
Ada perubahan kedudukan liga setakat ini untuk 2 perlawanan dalam liga super 2018. Kita belum dapat tangkap pasukan manakah yang akan mendominasi liga super 2018. Selangor seperti biasa awal liga biasa akan cemerlang. Tapi untuk pertarungan seterusnya , kita tak tahu macam mana prestasi. Tapi satu jer aku respek pasukan selangor walaupun ada beberapa kemelut dalaman, dan masalah stadium untuk berlatih. Tapi disebabkan pemain dan juga keserasian diantara pemain memang wajar dipuji.
Keputusan penuh perlawanan liga super hari ini 7 feb 2018 :
KEDAH 1-3 PERAK
SELANGOR 4-1 MELAKA UNITED
PAHANG 0-1 PKNS
Negeri Sembilan 2-0 Kuala Lumpur
Apa sudah jadi dengan pasukan kedah malam ini? Tewas 1-3 dengan pasukan perak. Kedah cuba bangkit apa awalnya setelah ketinggalan 0-1, pada separuh masa kedua. Tapi bila mat don buat hal (red card) rentak permainan kedah jadi kucar kacir. Sepakan percuma dari nazrin nawi melemahkan semangat juang kedah, dan gol satu lagi dari perak. Sedih leyh, apa nak buat.
Pahang nampaknya tewas dengan sentuhan emas , K raja gopal akhirnya dapat 3 mata. PKNS boleh tahan juga musim ini. Target 1 piala katanya sekurang-kurangnya musim ini.
Negeri sembilan tiada masalah untuk tewaskan pasukan kuala Lumpur 2-0. Hurm.. separuh masa pertama jer. Separuh masa kedua, haram satu gol pun tarak. Apepun tiga mata buat negeri sembilan.
Selangor mengganas.
Selangor mengganas mencari tiga mata dengan mencari sebanyaknya gol untuk menjadikan pasukan selangor buat masa ini mendahului takhta liga super setakat ini. SO, pasukan jdt harus bersedia untuk berdepan dengan pasukan selangor. Persaingan yang sihat macam ini memang aku suka. Kalau tak , prestasi pasukan asik yoyo jer. Tak bestlah, sekurang-kurangnya jdt kena tahu pasukan selangor bukanlah semua lengkap dari segi fasiliti , stadium pun takda. Tetapi disebabkan nama pasukan ini yang terlalu legend, dan ada nilai yang tersendiri selangor tetap digeruni dalam kancah liga super malaysia sehingga hari ini.
Kedudukan terkini carta liga super setakat ini :
Selangor tangga dengan kelebihan jaringan lebih dari jdt 1 gol. Perak melonjak tangga ketiga , setelah perlawanan pertama seri dengan pahang 0-0 dan seterusnya malam tadi menewaskan kedah 3-1. PKNS pun sama point dengan perak, cuma jaringan lebih kepada perak.
All the best buat semua pasukan. Sekian dari meja sukan untuk anda semua. .

sedihnya Kedah kalah
nampknya Selangor sudah berada di puncak.
agak sukar untuk pasukan lain untuk menggugatnya
saya penyokong tegar JDT hehe