• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan penuh dan kedudukan terkini liga super 18/4/2015

Keputusan penuh dan kedudukan terkini liga super 18/4/2015

Zik · Apr 19, 2015 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

Keputusan terkini game liga super semalam. Yang diatas terus mengekalkan rentak kemenangan. Hebat saingan musim kali ini. Jom kita tengok keputusannya :

  • JDT 3-1 Kelantan
  • Selangor 4-0 Lions XII
  • Felda united 3-1 Terengganu
  • Sime Darby 1-4 PDRM
  • Sarawak 1-1 ATM

5 perlawanan jer.

JDT vs Kelantan.

Kelantan bermula dengan baik sekali biarpun pada asalnya kena attack, tetapi apabila membuat counter attack disempurnakan dengan baik sekali. Keadaan jdt agak tertekan apabila ketinggalan satu gol. Kelantan menambah lagi jaringan kedua. Namun ianya dibatalkan oleh penjaga linesman, kerana dikatakan offside. Kalau tengok video tuh memang belum offside beb. Sedikit sebanyak telah pemain kelantan punya morale jadi jatuh sikit. Asakan bertali arus dari jdt membuahkan hasil apabila amri yahya membuat hantaran yang tepat pada masanya kepada hariss harun menanduk masuk ke gawang kelantan. Terpaku khairul fahmi che mat.

Suntikan gol pertama tidak berakhir. Pemain awang import al haji kamara pada minit ke 23, hasil dari gerakan pato kepada asraruddin putra omar dan membuat hantaran sebelah kiri, memberi ruang kepada al haji untuk menjaringkan gol dari sudut kiri yang tepat. Sukar untuk khairul fahmi menahan asakan itu. JDT 2-1.

Gol ketiga adalah gol yang paling cantik dimana ketika itu minit ke 42, satu gerakan one two yang cantik dihasilkan dari sebelah kanan, apabila amri yahya membuat passing kepada al haji dan alhaji membuat set piece kepada amri untuk membuat sepakan liuk kesebelah kanan gawang, ngam-ngan masuk pintu gol. Memang terbaik beb.

Separuh masa kedua, game dah jadi slow. Aku mengantuk. Buat kerja lain, sempat makan lagi. Haha.

Selangor 4-0 Lions XII

Selangor dilihat semakin garang dengan pemain tempatan afiq yunus mencuri tumpuan malam tadi menyumbat  3 gol, hatrick terus, 3 gol disapu separuh masa pertama jer. Dan gol keempat dari wak doyok da hsekat last minit 89 kalau tak silap. Lions xii pun ada banyak percubaan merbahaya, tapi keeper selangor cemerlang beb. Selangor terus unggul di puncak liga. Tapi jurang tak banyak pun.

Felda united 3-1 Terengganu.

Felda united memang tidak disangkal. Pasukan yang cukup hebat musim ini sejak dari liga perdana lagi. Menewaskan pasukan terengganu bukan mudah ya. Ahmad shamim yahya meletakkan felda didepan. Kemudian paulo rangel menyamakan kedudukan pada minit ke 63. 10 minit terakhir adalah waktu derita terengganu. N dumba makache, meletakkan felda didepan kembali  pada minit k84 dan S.Zaidon selang 2 minit meledak satu gol lagi. Felda united ditangga kedua.

PDRM 4-1 Sime darby.

Pasukan the cops dengan mudah menewaskan pasukan sime darby. Nampaknya sime darby dilihat semakin hilang arah dalam mencari kemenangan pertama.

ATM 1-1 Sarawak.

Ngap sayot hanya berkongsi 1 mata dengan atm yang seri 1-1. Ryan Griffith meledak gol pertama pada minit 64. Selang lima minit atm dihadiahkan sepakan penalti kerana ada berlaku kekasaran di petak penalti. Junior palacious menyempurnakan gol itu dengan mudah.

Kedudukan terkini liga super 18/4/2015:

carta liga super 2015, kedudukan terkini liga super april 2015,

Selangor di tangga pertama, diikuti dengan felda united jumlah points sama, pdrm ketiga dibezakan 8 jaringan dari jdt tangga ke 4. Pahang, perak, tak main malam tadi. Kelantan dan the lions xii berada di kedudukan yang agak bahaya. ATM dan sime darby berada di zon penyingkiran. All the best untuk semua pasukan. Huhu

Share this on WhatsApp

Sukan carta liga super 2015, carta terkini liga super 18/4/2015, kedudukan terkini carta liga super 18/4/2015, keputusan penuh liga super 18/4/2014, keputusan penuh liga super 18/4/2015, keputusan penuh perlawanan liga super 18/4/2015

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. si bongkok says

    April 19, 2015 at 5:52 pm

    Yang menarik perhatian saya :

    1 – ATM tanpa sathianathan bermula dengan baik wpon sekadar seri. Setidak-tidaknya mereka berjaya keluar dari siri kekalahan sebelum ini.

    2 – Tuah baju merah jambu azraai khorr masih tidak bersama the red warriors. Mungkin kena pakai kaler baju merah warna rasmi TRW baru ada ong kot.. hoho

    3 – 2 pasukan baru naik dari liga premier PDRM ngan FELDA nampaknya terus memberi saingan kepada pasukan yang dah lama dalam liga super. Tahniah azman adnan dan irfan bakti atas pencapaian setakat ini..

    Reply
    • Zik says

      April 20, 2015 at 12:09 am

      pdrm dan felda united bukan pasukan yang underdog.. itu kita kena akui…

      Reply
  2. zool says

    April 19, 2015 at 10:08 pm

    Pasukan JDT semakin meningkat ye..
    pasukan Selangor pun tambah hebat.. apatah lagi dengan afiq azmi yang makin tajam tu

    Reply
    • Zik says

      April 20, 2015 at 12:11 am

      pasukan selangor semakin lengkap… hebat betul…

      Reply
  3. Nurinsaniah says

    April 19, 2015 at 11:38 pm

    sedang berusaha untuk minat dengan bola..hihi

    Reply
    • Zik says

      April 20, 2015 at 12:27 am

      tiada paksaan pun..hehe

      Reply
  4. ohcikgu says

    April 20, 2015 at 6:09 pm

    Yehh..

    selangor dok atas lagi. hehe

    Reply
    • Zik says

      April 22, 2015 at 12:18 am

      selangor power….

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss