Pertembungan 1 lawan satu hari ini pastinya satu PRK yang cukup sengit. Sebab kalau tengok majoriti memang sangat sikit. So masing-masing dah all out untuk PRK kali ini. Semua bergantung kepada pengundi yang akan mengundi hari ini. Adakah faktor boskur dan juga naib presiden parti tok mat sebagai penyumbang kemenangan buat prk kimanis kali ini?? Apepun kemenangan tidak memberi apa erti kepada pasukan BN, namun ianya boleh memberi petanda awal buat pasukan BN ada peluang untuk bangkit bersama rakyat. Muafakat Nasional dilihat semakin ada keserasian. Itu kita kena akui dan mereka takut sebenarnya.
PRK KIMANIS | Pada jejak kempen terakhir sebelum pengundian hari ini, kedua-dua parti bertanding, BN dan Warisan mengadakan ceramah kelompok bagi menarik sokongan pengundi. Masing-masing dah lakukan yang terbaik. Tinggal buat Pengundi sahaja yang akan lakukana tanggungjawab sebagai penduduk disana bah kalau kau.
BN menampilkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan di atas pentas ceramah malam semalam. Najib Razak ketika berucap berkata pilihan raya kecil ini merupakan peluang akhir rakyat untuk menolak pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan bermula pada Jun nanti.
credit to malaysiakini.my
“Tuan-tuan bukan Kimanis saja, anda mewakili seluruh Sabah.
“Rakyat Sabah meletakkan harapan atas tuan-tuan bahawa kebetulan PRK Kimanis peluang terakhir untuk kita katakan tidak pada PSS.
“Kalau tidak mula pertengahan tahun ini kerajaan Warisan nak laksanakan PSS,” katanya di hadapan 500 hadirin ceramah di Kimanis.
MP Pekan mendakwa terdapat kemungkinan akan berlaku projek memberikan kad pengenalan kepada warga asing melalui PSS.
“Saya tidak boleh tolak kemungkinan project IC 2.0 boleh dilaksanakan.
“Ini erti pendatang akan diberi taraf sama seperti rakyat Sabah, kewarganegaran, anak-anak mereka beratusan ribu jadi warganegara, bayangkan landscape satu dua generasi akan datang.
“Tuan-tuan tidak jadi penentu, tapi yang jadi penentu adalah pendatang yang hari ini melalui PSS,” katanya lagi.
Najib juga mengaitkan PSS dengan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.
“Ingat dulu Tanduo apa berlaku, mereka bawa senjata, mereka bunuh orang tempatan pasukan keselamatan, dengan paling kejam sakali, mayat-mayat mereka telah dicincang oleh mereka, ada cungkil mata polis, berlaku tidak, berlaku.
“Jangan lupa, Tanduo kedua boleh berulang kalau kita tak tolak PSS, tolak itu jaga keselamatan,” dakwanya.
Malam semalam BN mengadakan ceramah kelompok di 19 pusat daerah mengundi dan waktu berkempen akan tamat pada jam 12 malam ini.
Hujan lebat melanda Kimanis pada pukul 7 malam tadi selama kira-kira sejam menjadikan jalanan berlecak dengan lumpur di tempat majlis ceramah.
KDN: PSS bukan jaminan jadi warga negara
PSS ialah dokumen baru Jabatan Imigresen yang dikeluarkan terhadap pendatang, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini menegaskan PSS tidak akan membolehkan pendatang atau rakyat asing memperolehi taraf kerakyatan.
“Kerajaan ingin menegaskan bahawa PSS bukan untuk memberikan kewarganegaraan.
“Kerajaan juga menegaskan bahawa status pemegang PSS adalah kekal sebagai warga asing dan bukan satu jaminan untuk diberikan Permit Masuk, Taraf Pemastautin Sementara, Pemastautin Tetap atau Kewarganegaraan,” kata kenyataan KDN itu.
PSS dikeluarkan dalam bentuk kad dengan ciri keselamatan biometrik, termasuk cap jari dan gambar pemegangnya, ciri-ciri yang tidak ada pada ketiga-tiga dokumen IMM13, Sijil Banci dan kad Burung-Burung.
Sementara itu, Presiden Warisan yang juga ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal hadir ceramah kelompok di rumah anggota Warisan, Awang Besar Ahmad, 53.
Lebih dari 70 anggota keluarga Awang berkumpul di ruang tamu dan mendengar Shafie berucap.
Apabila ditanya untuk menyimpulkan kempen Warisan, Shafie berkata berdasarkan isyarat daripada bahasa badan pengundi beliau yakin Warisan akan menang esok.
“Ini satu petanda yang baik. Saya juga menyaksikan orang yang menyertai Warisan dan bukan dalam bilangan yang kecil.
“Bukan persoalan tentang siapa yang akan menang PRK ini. Saya yakin kami (Warisan) akan menang,” katanya.
Hari ini lebih 29, 644 pengundi Parlimen Kimanis akan membuat keputusan sama ada memilih calon BN Mohamad ataupun calon Warisan Karim Bujang sebagai wakil rakyat baru mereka.
KIMANIS: Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula sebaik sahaja 19 pusat mengundi membabitkan 68 saluran dibuka pada 7.30 pagi hari ini.
Proses mengundi yang berlangsung sehingga pukul 5 petang itu membabitkan seramai 29,619 pengundi biasa yang layak mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempatkan seramai 650 petugas di semua pusat pengundian dan mensasarkan 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen itu akan keluar mengundi.
Pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di Kimanis hari ini.
Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) – Bongawan dan Membakut – dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada luar negara.
Pemilih terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 pemilih dan DUN Membakut 13,391 pemilih.
PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi. Satu keputusan majoriti yang sangat tipis dalam pru ke 14 yang lepas. So kita kena tengok prestasi kerajaan disana parti warisan buat kerja atau tak. Kalau BN menang semula, ianya pasti banyak homework yang parti warisan kena lakukan dalam meneruskan agenda rakyat buat untuk kepentingan diri semata-mata.
Kita akan kemaskini keputusan semasa PRK nanti ok. Tunggu!!!
Anifah, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 156 undi.
Beliau memperolehi 11,942 undi berbanding Karim yang memperolehi 11,786 undi, manakala seorang lagi calon, Jaafar Ismail menerima 1,300 undi.
Terdapat seramai 29,664 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Leave a Reply