Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan perlawanan piala fa pusingan kedua, 1 feb 2014

Keputusan perlawanan piala fa pusingan kedua, 1 feb 2014

Zik · Feb 2, 2014 · 7 Comments

Share this on WhatsApp

Dramatik keputusan perlawanan piala fa. Satu perlawanan terpaksa ditangguhkan iaitu diantara JDT VS T-TEAM. Game dibatalkan gara-gara insiden bertekak lidah dibilik persalinan. aku pun tak tahulah. Asal jdt jer main, mesti ada jer kontroversi yang melanda. Sudah tentunya orang akan memandang serong dan menggangap jdt terlalu bikin panas sahaja. Apepun, keputusan yang berlaku malam tadi, harus diambil pengajaran dan dijadikan iktibar. JDT kena belajarlah dan biarkanlah apa orang kata. Itu mulut diaorang nak cakap apa. Selaku peminat, kenalah sabar lagi. Apa yang berlaku, itu semuanya kehendak Allah.

Oklah, sebelum meleret panjang. Keputusan piala fa pusingan kedua adalah seperti berikut:

Lions XII [1] vs [2] Pahang FA (pahang mara ke suku akhir)

Jaringan:

51′ Hafiz Kamal (PAH)
55′ Azidan Sarudin (PAH)
86′ Safuwan Baharudin (LNS)

Kalau ditengok highlights, memang pahang yang menguasai perlawanan. Gol-gol yang dihasilkan memang ada class yang tersendiri beb. Matias conti, damian stewart bermati-matian untuk mendapatkan gol permulaan. Tapi gagal disebabkan penjaga gol lions yang cekap.

Pada minit ke 51: Peluang tercipta buat pahang apabila mendapat sepakan percuma. Hafiz kamal, menjadi wira peledak gol pertama, untuk menaikkan semangat pemain pahang. Apabila menjaringkan gol, hasil sepakan percuma yang cantik sekali. Melencong ke tepi kiri. Sukar nak diambil, sebab bola mati dekat tengah macam tuh, memang susah nak jangka. Swing, memang frust aku tengok muka keeper the lions.

Selang 4 minit, azidan meluru membuat sepakan lencong ke kanan gawang gol menewaskan sekali lagi penjaga gol the lions apabila peluang itu disepak dengan laju dan mengelirukan sebenarnya. Pujian harus diberikan buat matias conti, kerana memberi ruang dan terus azidan menyepak gol. Gandingan yang baik.

Minit ke 84: Lions cuba bangkit dengan mendapat satu gol dari sepakan percuma. Sepakan yang kencang. Tetapi apakan daya, sudah terlalu lewat untuk mendapatkan gol penyamaan dari lions yang sudah kepenatan masing-masing. Apepun, lions xii bukanlah lawan yang mudah untuk diayam-ayamkan.

Pahang mara ke suku akhir dalam saingan piala fa 2014.

Manakala keputusan games yang lain.

JDT [2] vs [1] T-TEAM [game ditunda/dibatalkan separuh masa kedua,]

15′ Luciano Figueroa (JDT)
20′ Luciano Figueroa (JDT)
29′ Marzuki Yusof (TTM)

Separuh masa kedua, apa berlakunya insiden yang tidak diigini. Chow.

Share this on WhatsApp

Sukan jdt vs t-team 2 feb 2014, keputusan jdt vs t-team 2 feb 2014, keputusan jdt vs t-team piala fa 2014, keputusan pahang vs lions xii 1 feb 2014, keputusan terkini piala fa 2014, lions vs pahang 1 feb 2014, pahang 2-1lions xii 1 feb 2014, pahang mara ke suku akhir piala fa 2014, video highlights pahang vs lions xii 2 feb 2014, youtube pahang vs lions xii 2 feb 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    February 2, 2014 at 10:32 am

    lepas pahang masuk 2 gol. aku dah tertidur dah. tak larat.

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2014 at 10:33 am

      Show pahang petang tadi main… Attack kaw2 punya…

      Reply
  2. Hafizul says

    February 2, 2014 at 1:51 pm

    Ha ah..kencang tu yang jarang-jarang orang leh buat…

    Reply
  3. TehR says

    February 2, 2014 at 7:00 pm

    tahniah untuk pahang
    berjaya singkirkan lions xii lebih awal dari saingan

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2014 at 7:12 pm

      Lega sikit, cuma jdt je yang masih50-50, kontroversi pulak… Dahla ramai org anti jdt…

      Reply
  4. Brader Sports says

    February 3, 2014 at 8:55 am

    Live di TV ialah Lions v Pahang dan kawe tengok. Honestly, kawe impress takat ni dengan Lions. Masa lawan JDT pun dia org nampak bagus. Cuma, ramai yg muda dan kurang sikit dari segi decision making. Tapi dari segi kawalan bola, off the ball movements mereka mmg wonderful!

    Reply
  5. kakiblog says

    February 3, 2014 at 11:51 pm

    sedih juga perkara begini boleh berlaku!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.