• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan terkini malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011

Keputusan terkini malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011

Zik · Jul 13, 2011 · 16 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

 

malaysiavsarsenal2011.png malaysia vs arsenal, malaysia vs arsenal, keputusan terkini malaysia vs arsenal 2011

Berita sukan terkini.

Perlawanan persahabatan siri jelajah asia 2011, perlawanan diantara harimau muda A menentang Pasukan kelab Liga Eropah iaitu Arsenal bagaikan sat cabaran yang sangat sukar untuk kita meramalkan. Biarpun pasukan malaysia ini dilihat masih lagi banyak kekurangan dalam banyak faktor. Namun, ini bukan alasan untuk menjadikan perlawanan kali ini sebagai perlawawan yang sia-sia.

Keputusan terkini Malaysia 0 -Arsenal 4. (TAMAT PERLAWANAN).

Jaringan :

A. Ramsey (minit ke 5),

Theo walcot (minit ke 36)

C. Vela (minit ke 59)

Rosicky ( mnit ke 90)

Bookmark page ini (CTRL +D) , sebelum perlawanan bermula, untuk mengelakkan kesesakan yang tidak dapat dikawal.

Perlawanan akan bermula pada pukul 9 malam ini nanti. Sebelum bermula, sedikit info akan diletakkan sebagai bacaan ringkas dan percaturan anda sendiri, sementara menunggu perlawanan keramat ini.

Kepada yang ingin, tonton online, sila ke entri terkini. 

Perlawanan dah bermula.

Malaysia :
Mohd Nasril Nordin (GK), Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Razak, Asrarudin Putra Omar, Amriulhadi Zainal, Safiq Rahim (Kapten), Amar Rohidan, S.Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha, Fakri Saarani
Arsenal :
Wojciech Szczesny (GK), Carl Jeckinson, Thomas Vermaelen (Kapten), Lauren Koscielny, Kieran Gibbs, Theo Wallcott, Alex Song, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Ryo Miyaichi, Marouane Chamakh .

Minit 1: Games dah bermula.

Minit ke 5: Arsenal dapat penalti. Gol. Buat arsenal. Aduyai. A.Ramsey yang golkan. 1-0 Sekarang ini.

Minit ke 12: Bola banyak di bawah pertahanan malaysia, tetapi banyak dipegang oleh malaysia .

Minit ke 16: Bola kepada malaysia. Masih takda serangan merbahaya dari malaysia. Arsenal yang hanya mengasak. Tak tahu nak buat apa? Kunalan membuat gerakan solo  yang tak berapa nak menjadi.

Minit ke 21: Pemain malaysia di bengkes di tengah padang.

Minit ke 22: Walcot Hampir membuat serangan. tetapi ditahan oleh  2 orang pemain defend. Gud2x.

Minit ke 24: Safiq membuat sepakan percuma dari jauh. Hammpir gol. bola loop yang mebrbahaya , aku kira. Keeper diaorang cekap. Malaysia dapat corner.

Minit ke 25: Kunalan hampir membawa bola secara solo. Tetapi diclearkan. Aduii

Minit ke 27: Malaysia mula mendapat rentak, kunalan dan idlan talaha membuat gerakan menarik. Tetapi pemain arsenal bijak berjaya membaca gerakan mereka ini.

Minit ke 31: Walcott membuat serangan merbahaya. Sepakan buat malaysia.

Minit ke 34: Alamak offside lah pulak. Rugi.

Minit ke 36. Walcott menjaringkan gol sungkit yang cantik. Tak tahu nak cakap apa. Terlalu pantas. Malaysia 0-2 Arsenal.

Minit ke 40: Tandukan dari walcott. Tandukan yang terlalu lemah.

Minit ke41 : Walcott hampir2 sekali lagi menjaringkan gol. Sepakan yang merbahaya dari jauh. Huhu.

Minit ke 42: Aidil Zafuan cedera. aduyai.

Minit ke 45: Tamat separuh masa pertama.

Ulasan separuh masa pertama:

Nampaknya malaysia kelihatan agak sukar untuk membuat serangan dan agak gugup bertemu pasukan gergasi ini. Arsenal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 5, disempurnakan oleh Theo Walcott.

