• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan Johor Darul Takzim 4 VS 2 kelantan, suku akhir1 piala malaysia 2013

Keputusan Johor Darul Takzim 4 VS 2 kelantan, suku akhir1 piala malaysia 2013

Zik · Sep 29, 2013 · 20 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

https://i1.wp.com/img196.imageshack.us/img196/2044/03z8.png

Salah satu perlawanan yang paling menjadi tumpuan. Ramai yang meramalkan kelantan akan mendominasi perlawanan. Namun, inilah dalam dunia bolasepak. Memang ada naik turun, selain beberapa kontroversi pak guard yang jadi kecoh minggu ini.

Keputusan penuh suku akhir 1:

  • Jdt [4] vs [2] Kelantan
  • Sarawak [0] vs [0] Sime Darby
  • Pahang [3] vs [2] PKNS
  • Lion XII [1] vs [0] ATM

Jaringan JDT VS KELANTAN:

  • Jasazrin 4′ JDT
  • Mat Yo 21’JDT
  • Safiq 39′ JDT
  • Nunez 81′ JDT
  • Indra Putra 23′ Kelantan
  • Obina 49′ Kelantan

 

beli tiket, gambar beli tiket, tiket di stadium larkin

Johor darul takzim bawa 2 gol bekalan, kelantan ada 2 gol pelawat!!

Walaupun pada hakikatnya johor darul takzim kelihatan ada dua gol kelebihan sebagai bekalan sebelum perlawanan timbal balik di stadium muhammad V, kelantan. Belum pati lagi, kerana kelantan ada dua kelebihan 2 gol pelawat, perlawanan pastinya belum memberi kelebihan buat jdt lagi.

Barisan kesebelasan utama JDT malam tadi:
Al Hafiz, Irfan Abd Ghani, Aidil Zafuan (K), Awe, Safiq, Mat Yo, Safee, Nazri, Jasazrin, Haidin, Akram

Simpanan: Nunez, Ezrie, Tuah, Redzuan Nawi, Zufadhli, Thanaraj, Farid Ramli.

Percaturan bojan Hodak.

Selaku jurulatih utama pasukan kelantan, belaiau menafikan belum menggangkat bendera putih awal-awal lagi. Beliau menjelaskan ada lagi 90 minit yang perlu diperbaiki dan tidak akan sewenang-wenangnya memberi kemenangan kepada pasukan JDT.

Ulasan perlawanan JDT VS Kelantan.

Separuh masa pertama memperlihatkan jdt dilihat selesa menguasai perlawanan. Beberapa peluang terhidang dibiarkan begitu sahaja. JDT yang turun dengan penuh semangat berjaya memperoleh gol seawal minit ke-4 menerusi sepakan percuma yang jauh sejarak 30 meter oleh Jasazrin Jamaludin. Dia tak lencong tetapi , ngam-ngam kena palang sikit dan masuk gol.

Jdt semakin mendapat rentak.

JDT terus membuat serangan demi serangan, apabila mengandakan jaringan pada minit 21 menerusi gerakan licik penyerang pakar gelicik negara, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo). Sempat lagi dia gelicik depan gol. Mat yo dapat peluang hasil dari sepakan kencang dari safee sali, kemudiannya bola itu gagal ditangkap kemas, terkeluar dan matyo menyudahnya dengan gelicik dan finishing yang cantik sekali.

Kelantan tidak berputus asa.

Kelantan yang cuba untuk mencari rentak berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 23. hasil sepakan yang kencang, terkena kaki pertahanan JDT aidil yang cuba menampan bola itu, tetapi penjaga gol al-hafiz menjadi keliru bola itu melantun ke arah lain. 2-1 ketika itu.

Bagaimanapun Safiq Rahim menambah jaringan JDT, [3 vs [1] apabila berjaya menyempurnakan umpanan cantik dari Mat Yo pada minit 39. Mungkin tuah rambut baru kot. Hehe.

Separuh masa kedua, bojan hodak menukar strategi.

Pada separuh masa kedua, pengendali Kelantan, Bojan Hodak membuat pertukaran untuk memperkemaskan barisan tengah dan pertahanan Kelantan. Pertukaran itu ternyata berhasil ini kerana Kelantan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Obinna Nwaneri pada minit 50. Dilihat selesa dengan kedudukan tersebut, Kelantan seperti memperlahankan rentak permainan. Sebenarnya tak jugak, kelantan terus mencari gol penyamaan, serangan yang bertali arus. Banyak percubaan, berjaya diselamatkan oleh al-haifz, kalau tak memang kena bedal JDT.

JDT menjarakkan jurang 2 gol.

JDT kembali mengganas dengan kemasukan Nunez dan mendapat sepakan percuma pada minit 81. Nunez menyempurnakan sepakan lencong tue, dan menghasilkan gol keempat buat JDT. 4 kali tertewas khairul fahmi che mat.

