• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Kriteria biskut reject.

Kriteria biskut reject.

Zik · Jan 27, 2016 · 19 Comments

Share this on WhatsApp

gambar biskut, biskut cantik, biskut bijan,  Nampak macam sedap, tapi reject rupanya… HAH?? kenapa reject?? lupa taruk gula bangggg…..

Kadang-kadang bila ada jualan satu barang terutamanya barang yang tidak melepasi syarat minumum dalam sesuatu produk ia dipanggil reject lah kan. Barang-barang reject kadang-kadang ia menjadi suatu industri yang sangat rancak. Boleh jadi satu kedai atau trademark. Contoh ialah reject shop.

Apa sebab reject. 

Kadang-kadang kita pelik, kenapa reject, sedangkan barang tengok semua ok, cantik je tengok.tetapi bila quality control (qc) dah cakap reject, jawapanya rejectlah bang.  Benda-benda yang tak kita expect boleh terjadi. Itu biasa, tetapi ia menyebabkan kualiti kerja jadi merosot. Target tak tercapai. Kerugian ya jugak jadinya. 

Kriteria yang menyebabkan reject. (ambil contoh biskut) 

  1. Bentuk tak cantik. – Ikut forming asal sepatutnya bentuk macam bulat. Tetapi bila dah di buat, jadi kopak pulak.
  2. Rasa. Ini yang selalu menjadikan biskut ini terus reject awal-awal. Walau cantik biskut tuh bila dah jadi, tapi kalau rasa takda gula, tak rasa macam biskut CONFIRM reject, ataupun produk itu dianggap gagal. Apa yang perlu dilakukan ialah siasatan harus dilakukan. Tengok bancuhan yang mana, batch no yang mana, jam berapa.
  3. Berat. Terlebih berat pun kadang-kadang tak diterima. Yerla ikut speksifikasi nak 10gram contohnya. Tetapi bila timbang time dah masak tuh Beratnya terlebih 15gram. Kurang lagilah reject, walaupun 1gram. Memang kalau dalam industri yang sudah ada ISO, HACCP, MESTI,  dan sewaktu denganya memang menjaga betul-betul kualiti.
  4. Customer requirement . Ini yang perlu ditekankan. Memang customer sangat cerewet sebabnya kita tak boleh nak expect apa yang mereka mahukan sebab setiap negara dia punya rules dan ada benda yang dekat malaysia boleh, tetapi di jepun ia satu benda kesalahan. Jangan main-main dalam dunia makanan nih. Kena banyak ilmu. So apa contohnya yang menjadi reject ini ialah customer Jepun minta biskut keladi tanpa topping gula, tetapi kita juga ada produk biskut keladi tanpa topping gula untuk customer negara indonesia contohnya. Dah time di bahagian department coating, pekerja lupa dia pergi tuang gula dekat biskut keladi tuh. Biskut itu dikira reject, walaupun biskut itu tak rosak dan jadi sebuah biskut. Boleh jadi tak reject, kena bagi customer lain iaitu indonesia, tetapi kena tunggu order kalau ada , kalau takda biskut tuh dah tersimpan lama dekat stor tunggu ada order lain. Biasa pekerja kena ganti rugilah, beli biskut tuh.
  5. Salah resepi. Ini memang jahanam betul. Ikut work order kita kena jalan biskut Kacang contohnya, tetapi di bahagian permulaang iaitu mixing, dah pergi buat resepi lain, bancuh biskut kacang hijau. resepi dah jadi lain. Tak pasal-pasal nak kena tanggung kerugian lagi.
  6. Biskut hangus/ Tak masak. Setiap biskut tak sama dia punya temperature dan masa untuk dimasak. So dalam hal ini, contohnya kita nak bakar biskut pineapple hotdog. Biasalah pekerja duk berangan apa agaknya, sepatutnya 45 minit je masak. Sekali dia bantai satu jam. Mahu tak hitam legam. Kena ganti rugi lagi. Kalau tak masak, boleh tambah minit lagi, cuma kadang-kadang tambah masa , terlajak pulak.
  7. Bendasing tercampur. Ini perkara yang selalu ditekankan. Sebab tuh bila dalam kilang, kena pakai dengan kemas, rambut bertutup dengan topi khas dia, mulut pun tutup ada topeng khas. Nak masuk pun kena control, jangan bawa handphone, barang-barang berharga, pakai kasut khas dia. Ini untuk mengelakkan dari tercampur/ termasuk dalam produk yang akan dihasilkan selain menjaga privasi syarikat. Contoh-contoh yang selalu terjadi dalam biskut tuh ada rambut ke, ada kerongsong, ada duit syiling. Ini jadi isu besar kalau sudah sampai kepada customer. Sebagai quality control atau quality assurance memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini.
  8. Guna barang terlarang. Ini dah confirm reject. Tak halal terus. Rasa macam sedap jer, sekali dalam lab alchemist process ada kandungan lemak babi rupanya. Jahanam.