Malaysia agak diserang agak hebat, sehinggalah pada minit ke 25 keataas barulah ada serangan merbahaya dari kunalan, idlan talaha dan mahali. Namun, keserasian masih tidak ditahap optimum,. Banyak gerakan yang tak berapa menjadi da juga, benteng pertahanan arsenal seperti sudah mengetahui strategi serangan dibahagian kiri. Kunalan buntu, kerana tidak mendapat bantuan spenuhnya.

Sepakan percuma dari safiq rahim begitu hebat, namun tidak dapt menumpaskan penjaga gol arsenal yang hampir-hampir gol . MEnampan bola itu keluar, dan mendapat sepakan sudut buat malaysia. Arsenal terus mendapat gol lagi satu hasil gerakan dari song bilong kalau tak silap dan terus disempurnakan oleh Walcott membuat bola sungkit menewaskan penajga gol malaysia.

Separuh masa kedua:

Minit ke 45: Sudah bermula. Khairul Fahmi dimasukkan.

Minit ke 46: Kunalan membuat gerakan solo yang menaik, Tetapi berjaya ditangkap sepakan bola leret itu.

Minit ke 47: Malaysia mendapat sepakan sudut , sepakan oleh safiq rahiim. Alah ketengah pulak bola tuh.

Minit ke 51: Serangan one two yang menarik dari arsenal. Ramsi hampir menjaringkan gol. Nasib baik bola tuh keatas. Bahaya!!

Minit ke 53: Sepakan percuma buat malaysia. Disempurnakan oleh Safiq rahim. Alahh kena pemain pertahanan.

Minit ke 55: Tiba-tiba padang gamat, sebabnya?? Si van persie tuh tengah warm up. Camera close up pulak.Haha.

Minit ke 56: Khairul Fahmi cemerlang , menangkap bola!! Dan memberi kepada mahali ke atas. Namun terjatuh pulak. Percubaan jugak tuh.

Minit ke 59: Malaysia kena bolos lagi hasil dari jaringan oleh C. Vela. Tertewas Khairul Fahmi.Hurm…

Minit ke 64: Serangan demi serangan dari arsenal. Pertahanan agak rapuh disitu.

Minit ke 66: Van persie dan Nasri dimasukkan. Stadium menjadi gamat. Siap lambai-lambai pulak dia tuh. Femes dia tuh.

Minit ke 69: Gawang malaysia dipermainkan oleh C.Vela. Nasib baik tak gol. Aduyai.

Minit ke 70: Gila diaorang nih, serangan tangkas tak ingat diaorang nih.

Minit ke 74: Pertukaran pemain malaysia, 3 orang. Safiq rahim, ntah tak berapa nampak tadi.

Minit ke 76: Sepakan percuma buat malaysia. Nasri membuat kekasaran disitu. Tengah padang.

Minit ke 78: Van persie , C. vela membuat serangan yang menarik. Ketangkasan, keserasian. Cuma finishing yang agak kurang. Mungkin dioarang dah main-main lah kot?  Sebab diaorang buat muka happy jer.

Minit ke 81: Kata pengulas sukan english nih, malaysia kena main teamwork.

Minit ke 82: C Vela membuat serangan dari kanan. Nasib baik berjaya di halang, dan sepakan sudut buat arsenal. Malaysia banyak tunggu bola lah. Aduyai.

Minit ke 83: Peluang buat malaysia hasil hantaran through pass ke chanturu. Tetapi bejaya dibaca oleh 2 orang pertahanan dikawal ketat. Mereka juga pandai membuat perangkap offside.

Minit ke 86: Bila Van persie bawak bola jer, mulalah ramai yang bersorak.

Minit ker 87: Van Persie hampir menjaringkan gol. Nasib baik.

Minit ke 88: Malaysia ada peluang, tapi sepakan ke laut pulak. Aduyai. Passing lah member kat sebelah kanan tadi. Mana teamwork nih???

Minit ke 90: V.Rosicky menambah lagi koleksi jaringan. Jaringan yang cantik. Lauk pauk betul lah malaysia nih. 4-0 sekarang ini. 3 minit masa tambahan.

Minit ke 93: Tamat sudah perlawanan.

Ulasan separuh masa kedua.

Memperlihatkan malaysia agak buntu dibahagian serangan, kerana semua gerak geri macam sudah diketahui oleh arsenal. Malaysia jarang membuat serangan cross. Itu sebenarnya bagi aku ia adalah peluang juga, manalah tahu kan.

