
Keputusan perlawanan liga super yang berlangsung hari ini 26.6.2019 , kita ada tiga perlawanan, MELAKA UNITED VS JDT, KEDAH VS PETALING JAYA FC, dan TERENGGANU VS KUALA LUMPUR. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :
KEDAH 3-2 PETALING JAYA
Jaringan oleh :
- Baddrol Baktiar 15″
- Farhan Roslan 49″
- Brandao 60″
- Ganesh Gunagaseran 66″
- Fernando Rodriguez 76″
MELAKA UNITED 1-2 JDT
Jaringan oleh :
- Nazmi faiz Mansor 7″
- Diogo 27″
- Shukor Adan 84″
TERENGGANU 3-1 KUALA LUMPUR
Jaringan oleh :
- Lee Tuck 31 (Penalty)
- Darko Markovic 41″
- Mohd Firdaus Mohd Fauzi 76″
- Abdul Malik 81″
Kedah vs Petaling jaya.
Keda tiada masalah untuk menewaskan pasukan petaling jaya, biarpun agak struggle sebenarnya bermain di tempat sendiri. Pasukan Kedah sebelum itu mendahului pada separuh pada pertama 1-0 jaringan awal dari baddrol bakhtiar. Kemudian separuh masa kedua, Farhan Roslan menjaringkan gol kedua buat kedah 2-0. Minit ke 60 dan 66 , pasukan Petaling bangkit membuat dua gol dari Brandao dan G. Gunagaseran. Ternsentak dengan itu pasukan kedah memastikan tiga mata penuh pada minit ke 76 oleh Fernando Rodriguez.
Melaka united 1-2 JDT.
Pasukan JDT mengesahkan kejuaraan piala liga super yang ke 6 berturut-turut apabila menewaskan pasukan melaka united 2-1 di stadium hang Jebat. JDt yang lebih garang mempamerkan aksi sang juara pada separuh masa pertama oleh Nazmi Faiz mansor pada minit ke 7. Kemudian pada minit ke 27, Diogo menjaringkan gol kedua buat JDT. Hampir separuh masa pertama tamat, Melaka united hampir menjaringkan gol pertama, tetapi tersasar ke sebelah kanan.
Separuh masa kedua, melaka united cuba menjaringkan gol buat mereka, namun ternyata pasukan jdt lebih bersedia dibahagian pertahanan. Namun pada minit ke 80 lebih m, pasukan melaka united dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain melaka united dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun sepakan itu diselamatkan oleh Farizal Marlias, cuma bola tuh bola muntah. Dengan pantas , Shukor Adan menampan bola masuk ke gawang jdt. Melaka cuba membuat asakan untuk menyamakan kedudukan, tetapi gagal untuk seri.
TERENGGANU 3-1 KUALA LUMPUR
Skuad penyu beraksi cemerlang di tempat sendiri malam semalam menewaskan pasukan kuala lumpur 3-1. Gol pertama oleh Lee Tuck apabila mendapat sepakan penalti pada minit ke 31. M darkovic menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 41 sebelum babak separuh masa pertama tamat buat kuala lumpur.
Separuh masa kedua, pasukan terengganu lebih aggresif mencari gol kemenangan. Dua gol dijaringkan oleh Mohd firdaus pada minit ke 76 dan Abdul Malik pada minit ke 81. Tiga mata penuh buat skuad penyu malam semalam.
KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER 26.6.2019 SETAKAT INI.

JDT tidak dicabar lagi , kekalahan pasukan pahang keatas selangor memudahkan lagi pasukan jdt untuk bergelar juara apabila perlawanan dengan melaka united menang 2-1. Pahang ditangga kedua dengan kelebihan 1 mata sahaja sekarang ini. Mengejar rapat iaitu pasukanekdah tangga ketiga, selangor tangga ke 4 28 mata.
Perak pun sama 27 mata, tempat kelima, dan melaka united tangga ke 6 dengan 26 mata. Jurang mata terlalu sikit, silap sikit tergelincir lah jawabnya.
PKNP dan felda united berada di zon penyingkiran. Adakah pasukan felda united akan bangkit dekat last lap nanti??

Leave a Reply