biskut hangus, gambar biskut hangus,  Sekali hangus daa, macam mana mahu makan. Keras

Kalau kita industri biasa-biasa mungkin tak berapa penting, tetapi kebersihan dan juga proses pembuatannya diharap lebih bersih dan dijaga dengan baik. Perlu ada SOP (garis panduan) yang lebih jelas. Jika kita mahu pergi lebih jauh.

Ikutkan ada banyak lagi. Mungkin akan ditambah dalam episod akan datang. Sekian terima kasih.

Ker nak buat resepi biskut-biskut yang sedap?? Aha….

 

Share this on WhatsApp

Akademik apa itu reject, apa sebab biskut itu tak lepas, biskut hangus, biskut ranggup, biskut reject, cara nak buat biskut, gambar biskut, gambar biskut hangus, hangus tetapi sedap, kenapa biskut kita reject, kriteria reject, mendalami ilmu biskut, punca biskut tak sedap

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    January 27, 2016 at 9:24 pm

    Ini sudah rugi sebab kos hangus. 🙁

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:14 pm

      memang ianya satu kerugian yang besar kalau satu bancuhan tuh guna tepung yang sangat banyak…

      Reply
  2. suri says

    January 27, 2016 at 9:55 pm

    haaa…saya pernah kerja kilan bahagian qa sungguh berat nak lepaskan kala bisku hangus.selalu gelap sikit kalau hangus tak pernh pula saya control ke 3 mesin tengah run satu hari suntuk…

    rindu nak keje kilanh julis semula huaa..

    p/s hari2 bawa biskut dri kilang…haaaa

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:12 pm

      mula2 kerja memang eksaited.. tapi dah lama2… jadi jemu pulak..hehe

      Reply
  3. titan says

    January 28, 2016 at 1:30 am

    biskut rejek pun, kalau sedap pun aku belasah makan jugak.

    haha..

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:12 pm

      sebab sedap , dia dah cover banyak benda…

      Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    January 28, 2016 at 1:38 am

    Ingatkan seluar jenama je yg ada reject makanan pun ade gak ye. huhu bahaya jugak ni

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:11 pm

      bahaya kalau yang part kritikal.. kalau minor sikit takda masalah…

      Reply
  5. mrhanafi says

    January 28, 2016 at 6:03 am

    seluar atau baju yang reject masih boleh guna lagi..kalau makanan lain ceritalah..

    dah reject memang saya buang sahaja..

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:10 pm

      makanan tuh susah sikitla. kalau rasa ada lagi oklah…

      Reply
  6. Bahrain says

    January 28, 2016 at 12:43 pm

    Membe aku bisnes biskut yang bestnya aku jadi tukang rasa., hehehe jimat sikit duit makan. hahaha

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:09 pm

      sedaplah bro… kene biskut reject… sebu perut… hehe

      Reply
  7. Azwan says

    January 28, 2016 at 4:43 pm

    Ingatkan biskut reject tu biskut hampir expired. Kalau setakat kurang gula, bentuk cacat sikit, rasanya tak kesah. Saya tetap sebat.

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:13 pm

      tengok jenis orang la… kalau yang jenis cerewet memang susahla…

      Reply
  8. cik tom says

    January 29, 2016 at 10:35 pm

    ciktom slalu fikir biskut reject tu yang dah expired gak…tapi kalau beli produk iks main letak je semua..tak kira pun dari segi kualiti..bila nak makan aik tengok hangus..saiz tak sama besar..

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:08 pm

      kalau biskut tuh sedap.. saiz dan bentuk dah tak dia kasi hentam jer.. sebab rasa sedap sangat.. tak sedap semua benda dia amik kira… kenapa ini kecik, tak rasa gula pun…

      Reply
  9. PAJSK says

    October 8, 2016 at 10:55 pm

    hehe… ada juga ya istilah biskut reject…

    Reply
  10. PAJSK says

    October 9, 2016 at 8:45 am

    boleh la untk makan sendiri tapi untk jual tiada harapan…

    Reply
    • Zik says

      October 10, 2016 at 11:25 am

      boleh punya. . yang penting ada kemahuan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss