Wisel telah pun ditiupkan. Untuk perlawanan kedua dalam kempen liga super malaysia edisi 2017. Masih terlalu awal untuk kita meramalkan pasukan manakah yang betul-betul ampuh. Sebab masih baru dua jer perlawanan. tengok pasukan yang lain pun boleh tahan bantai habis-habis nih. Pahang bantai t-team 5-0 tuh. Jom kita tengok keputusan penuh liga super 27.1.2017.
SELANGOR 1-1 MELAKA UNITED
KEDAH 3-2 SARAWAK
PENANG 0-1 PERAK
JDT 3-1 FELDA UNITED
KELANTAN 3-1 PKNS
PAHANG 5-0 T-TEAM
Pasukan selangor hanya mampu seri 1-1. hampir dimalukan dengan pasukan melaka united yang mendapat gol satu, lagi 10 minit dapat seri. Kalau tak malulah pasukan selangor. Melaka united pasukan yang boleh tahan jugak ya.
Kedah membuat comeback sebelum ketinggalan 1-2 diseparuh masa kedua. Kejar 2 gol lagi separuh masa kedua selang 2 minit jer. JDT mengutip tiga mata penuh, sebelum tuh agak cemas separuh masa pertama, felda united didepan, selang 4 minit jdt menyamakan kedudukan tandukkan dari fadhli shas. Spearuh masa kedua baru dapat 2 gol lagi, itupun setelah pemain felda united dapat kad merah.
Penang 0-1 Perak. Last minit perak 20 minit lagi nak habis barulah dapat satu gol kemenangan. Kelantan nampaknya takda masalah untuk menewaskan pasukan PKNS 3-1 di stadium selayang petang tadi. Pemain import yang dulu pernah beraksi menyumbang 2 gol, Muhamad Ghaddar dan satu gol dari Piya, mohd Badri radzi.
Kedudukan carta terkini liga super setakat ini.
Pahang melonjak tangga pertama 4 mata berkongsi dengan jdt ,selangor , kedah dan Perak. Membezakan pahang dengan kelebihan 6 gol diikuti dengan JDT 4 gol , selangor tiga gol dan kedah.
Sekian dari meja sukan.
Kalo tgk game semlm JDT masih belum dapat rentak sebenar ikut dari apa yg kwn lihat aa…JB assassain hanya beberapa kali jek dapat bola dan cubaan tepat ke goal tue laa sekali seblum dikeluarkan.
Brian dan gonzalo nampak sudah mula dapat rentak larkin…yg jadi masalah gerakan dieorg nie menjadi mangsa bentesan player lawan…
Harap mora boleh letakkan next game samada nazmi @ shakir utk lihat perubahan di bahagian tengah bersama sapik…. 🙂
JDT ramai backup player… itu yang membolehkan pasukan ini dilihat masih lagi belum mencapai tahap yang sebenarnya..