Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan malaysia 5-1 Timor Leste 11 jun 2019 (ulasan)

Keputusan malaysia 5-1 Timor Leste 11 jun 2019 (ulasan)

Zik · Jun 12, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
harimau malaya, harimau,
Biarpun baru peringkat pertama dalam kelayakkan piala dunia 2022 untuk permulaan, pasukan harimau malaya boleh dianggap paling ghairah untuk menggapai kemenangan. Memanglah masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa pasukan ini bukanlah terbaik, tetapi dalam meneruskan perjuangan ke piala dunia tidak mustahil sebenarnya.
Biarpun perjalanan harimau malaya masih jauh, dengan semangat yang ada dan mahu pergi lebih tinggi sepatutnya pasukan kita ini tiada masalah untuk mara keperingkat seterusnya nanti.  Kita kena tunggu undian nanti baru tahu siapa lawan harimau malaya seterusnya.
KEPUTUSAN PENUH :

TIMOR-LESTE 1-5 MALAYSIA

Jaringan oleh :

  • Rufino Gama 72′;
  • Shahrel Fikri Md Fauzi 11′ 17′ 64′
  • Mohamadou Sumareh 37′
  • Akhyar Rashid 55′

AGGREGATE :

MALAYSIA 12 – 2 TIMOR LESTE.

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menerusi kemenangan 12-2 secara agregat mengatasi Timor Leste yang sekali lagi dijadikan ‘lauk’ pada perlawanan timbal balik playoff di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Malaysia baru saja sekali lagi membelasah Timor Leste 5-1.Kemenangan 12-2 secara agregat. Ini sudah tentunya bukan sahaja menggembirakan 13 ribu penyokong hadir ke stadium tadi, malah di seluruh rakyat malaysia yang minat bola sepak.
Malaysia tiada tentangan yang hebat sepanjang perlawanan tadi. Pertahanan kurang ancaman pada perlawanan ini. Satu gol yang dapat dari Timor Leste itu adalah dari kesilapan pertahanan yang hanya ball watching.
Shahrel Fikri Hatrik. 

Selepas Safawi Rashid menyerlah pada perlawanan pertama, aksi kedua menjadi milik Shahrel Fikri Md Fauzi yang merakam hatrik untuk memastikan kejayaan kedua hasil kemenangan 5-1 itu.

Unit serangan Malaysia hidup dengan menjaringkan 5 gol. Serangan Malaysia lebih kerap berpunca daripada pemain sayap. 3 jaringan hatril dari Sharel Fikri hatrik tuh. Satu peluang keemasan sepakan penalti darinya dinafikan oleh Keeper Timor Leste.

Sepanjang 90 minit perlawanan, anak buat Tan Cheng Hoe nyata berada pada kelas lebih tinggi berbanding pemain lawan dan berjaya mendominasi hampir keseluruhan permainan sekali gus menceriakan 12, 776 penyokong yang hadir ke stadium.

Tiga Pertukaran dari TCH.

Sekali pun ada tiga pertukaran pemain berbanding kesebelasan utama pada aksi pertama, Harimau Malaya bermula positif yang menyaksikan Shahrel Fikri membuka jaringan seawal minit ke-11 selepas menyempurnakan lorongan Akhyar Rashid.

Minit ke-17, Shahrel Fikri pantas membalas kepercayaan diberikan Cheng Hoe apabila meledak gol kedua negara, kali ini menerusi tandukan hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak.

Kesilapan penjaga gol negara, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim menjatuhkan Rufino Walter Gama menghadiahkan sepakan penalti buat Timor Leste, namun kaptennya, Joao Da Silva Freitas gagal melaksanakan tugas dengan baik apabila sepakannya berjaya dihalang.

Pada minit ke-37, skuad negara menambah jaringan ketiga menerusi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh.

Sepuluh minit babak kedua bersambung, derita Timor Leste berterusan apabila Akhyar meledak gol keempat negara manakala pada minit ke-58, Shahrel Fikri melepaskan peluang untuk melengkapkan hatrik apabila gagal menyudahkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, enam minit kemudian kekecewaan Shahrel Fikri terubat apabila penyerang Perak itu mengegar gawang lawan buat kali kelima sekali gus melengkapkan hatrik.

Ketika skuad negara ghairah memburu gol tambahan, tanpa diduga Walter Gama meledak gol saguhati Timor Leste pada minit ke-72. Ini yang aku rasa sakit hati, bila dan lead dan jauh, terus leka. Sebolehnya satu gol pun kalau boleh jangan buat simple mistake. Takut akan terbawa untuk game akan datang. Takpelah kira gol saguhati aku anggap boleh terima untuk kali ini.

Timor Leste separuh masa kedua mereka main lebih baik dari separuh masa pertama. Tetapi pemain mereka masih kurang aspek teknikal dan taktikal.Itu perlu dipertingkatkan mereka.Malaysia patut dapat lebih gol tetapi beberapa peluang juga dipersiakan pemain Malaysia. Namun permainan malam ini sudah cukup baik sebenarnya. Syabas buat skuad TCH, dan pemain yang bermain bersungguh-sungguh malam ini. Tidak lupa juga kepada ekor harimau malaya yang memberikan sokongan di stadium.
Video gol highlights Malaysia 5-1 Timor Leste 11 Jun 2019

Kemenangan yang baik bagi Malaysia.Semoga diteruskan bagi perlawanan mendatang.

Share this on WhatsApp

Sukan Keputusan malaysia 5-1 Timor Leste 11 jun 2019 (ulasan), keputusan malaysia vs timor leste 2019, keputusan penuh malaysia vs timor leste 11.6.2019, live online malaysia vs timor leste 2019, malaysia vs timor leste, video gol malaysia vs timor leste 11.6.2019, youtube gol malaysia 5-1 timor leste 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.