MALAYSIA 1-2 KOREA SELATAN
Jaringan :
- Cho Jae Wan 1′
- Thanabalan 67″
- Seung-Gyu Han 85″
Keputusan penuh perlawanan piala asia u23 suku akhir MALAYSIA 1-2 KOREA SELATAN. Yer mahu tak mahu itulah keputusan perlawanan yang berlangsung sebentar sahaja tadi. Kita telah tewas, namun untuk pertembungan kali ini memang ada satu cabaran yang cukup hebat untuk pasukan korea, sebab mereka pun nyaris2 tewas dengan pasukan malaysia.
Kalau tidak sudah tentunya mengheret ke masa tambahan, 10 minit yang terakhir pemain malaysia agak sudah keletihan dan pemain korea bermati-matian untuk serangan bertali arus. Pada minit ke 85, pemain korea menjaringkan gol kemenangan buat skuad korea selatan dalam mengesahkan slow ke semi final bertemu dengan pasukan uzbekistan yang menewaskan pasukan jepun 4-0 tuh.
Apepun ianya satu permulaan 2018 yg sangat baik utk team malaysia u23,AQ harap prmulaan tahun 2018 yg baik ni diakhiri dgn kejayaan team senior kita kjohanan aff Suzuki tahun nie,kita last pegang msa 2010 ,so Kali ni Malaysia wajib mng aff tahun nie,thun 2018 tahun kbangkitan harimau Malaya,start dri skrg Thailand bkn lagi jaguh Asia tenggara ,ganti ngan Malaysia plak,go Malaysia, winning mentelity,Malaysia boleh!!
Statistik perlawanan
MALAYSIA 1-2 KOREA SELATAN
Sama kuat, sama handal, Skuad negara membuktikan bahawa corak permainan dan semangat perjuangan cukup penting dalam mengejar sebuah erti kerjayaan, bukan rangking, bukan kekuatan fizikal dan sebagainya yang menjadi ukuran utama , dalam bolasepak tiada istilah mengalah sebelum mencuba, sudah cuba bermati-matian baru tahu, tidak perlu takut atau gerun walau siapa dan sekuat mana sekalipun lawan kita tentang, tanaman keyakinan dan kepercayaan, Malaysia boleh !! Berjuang demi negara !! Ketepikan walau siapa lawan kita, demi Malaysia kita melangkah ke hadapan !!
Sedikit ulasan cap ayam .
Nampaknya mereka betul2 main bolasepak sebenar, takde negative football bila dah buntu nak passing siapa terus long ball jauh kedepan takde orang kejar. Attacking minded yang creative, tengok through pass kepada Safawi tadi serius gua rasa “fcking Incredible!”. Mana nak tengok pemain Malaysia buat through pass macam tu?
Bila kena high-pressing dengan Korsel tadi, manada terus diorang gelabah rembat bola kedepan? Control ball pun tenang, defender pun takde takut nak tackle dalam penalty box. Bila long-pass, diaorang tahu nak passing ke siapa. Dan boleh dikatakan passing accuracy kali ni tinggi. OKS tak main-main nampaknya bila dia kata dia main attacking.
Ringkasan..
1. Gol awal Republik Korea tersebut is an absolute stunner. Mana-mana penjaga gol pun takkan mampu halang gol tersebut.
2. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak terus down selepas ketinggalan pada awal permainan. That’s the main point.
3. Malaysia bermain dengan agak tersusun dan berjaya untuk melakukan beberapa serangan ke arah pintu gol. 2/4 peluang Malaysia tepat ke dakapan penjaga gol
4. Republik Korea gagal untuk pecahkan tight area Malaysia kerana Malaysia agak padat di situ dan memaksa Republik Korea bermain di wide area
5. Republik Korea berjaya guna ruang yang dimiliki mereka sebaiknya tetapi kekebalan Haziq Nadzli faktor kenapa skor kekal begitu.
6. Republik Korea juga gagal untuk melakukan incisive pass dengan kerap dan Malaysia bertindak bijak kekal dengan disiplin bertahan mereka untuk recover bola.
7. Bahagian kiri Republik Korea menjadi lubuk serangan Malaysia ketika ini.
Haziq cemerlang. !!
Banyak percubaan merbahaya dari pasukan Korsel yang bertali arus. Ada satu peluang memang dah 50-50 beb, nasib baik haziq berjaya menafikan serangan itu dengan cemerlangnya. Bolos gol minit akhir sering menjadi masalah kepada pasukan negara.Stamina perlu dipertingkatkan agar fokus pada permainan bertahan minit2 akhir dilaksanakan dengan sukses.
Ini bukan penamat tetapi ini permulaan.. program pembangunan pemain muda Malaysia sudah mula nampak hasilnya. Pemain-pemain ini lahir daripada generasi printis Liga KPM dan produk daripada program elit sekolah-sekolah sukan negeri..
Mereka menunjukkan keyakinan yang tinggi dan mampu bersaing dengan pasukan gergasi Asia.. Ada satu lagi misi pada tahun ini yang sedang menanti skuad Bawah 23 Malaysia iaitu Sukan Asia di Indonesia.
Pencapaian yang terbaik untuk awal tahun ini 2018. Harap ada peningkatan buat pasukan malaysia lepas nih ok!! Tahniah sekali lagi buat skuad harimau muda.
[…] pasukan yang baru bermain 1 game sejam sebelum game ini. Belum dapat sesuaikan diri ke macam ne?? Team bawah u23 main lagi cantik aku rasa, disiplin sangat […]