Categories: Sukan

Keputusan terkini malaysia vs Singapura 23 Julai 2011(1st leg)

Tinggal beberapa jam sahaja lagi. Perlawanan penting buat malaysia dan singapura kempen kelayakkan piala dunia Brazil 2012 yang mana ini merupakan peringkat kedua. Dalam undian yang lepas,  singpura mendapat bye terlebih dahulu yang sebenarnya memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan yang banyak beraksi dan juga bertemu dengan kelab liga eropah arsenal dan liverpool sebagai menimba pengalaman dan mencari strategi baru.

Keputusan terkini :

MALAYSIA 3 VS SINGAPURA 5 (tamat perlawanan 1st leg)

Jaringan:

  • Safee sali 1′ (M)
  • Aleksandar Duric 7 (S)
  • Qiu Li 21 (S)
  • Mustafic Fahrudin 43 (S)
  • Shahril Ishak 45( S)
  • Abdul Hadi 68 (M)
  • Safee Sali 70 (M)
  • Aleksandar Duric 80 (S)

Senarai pemain malaysia:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee dan Mohd Nasril Nordin.

Forward/Penyerang: Safee Sali, Abdul Hadi Yahya, Ashaari Shamsudin, Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan.

Midfield/Tengah: Safiq Rahim(kapten), Shakir Shaari, Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S.Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan K.Gurusamy.

Defend/Pertahanan: Aidil Zafuan Radzak, Mohd Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar, Mahali Jazuli, Azmi Muslim, Rizal Fahmi dan Helmi Remeli.

Senarai pemain singapura.

Penjaga Gol : Lionel Lewis (Home United), Izwan Mahbud (Courts Young Lions), Ridhuan Barudin (Tanjong Pagar United)

Penyerang : Andrew Tan (Balestier Khalsa), Khairul Nizam (Courts Young Lions), Qiu Li (Home United), Erwan Gunawan (SAFFC), Fazrul Nawaz (SAFFC),Aleksandar Duric (Tampines Rovers)

Midfielders/Tengah : Hariss Harun (Courts Young Lions), Ruzaini Zainal (Courts Young Lions), Shahdan Sulaiman (Courts Young Lions), Isa Halim (Home United), Shi Jiayi (Home United), Shahril Ishak (Medan Chiefs), Mustafic Fahrudin (Tampines Rovers), Shukor Zailan (Tampines Rovers).

Defend/Pertahanan:  Afiq Yunos (Courts Young Lions), Safuwan Baharudin (Courts Young Lions), Hamqaamal Shah (Gombak United), Ismail Yunos (Gombak United), Juma’at Jantan (Home United), Daniel Bennett (SAFFC),Shaiful Esah (SAFFC), Delwinder Singh (Tanjong Pagar United).

*yang dalam kurungan tuh kelab asal diaorang.

Lokasi : Stadium Jalan Besar, Singapura
Jam 7.30 Malam
Tonton live: Astro Arena dan TV2
Referee: Nawaf SHUKRALLA (BHR)
Assistant Referee 1: Saleh AL MARZOUQI (UAE)
Assistant Referee 2: Saeed ALHOUTI (UAE)
Fourth official: Jameel ABDULHUSAIN MOHAMED (BHR).

Kita borak-borak dulu ruangan komen. Kalau ada apa-apa info tambahan , atau nak wish ker. Boleh sahaja, cuma jangan spam yang bukan-bukan, itu bukan tip blogging terbaik namanya tuh.

Kita layan dulu video ketika malaysia membelasah Singapura 4-0 Piala Tiger tahun 2002 kalau tak silap. Layan.

Minit ke 1: Dah bemula. (tuan blog mungkin lambat sedikit membuat ulasan, kerana akan pergi sembahyang maghrib terlebih dahulu). Korang pun pergi sembahyang juga ya nanti, yang beragama islam jer.

Gol pertama safee sali: 1-0

Minit ke 7 : Singapura menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma dan disambut oleh Aleksandar Duric, yang berumur 40 tahun. Sebelum ini pemain pertahanan Malaysia, Muslim mengasari pemain Singapura yang mengakibatkan freekick.

Minit ke 21: Qiu Li menjaringkan gol hasil sepakan percuma di luar kotak penalti. Penjaga gol Malaysia, Sarbinee tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar melihat sahaja.

Minit ke 24: Hantaran cantik Mahali kepada Kunanlan dari sebelah kiri namun gagal memasuki bahagian pertahanan Singapura yang terdapat lebih kurang 5 orang.

Minit ke 25: Singapura dilihat lebih mengawal permainan dan diharap bahagian pertahanan Malaysia bermain dengan lebih baik supaya tidak menghadiahkan sepakan percuma.

Minit ke 28: Counter attack oleh Sarbinee terus kepada Safee Sali yang berjaya memperdayakan pemain pertahanan Singapura dan menghantar bola kepada Ismail Faruqi one to one dengan penjaga gol tetapi gagal menjaringkan gol, tak tahu apa masalahnya?? aduyai.

Minit ke 35: Fakri (Malaysia) dilayangkan kad kuning akibat mengangkat siku terlalu tinggi dan mengenai Ismail Yunos.

Minit ke39: Qiu Li dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Malaysia

Minit ke 43: Singapura mendapat gol ketiga hasil jaringan Mustafic Fahrudin.

Minit ke 45:  Gol ke-4 untuk Singapura oleh Shahril Ishak, kapten pasukan. Tamat separuh masa kedua.

Separuh masa kedua.

Minit ke 51: Syafiq rahim dikenakan kad merah. Kelaur padang. Aduyai.

Minit ke 53:  Ismail Yunos kena kad kuning kedua(kad merah).

Minit ke 57: Malaysia agak tertekan. Aduyai apa sudah terjadi nih??

Minit ke 60: Nasib baik offside. Kalau tak gol lagi malaysia tadi. Wahh lau.

Minit ke 62: Malaysia agak buntu.

Minit ke 69: Goollll malaysia gol. Cayalah!! Abdul hadi menjaringkan gol merapatkan jurang 2-4. Masih ada lagi peluang.

Minit ke 70: Malayia gol lagi safee sali 3-4 sekarang nihh!!!! yehaaa

Minit ke 77: Malaysia diasak. Bahaya!!!!

Minit ke 80: Singapura menambah lagi satu gol. Jaringan oleh Aleksandar Duric, aduhhh kenapa tak jaga dia !!! 5-3 sekarang ini.

Minit ke 83: Peluang dari malaysia melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti, berjaya ditangkap dengan mudah. Rugi2.

Minit ke 84: Pemain singapura injured pulak. Saja nak lengahkan masa.

Minit ke 85: Pertahanan malaysia agak rapuh.

Minit ke 86: Tendangan sudut buat malaysia.

Minit ke 87: Sepakan percuma buat malaysia. Harap ada peluang untuk menjaringkan gol.

Minit ke 89: Pemain sudah kepenatan sekarang nih.

Minit ke 90: Masa tambahan 3 minit.

Tamat perlawanan.

Akan dibuat ulasan lewat sikit. Takda moodlah.

Video higlights :

Keputusan terkini ini dibawakan oleh tip blogging terbaik.

credit malayafootball, harimau malayafb, sokernet.com, haikal, sharinginfoz

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • sebelum layan bola solat maghrib dulu
    nanti terlepas maghrib, bola pulak kalah
    dua kali rugi
    hehe

    • pengulas sukan tak bertauliah... hehe... setakat tulis2 boleh lah kot..kalau cakap2 tuh...mahu banyak tersasul ..ramai player masih tak hafal lagi.. aduyai... huhu

  • first half..banyak tak menjadi. 2nd half..singapura main slow..bagi banyak ruang kat malaysia..tu yang leh dapat banyak ruang. Kunalan banyak buka peluang, manakala Amirul Hadi dapat mengubah permainan dengan menguasai bek kanan dan sayap kanan. Masuk 2 orang ni..kita dapat 2 gol. Sayang, Safee dikeluarkan. Dia keluar aje..kita bolos 1 gol.

    Aku rasa lepas ni, kita tengah leading ke apa ke..Safee tu biar aje kat dalam padang. Ini boleh bagi ancaman pada pemain Singapura. Tak patut dia keluar tadi. Izzat yang ganti dia pun tak berapa menjadi..

    Tapi serius, pertahanan memang hancur masa 1st half. 2nd half..bila dah dapat 2 gol..start pertahanan jadi lemah balik..aduhh..

  • Dari dulu lagi pertahanan malaysia lemah. Penat Safee Sali jaringkan gol dalam tempoh 16 saat gol pertama dan tidak sampai 30 saat selepas hadi gol kedua, Sama macam Malaysia lawan Liverpool elok-elok 4 - 3 dah jadi 6 - 3. Turut berlaku malam tadi elok-elok 4 - 3 dah jadi 5 - 3. Itulah sikap pemain Malaysia dari dulu sampai sekarang, kalau tak ubah jangan mimpi nak ke london. Penjagol pula jadi penonton. Ingat kerajaan Malaysia sudah berbelanja jutaan ringgit untuk bola. Kalau main cam ini bagaimana nak lawan kuasa besar. Malaysia hanya bergantung kepada Safee Sali je. Penyerang lain kurang pengalaman dapat bola one by one gelabah.

    • sokong!!lau mcm ni keeper baik tak pyh ada keeper..letak aja ketua kg ke..tok penghulu ke...kat gol post 2..kan serupa..tak pun nak puyooo skt bagi YB ke kat situ.haha..bukan stakat keeper jer jd penonton smalam..defender pun sama..penyerang s'pore cina prut buncit pun boleh lpas..aduhai...mcm ni main baik hantar team driver taxi jer wakil msia...baru padan..!!

  • silap bhgn depend harus diperbaiki. sebab bhgn serangan dan cantik...!

    harap sangat skuad Harimau Malaya dapat mempersembahkan sesuatu yang hebat di Bukit Jalil 28 Julai ni. nak sangat Malaysia mara keperingkat seterusnya. nak sangat. nak sangat.! Malaysia Boleh!

Recent Posts

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

14 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

15 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

1 day ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

4 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

4 days ago