Keputusan penuh Johor DT 4 – 2 Kelantan.

Kedua-dua pasukan akan berentap pada 5 Oktober 2013 ini untuk aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2013. Bagaimana agaknya, ?? Sama-samalah kita saksikanya.

Apepun beberapa fenomena yang pelik malam tadi ialah:

  • 2 free kick terbaik
  • Matyo  tak salah gol
  • Piya hilang taring
  • Safee sali penalti tak masuk
  • Tuah rambut baru Safiq Rahim
  • Apek tangkap ayam
  • Reff krem, ini pun boleh jadi???
  • Suar kembali di larkin
  • Hujan bola kertas
  • Bojan mengamuk
  • Pakcik guard kecewa??
  • Presiden fam bila nk letak jawatan?

Jom layan video goal highlihts kelantan vs jdt malam tadi :

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan gambar sekitar stadium larkin, jdt 3 kelantan 2 piala malaysia, keputusan kelantan vs jdt suku akhir piala malaysia 2013, keputusan penuh suku akhir1 piala malaysia 2013, keputusan suku akhir piala malaysia 2013, ulasan perlawanan kelantan vs johor darul takzim, video gol highlights jdt vs kelantan 2013, youtube gol johor darul takzim vs kelantan piala malaysia

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    September 29, 2013 at 11:29 am

    Tanniah buat JDT dengan selesa melangkah.

    Reply
    • zik says

      September 29, 2013 at 3:18 pm

      belum pasti lagi…2nd leg nanti pastinya lain ceritanya.

      Reply
  2. Hafizul says

    September 29, 2013 at 11:59 am

    Hehe..tahniah buat pasukan JDT..

    Reply
    • Zik says

      September 30, 2013 at 12:00 am

      masih belum boleh mendabik dada… bojan hodak lebih banyak pengalaman…

      Reply
  3. blogger lelaki says

    September 29, 2013 at 4:30 pm

    semoga TRW bangkit disaat 90 minit terakhir nnt…

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 11:49 pm

      kelantan masih ada kelebihan di tempat sendiri…

      Reply
  4. Anuar says

    September 29, 2013 at 5:39 pm

    Tahniah pasukan Johor sebab berjaya mengalahkan Kelantan 4-2.. Malam tadi tak tengok perlawanan dekat Stadium Johor ni. . Sebab tengok perlawanan Selangor dengan Singapore dekat Stadium Shah Alam, tapi di depan tv jer. . Hahaha.. Erk.. Malam tadi Pablo Aimar tak main ker? Dengar cerita Pablo Aimar dah berada bersama pasukan Johor, betul ke?

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 10:38 pm

      dia dah datang, tapi belum boleh main lagi dengan jdt lagi.. next season bro.,..maknanya liga super tahun depan dah boleh main..sekarang belum boleh lagi…

      Reply
  5. Bahrain says

    September 29, 2013 at 5:46 pm

    harap2x johan untuk tahun ini.

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 6:16 pm

      Amin.. semoga makbul doa mu bro..

      Reply
  6. suri says

    September 29, 2013 at 8:44 pm

    saya tengok kt rnr jer huhu..

    Reply
  7. wazy says

    September 29, 2013 at 9:00 pm

    tahniah buat JDT,memang menang sorak je malam tadi

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 11:47 pm

      meriah di stadium larkin malam semalam…

      Reply
  8. Juan says

    September 29, 2013 at 10:50 pm

    terbaiklah johor, kekalkan permainan mcm ni la best, safie sali kena kemaskan lagi rentak beliau

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 11:30 pm

      safee sali dah ditahap yang ok.. cuma mungkin dia kena kawal emosi sikitla… coach yang baru nih banyak bagi peluang dia beraksi.. malam semalam pun dia ada assist

      Reply
  9. MissPuanYati says

    September 29, 2013 at 11:15 pm

    Tahniah JDT. Jumpa di Kelantan nanti 😉

    Reply
    • Zik says

      September 29, 2013 at 11:29 pm

      itu yang gerun tuh sebenarnya.. sana kubu kuat kelate !!!

      Reply
  10. kakiblog says

    September 30, 2013 at 12:00 am

    tahniah JDT..anda pasukan yang hebat

    Reply
    • Zik says

      September 30, 2013 at 12:01 am

      baru mendapat rentak.. tapi banyak perkara yang harus diperbaiki terutamanya dibahagian pertahanan… coach pun main peranan.. huhu

      Reply
  11. rahman says

    October 3, 2013 at 10:39 am

    JDT memamg menunjukan prestasi yg meningkat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Wordless wednesday 5

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG lol Share this on WhatsApp

LIGA SUPER Sukan

Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Nampaknya Badan Bola Sepak malaysia dalam ken…

Sukan

Live streaming Timor leste vs Philippines aff suzuki cup 17.11.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Live streaming perlawanan Timor Leste vs Phip…

%d bloggers like this: