• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan penuh liga super 28.4.2018

Keputusan penuh liga super 28.4.2018

Zik · Apr 29, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

logo liga super, liga super,

Keputusan penuh perlawanan liga super yang berlangsung semalam kita ada tiga perlawanan iaitu Selangor vs Negeri Sembilan, Pahang vs Melaka dan Kelantan vs JDT. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut.

  • PAHANG 2-0 MELAKA UNITED
  • SELANGOR 2-1 NEGERI SEMBILAN
  • KELANTAN 1-2 JDT

Pahang vs Melaka united 

Pahang tiada masalah untuk menewaskan pasukan melaka united di stadium Darul Makmur, kuantan pahang semalam. Tapi yang pasti pasukan pahang memberikan satu tekanan dalam liga super dalam mengejar tangga pertama dalam liga super iaitu jdt. Tapi kemenangan jdt di away game sedikit sebanyak menyukarkan pasukan pahang untuk memberikan tekananan. Belum jumpa lagi dalam saingan liga super kali ini tahun 2018. Jumpa dalam tiket piala fa, seri sekali, menang sekali.

Selangor vs negeri sembilan. 

Selangor pun tiada masalah untuk menewaskan pasukan negeri sembilan. Pasukan negeri sembilan cuba bangkit dengan jaringan thanabalan, dilewat minit ke 64. 

Selangor berjaya meraih kemenangan ketiga musim ini selepas menewaskan pasukan tercorot, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan ketujuh Liga Super 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Jaringan penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia dan penyerang muda, Sean Eugene Selvaraj pada setiap babak memastikan skuad Red Giants kendalian Nazliazmi Nasir itu akhirnya menamatkan deretan empat kekalahan berturut dalam saingan liga sebelum ini.

Pada aksi malam tadi, Selangor turun tanpa kelibat dua pemain import dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn yang bersama skuad B-23 Indonesia bagi perlawanan Piala Ulang Tahun PSSI di Jakarta serta kapten, Razman Roslan yang tiada dalam senarai 18 pemain.

Namun kembalinya Amri Yahyah, Willian Pacheco dan Abdul Halim Zainal yang tidak beraksi ketika suku akhir kedua Piala FA bertemu Kuala Lumpur minggu lalu akibat penggantungan selain kelibat Sean Eugene dan K Sarkunan yang tampil kali pertama dalam kesebelasan berjaya mengimbangi pasukan.

Kehadiran Amri, 37, yang memakai lilitan lengan selaku kapten bagi perlawanan ini nyata telah menghidupkan jentera tengah dan serangan Selangor.

Pada minit kelapan, Selangor hampir di hadapan namun tandukan Pacheco hasil sepakan percuma Amri dari sebelah kanan sekadar menggegar palang.

Negeri Sembilan kendalian Azraai Khor Abdullah cuba membalas tetapi percubaan Khairul Anwar Shahrudin dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Selangor akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-34 selepas hantaran lintang Amri dari sebelah kanan berjaya ditanduk masuk Rufino untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Kaharuddin Rahman.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua pada minit ke-56 apabila Sean Eugene menyudahkan peluang terbuka di depan pintu gol selepas pertahanan Negeri Sembilan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Namun, Negeri Sembilan kembali menghidupkan peluang selepas N Thanabalan yang baru tiga minit menggantikan Khairul Anwar berjaya mengatasi Pacheco untuk menanduk masuk bola hantaran Noor Hazrul Mustafa dari sebelah kanan bagi merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-64.

Rentak Selangor sedikit terjejas selepas itu apabila Sean Eugene dan Amirul Ashraf Ariffin terpaksa digantikan masing-masing pada minit ke-68 dan 73 selepas mengalami kecederaan.

Negeri Sembilan bagaimanapun terus buntu untuk menembusi benteng pertahanan Selangor bagi mendapatkan gol penyamaan, sekali gus tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah sebaik wisel penamat ditiup pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed.

Selepas tujuh perlawanan, Selangor kini mengumpul sembilan mata menerusi tiga kemenangan dan empat kekalahan untuk naik dua tangga ke kedudukan kelapan liga.

Selangor seterusnya akan berdepan pendahulu liga yang juga juara bertahan, Johor Darul Ta’zim di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin untuk perlawanan kelapan pada Selasa ini.

Kelantan vs JDT. 

JDT berjaya menewaskan Kelantan di stadium Kota Bharu kelantan malam tadi, agak struggle. Bertemu dengan barisan majoritinya pemain muda, coach kelantan betul-betul melatih pemain ini dengan penuh disiplin. Hasilnya Kelantan di depan apabila seawal minit ke 11, kelantan berjaya menjaringkan gol hasil dari hantaran though pass yang cepat kepada ghaddar dengan mudah menewaskan penjaga gol jdt, farizal marlias.

Semangat juang kelantan memang bertemu jdt malam semalam memang wajar dipuji. Safiq Rahim kemudiannya menyamakan kedudukan selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk JDT pada minit ke-37 kerana Kunanlan dijatuhkan di dalam kotak penalti. Natxo Insa yang menerima umpanan dari Nicolas Alberto Fernandez tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-82 dengan rembatan bola mengelirukan lantas membolosi gawang Kelantan. JDT memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Pada separuh masa pertama kami mempunyai beberapa masalah namun selepas 20 minit perlawanan, kami melakukan pertukaran dan bermain menggunakan taktikal 4-3-3.

Tidak dinafikan ini merupakan satu perlawanan yang sukar kerana pasukan Kelantan mempunyai pemain muda yang laju dan hebat. Pada separuh masa kedua dapat dilihat bahawa kami yang mengawal permainan.

Kami berjaya memenangi perlawanan ini kerana para pemain telah memberikan komitmen 120 peratus sepanjang 90 minit perlawanan. Apa yang penting adalah kami berjaya membawa pulang tiga mata yang amat bernilai bagi kami.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Kedudukan terkini carta liga super setakat ini :

carta terkini liga super 2018,

JDT tangga pertama, 18 mata, mengekori rapat pasukan pahang 14 mata, belum jumpa lagi. Selepas ini jdt akan bertemu dengan Selangor selasa ini 1 may 2018. Pahang akan bertemu skuad penyu, irfan bakti sudah pastinya ianya pertembungan yang sengit. Kelantan dan negeri sembilan masih lagi dalam kedudukan yang bahaya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan carta liga super, keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 28 april 2018, keputusan penuh liga super 28.4.2018, liga super, liga super 2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. encikhafiz.com says

    April 29, 2018 at 6:08 pm

    Harap musim ni pasukan baru pula merangkul kejuaraan. biar warna warni sikit kancah bolasepak kita.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Penang fc vs Sabah fc liga super 11.4.2021
  • Live streaming Uitm vs Melaka united 10.4.2021
  • Live streaming Kuala Lumpur vs Sri Pahang fc 10.4.2021
  • Live streaming Selangor vs Perak liga super 10.4.2021
  • Live streaming JDT VS PETALING JAYA CITY 10.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

LIGA SUPER Sukan

Kejohanan semua ditangguhkan, Liga Super, Premier,- FAM

Share this on WhatsApp Apa yang dibuat ini bukanlah dari satu pihak sahaja. Ini …

Sukan

Live streaming selangor vs kelantan liga super 1.6.2018

Share this on WhatsApp Selain dari kedah vs melaka united, kita juga ada perlawa…

Sukan

Live streaming PKNS vs JDT liga super 27.5.2018

Share this on WhatsApp Perlawanan yang ke 12 dalam saingan liga super hari ini 2…

%d bloggers like this: