam tadi, tiba-tiba sekarang ‘check’ masih diproses lagi,” ciapnya.

Kenyataan itu juga disokong oleh Syamimie dengan berkata, “Saya gembira semalam status lulus…pagi ini kecewa dan sedih status dalam proses…sedih”.

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan kategori dua adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman kwsp bagi harapan palsu, KWSP janganlah bagi harapan palsu

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Isu semasa Pengumuman

TERKINI! Serpihan Pesawat Di Pulau Reunion Sah Milik MH370

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Naji…

Pengumuman

Tunku Abd Jalil meninggal dunia, alfatihah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Dukacita dimaklumkan buat semua rakyat jelata…

Pengumuman

Minyak Petrol ron 97 naik seposen lagi , rm 2.50 seliter! Berkuatkuasa 1 februari 2011!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGMungkin disebabkan krisis yang berlaku di mesi…

%d bloggers like this: