• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan Kelantan vs Sabah 4 februari , piala fa 2014

Keputusan Kelantan vs Sabah 4 februari , piala fa 2014

Zik · Feb 5, 2014 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
keputusan kelantan vs sabah fa piala fa 2014,

Games yang sengit jugakla perlawanan malam tadi diantara Sabah bertemu dengan kelantan selaku penyandang juara bagi piala fa tahun lepas 2013. Sabah selaku pasukan underdog dilihat berpotensi untuk maju kehadapan jika banyak aspek dirombak. Walaupun underdog memberikan saingan yang hebat dalam persaingan kali ini. Tidak memberi ruang untuk kelantan untuk mara dengan mudah.

Keputusan perlawanan malam tadi:

Kelantan (2) vs (1) Sabah

Jaringan :

  • Shawky Ali (minit ke 44)
  • Rosdi ( minit ke 55)
  • Syakir Ali ,( minit ke 95)

Ulasan perlawanan kelantan vs sabah.

Perlawanan yang agak  seimbang. Tetapi pada kasarnya, kelantan lebih mendominasi perlawanan dari separuh masa pertama dan kedua. Awal babak separuh masa pertama, kelantan mula mengatur serangan. Pemain kelantan, Shawky diantara yang mencuri tumpuan sebelah kiri. Banyak idea serangan, cuma agak terlambat dan tak dapat support sebaiknya.

Sabah pun ada jugak buat attacking, tapi pertahanan kelantan cukup kental. Wan Zaharul nizam bermain agak kasar disebelah kiri pertahanan. Berapa kali dia tackle pemain sabah. Rozaimi beraksi cemerlang malam tadi, cuma sepakan dia agak meliar sedikit. kencang dan kencang, cuma tak berapa sharp jer. Kalau shoot on target, rasanya memang gol tuh. Apepun, pemain sabah rozaimi dilihat lebih menyinar lah dari pemain import.

Kelantan didepan.

sebelum 1 minit tamat, kelantan mendapat gol awal untuk mencari keselesaan awal. Hasil dari serangan yang agak kelam kabut di dalam kotak penalti. Mujurlah badri radzi yang sempat membuat hantaran ke sebelah kiri kepada Shawky untuk membuat sepakan sedikit ke sebelah kanan menewaskan penjaga gol Sabah. Tindakan yang bijak, membuahkan hasil akhirnya.

Separuh masa kedua.

Sabah tidak berputu asa mencari gol penyamaan, Rosdin membakar semangat buat pemain sabah untuk mencari gol penyamaan apabila serangan balas akhirnya terjawab pada minit ke 56. Serangan yang pantas, hasil dari epakan percuma oleh Rozaimi dan ditanduk oleh siapa yang tak pasti. Yang penting kena keeper. Bola itu terlalu laju, keeper cuma dapat menampan bola muntah itu dan disempurnakan oleh Rosdin yang berada disebelah kanan untuk meluru bola yang tinggi itu masuk kegawang kelantan.

Kelantan menggandakan asakan.

Games yang berbaki berapa minit jer lagi nih, kelantan terus mengasak dan mengasak. beberapa percubaan yang menarik dari gerakan ghaddar dan gandingannya Syakir Ali hampir menjaringkan gol. Namun, tiang dan penjaga gol menjadi penghalang. Last sekali, fakri Sa’arani membuat finishing ke lautlah pulak. Sabor jerla. ketika perlawanan lagi seminit dua jer lagi, akhirnya Syakir Ali menjadi penyelamat buat kelantan berjaya menjaringkan gol kemenangan buat kelantan apabila bola muntah tidak berjaya ditangkap dengan kemas hasil sepakan kencang dari Fakri yang mendapat lorongan dari Ghaddar yang menggelecek bola dengan baik sekali. Fakri sepak, keeper cuba tangkap, terlepas. Kemudian , syakir yang berada disebelah kiri mencuri peluang menyepak kencang bola masuk ke gawang sabah. Gooolll.

Tahniah buat kelantan, dan sabah juga harus diberikan pujian, kerana terpaksa berdepan dengan pasukan yang hebat dipusingan awal saingan piala fa kali ini.

Kelantan dijadualkan akan bertemu dengan PKNS dalam suku akhir nanti. Chow..

Layan video gol highlights Kelantan vs Sabah nih.

Banyak attack kelantan nih.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan analisis kelantan vs sabah 4 feb 2014, kelantan 2-1 sabah piala fa 2014, keputusan kelantan vs sabah fa piala fa 2014, keputusan perlawanan piala fa sabah vs kelantan 4 feb 2014, keputusan sabah vs kelantan 4 februari 2014, video gol highlights kelantan vs sabah 4 feb 2014, youtube gol kelantan vs sabah piala fa 2014

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. autostaffer.com says

    February 5, 2014 at 10:30 am

    biarpun juara bertahan piala FA, tapi Klantan masih kalah dengan klub Indonesia Super League (ISL). Indonesia Djayaaaa……….hee 😀

    Reply
  2. fyna says

    February 5, 2014 at 10:47 am

    tahniah pasukan kelantan.

    Reply
  3. Hafizul says

    February 5, 2014 at 11:13 am

    Tahniah buat KELANTAN..haha

    Reply
  4. hazman aka species1980 says

    February 5, 2014 at 2:24 pm

    Memang agak tragis gak game malam tadi…. rezeki team kelantan laaa

    Reply
  5. guliroket says

    February 5, 2014 at 5:46 pm

    20 minit terakhir tu, memang kelantan pegang habis. lagi-lagi lepas rozaimi keluar. memang gua tengok, sabah susah dah nak bertahan.

    Reply
  6. Manan Qayyim says

    February 5, 2014 at 6:50 pm

    Gomo klate gomo…

    Reply
  7. suri says

    February 6, 2014 at 10:39 am

    saya tak tengok pun sebab melayan anak buat kerja sekolah.wah zik peminat tegar pada suka bola nampaknya

    Reply
  8. Syasya says

    February 6, 2014 at 11:22 am

    tahniah Kelantan… wpun syasya x bpe minat bola hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Irfan Fazail dan Fadhli Shas Sertai JDT 2014!!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Satu berita yang baru diterima. Dari Harimau …

Piala FA Sukan

Live streaming Perak vs PKNP piala fa 11.5.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan piala fa hari ini suku akhir kedua…

Sukan

Live streaming Iran u16 vs Indonesia u16 afc u16 21.9.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG PERLAWANAN PERTAMA KUMPULAN C 21.9.2018 Ya ud…

%d bloggers like this: