Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC CUP / Keputusan malaysia 2-2 china piala afc u23 26.3.2019

Keputusan malaysia 2-2 china piala afc u23 26.3.2019

Zik · Mar 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia vs china afc u23 2019,

Keputusan penuh perlawanan kelayakkan piala afc u23 kumpulan J :

MALAYSIA 2-2 CHINA.

Jaringan oleh :

  • Zhu C. 9″ Gol sendiri
  • Zhang Yuning 16″
  • D Haqim 55″
  • J Shenglong 84″

KEUDUDUKAN KUMPULAN J.

  1. CHINA 7 MATA
  2. MALAYSIA 7 MATA
  3. LAOS 3 MATA
  4. PHILIPPINES 0 MATA

Malaysia menamatkan perlawanan di tempat kedua. China juara kumpulan J biarpun mata sama dengan Malaysa yang lebih jaringan.

malaysia vs china

Apa function hadi fayyah, kenapalah coach DOKS masih simpan dia lagi, ketika dia macam dah tak berapa nak function separuh masa kedua.

 

SHAH ALAM: Skuad Datuk Ong Kim Swee tiada tuah.

Hanya itu ungkapan yang mampu merungkai perjalanan 90 minit skuad negara selepas mengikat China 2-2 pada aksi terakhir Kumpulan J saingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2020 di Stadium Shah Alam, di sini, malam semalam.

TAHNIAH HARIMAU MUDA, TAHNIAH EKOR HARIMAU MALAYA KEMBALI BERAKSI!! 

Apapun, sekalung tahniah wajar diberikan kepada anak buah Kim Swee kerana langsung tidak menunjukkan rasa gentar menentang lawan yang boleh dilabel selaku gergasi bola sepak di benua Asia itu. Ternyata skuad kendalian Hiddik bekas coach Real Madrid dan Chelsea agak gugup sebenarnya bertemu dengan pasukan asia tenggara yang hebat dengan gelaran asian tiger ini.

Tidak hanya keputusan yang menjadikan penanda aras sebaliknya perlawanan itu seakan mengajar negara Tembok Besar itu, selepas skuad negara dua kali mendahului lawan namun lawan jelas memanfaatkan kelebihan fizikal apabila kedua-dua jaringan mereka dihasilkan menerusi tandukan. Itu yang aku hangin dengan perlawanan malam tadi, marking man untuk pemain yang tinggi lampai terpaksa kita akui kita tak hebat dibahagian itu. Tapi boleh je nak atasi masalah ini. Jangan bagi pemain mereka buat hantaran lintang.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan China layak secara automatik ke pusingan akhir B-23 AFC di Bangkok tahun depan selepas menjuarai Kumpulan J dengan himpunan tujuh mata hasil dua kemenangan iaitu menewaskan Laos (5-) dan Filipina (8-0) selain seri dengan Malaysia.

Skuad bimbingan Kim Swee pula menduduki tangga kedua selepas turut mengumpulkan tujuh mata, hasil kemenangan 3-0 ke atas Filipina dan Laos (1-0), namun dibezakan dengan jumlah jaringan. Malaysia kini mengharapkan turut layak ke Bangkok selaku naib juara kumpulan yang menyediakan empat tempat.

Secara keseluruhannya pemain malaysia dan china dilihat seimbang dari segi serangan. Cuma malaysia lebih memanfaatkan peluang yang ada. Ternyata pasukan china ada lebih sedikit hebat sebenarnya. Bermain di Stadium Shah Alam di tambah dengan fans ekor harimau malaya sudah tentunya pasukan china agak gerun sebenarnya. Pemain malaysia bermain dengan penuh semangat.
malaysia vs china
PEMAIN Malaysia, Nik Akif Syahiran diasak pemain China, Hu Jinghang (kiri) pada aksi terakhir Kumpulan J saingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2020 di Stadium Shah Alam, malam tadi. – Foto Sairien Nafis

Apapun, seperti dijangka dalam perlawanan sebentar tadi, China memulakan perlawanan cukup agresif ketika skuad negara seakan masih membaca permainan namun masih tetap mampu menguji benteng lawan buat beberapa kali.

Ulasan ringkasan perlawanan malaysia u23 vs china u23 26.3.2019 

Gol pertama buat malaysia

Pada minit ke-11, Muhammad Syahmi Safari sekali lagi membuktikan betapa dia memiliki kemampuan, kali ini muncul pencetus kepada jaringan pembukaan perlawanan selepas hantaran lintangnya tertampan kaki pertahanan lawan, Zhu Chen Jie sebelum bola menerjah ke gawang China.

Keadaan stadium jadi gamat seketika. Tapi itulah kalau dah leading suka-suka, pertahanan jadi leka lah tuh.

Pertahanan Leka. 

Bagaimanapun jaringan itu hanya bertahan lima minit selepas Zhang Yuning kembali menyamakan kedudukan untuk melengkapkan 45 minit pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Hampeh jer masa tuh bila dapat tahu bolos. Jahanam tol.

Separuh masa kedua. 

Malaysia mula mengatur langkah. 

Sembilan minit separuh masa kedua, kesilapan penjaga gol China, Chen Wei yang gagal menangkap kemas bola sepakan sudut nyata kembali meriuhkan suasana Stadium Shah Alam apabila Muhammad Danial Haqim pantas meluru untuk menampan masuk gol kedua Malaysia.

Situasi itu jelas beri keyakinan buah pemain negara yang dilihat selesa bertukar hantaran, sebaliknya anak buah Guus Hiddink terus dihimpit tekanan apabila segala usaha diatur sering menemui jalan buntu.

China menyamakan kedudukan. 

Ketika impian penyokong negara sudah bersiap untuk meraikan kejayaan layak ke pusingan akhir di Thailand tahun depan, pertahanan lawan, Jiang Sheng Long muncul sebagai pemusnah meledak gol kedua China pada minit ke-83.

Gol tiada lagi dihasilkan hinggalah masa tambahan sehingga 5 minit main. Tiada serangan yang merbahaya dilakukan.
  malaysia vs china
PEMAIN Malaysia, Muhamad Shahrul N izam diasak pemain China, Lin Liangming pada aksi terakhir Kumpulan J saingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2020 di Stadium Shah Alam, malam tadi. – Foto Sairien Nafis
Video gol perlawanan yang berlangsung malam semalam. 4 gol terhasil. 

Kedudukan ke 2 terbaik setakat ini (ketika sedang ditulis). 


1. Australia +6 (4)
2. T
ajikistan +2 (4)
3. MALAYSIA +1 (4)
4. Myanmar +0 (3)
5. Thailand +0 (3)
6. Singapura +0 (2)


MALAYSIA harapkan (Iraq vs Iran) (Jordan vs Syria) (Bahrain vs Palestine) (UAE vs Arab Saudi) ad 2 pasukan yg kalah dari 4 game nie..jika 3@4 seri dri game nie Malaysia out ke piala asia.. 

Share this on WhatsApp

AFC CUP keputusan dan kedudukan terkini kumpulan malaysia piala afc u23 2019, keputusan malaysia vs china afc u23 26.3.2019, malaysia layak ke piala afc u23 2020, ulasan perlawanan malaysia u23 vs china u23 26.3.2019, video gol highlights malaysia 2-2 china afc u23 26 march 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.