C Vela menambah lag igol mebuat arsenal semakin jauh 3-0. Keadaan bertambah buruk apabila bintang arsenal, Nasri dan juga Van Persi dimasukkan pada minit ke 70 lebih (kalau tak silap).

Menyebabkan keadaan pertahanan malaysia sering diserang nisbah 4:1. Percubaan demi percubaan dari arsenal akhirnya berjaya lagi menambah koleksi jaringan dari C.Rosicky, menampan gol dengan kencang menewaskan Khairul Fahmi che mat denan mudah sahaja,  pada minit ke 90.

Selain itu, kepekaan dalam mengambil bola dan keserasian juga tidak  berapa nak menjadi. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain malaysia ialah kuatkan pertahanan dan juga teamwork. Itu sahaja. Semoga perlawanan malam ini, kita jadikan pengalaman untuk menentang liverpool hari sabtu ini nanti. Sekian terima kasih dari meja sukan.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan gol malaysia vs arsenal, gol-gol malaysia vs arsenal, harimau muda a vs arsenal 2011, keputusan terkini malaysia vs arsenal 13 julai 2011, livesteaming malaysia vs arsenal 2011, malaysia arsenal, malaysia vs arsenal 13 julai 2011, youtube gol malaysia vs arsenal 13 julai 2011

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Norizwan says

    July 13, 2011 at 7:38 pm

    go go Malaysia…..=)hehe…

    Reply
  2. Iqbal says

    July 13, 2011 at 8:20 pm

    Malaysia 2- 0 Arsenal…

    Yeah, malaysia menang..hehe

    Reply
  3. azura says

    July 13, 2011 at 8:44 pm

    asalkan malaysia menang…sepakan penalti pun takpe…

    Reply
    • Azam says

      July 13, 2011 at 9:31 pm

      x pon..
      sekarang dah Arsenal 2-0 Malaysia…
      gila…

      Reply
  4. Jai says

    July 13, 2011 at 8:49 pm

    Zik, aku dapat maklumat astro xde siaran langsung, betul ke? Biol betul…ha3

    Reply
  5. Azam says

    July 13, 2011 at 9:15 pm

    dah 1-0..
    arsenal mendahului hasil jaringa Theo Walcott..

    Reply
    • Azam says

      July 13, 2011 at 9:31 pm

      2-0 dah..

      Reply
  6. Norizwan says

    July 13, 2011 at 9:50 pm

    teruk kena ni bro hoho…

    Reply
  7. kinnouchi says

    July 13, 2011 at 9:58 pm

    nape takde live kat tv..:(
    pape pon..malaysia boleh..
    kalah atau menang blakang kira..yang penting semangat juang yang tinggi ditonjolkan oleh semua pemain…

    Reply
  8. Princess Zezebel Lair says

    July 13, 2011 at 9:59 pm

    Tak pasal-pasal kena cek update kat sini bila adik kat Sabah nak tau result terkini…hihihih

    Reply
  9. Malayan Football Fan says

    July 13, 2011 at 10:17 pm

    Ni belum msok lae pemain Arsenal tuu yg nmenye VPS.

    Reply
  10. Zack says

    July 13, 2011 at 10:20 pm

    Tqvm Zikri.. I dapat berita terkini dari laman web u!!! Cayalah.. Appreciate your effort!!!

    Reply
  11. Norizwan says

    July 13, 2011 at 10:44 pm

    Malaysia tertekan dah skang ni…..

    Reply
  12. ashraf says

    July 13, 2011 at 10:45 pm

    knapa tv n astro x amik live mlaysia vs arsenal…ingat pnyokong mlaysia n arsenal ada d bukit jalil ja ka…1 mlaysia ada pnyokong mlaysia n arsenal…

    Reply
  13. zulkbo says

    July 13, 2011 at 10:52 pm

    salam..
    adehhh..
    kena “titik’
    la pulak

    Reply
  14. Redzuan Salleh says

    July 13, 2011 at 11:20 pm

    betul2 kena ‘titik’ nih.. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Malaysia kena bantai 4-0 bertemu arsenal (asia tour 2011)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Malaysia 0 Arsenal 4. Memperlihatkan permaina…

Sukan

Ramalan anda arsenal vs malaysia 13 julai ini!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Nampaknya debaran semakin dirasai, biarpun pe…

%d bloggers like this: