Perlawanan pertama setelah beberapa bulan cuti bolasepak. Kali ini kita muncul kembali dalam arena gelanggang bolasepak malaysia kita ini. Berehat dah lama jugak nih. Terbaru adalah EURO kita dah layan masa bulan puasa hari tuh ha. Portugal juara euro 2016 menewaskan france selaku tuan rumah di pentas final kali ini. Biarpun laluan portugal dari peringkat kumpulan dilihat tidak bermaya, kerana layak ke peringkat seterusnya pun disebabkan format 4 pasukan terbaik yang layak ke pusingan seterusnya, serta total 6 perlawanan portugal berakhir dengan seri dalam tempoh permainan 90 minit.
Kita beralih kepada perlawanan seterusnya jdt vs pkns. Lebih kurang ulangan piala fa yang baru sahaja dilalui beberapa bulan yang lalu. JDT bermain ditempat sendiri sudah tentunya mahukan yang terbaik apatah bermain di tempat sendiri. Mengharapkan tiga mata penting untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan C.
Keputusan terkini :
JDT (2) vs (2) PKNS
Seri :
Safee sali 48
Lucero 57
Guerra 83
Cobelli 90
Akan diupdate malam sikit.. tunggu
seri pulak jdt ek