• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan JDT vs Selangor liga super 13/7/2015

Keputusan JDT vs Selangor liga super 13/7/2015

Zik · Jul 14, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

liga super , logo liga super,Perlawanan terakhir sebelum kita beraya, hehe. Pertembungan dua kelab gergasi JDT vs Selangor di stadium keramat Larkin ternyata pasukan jdt belum lagi tewas malam tadi. Keputusan berpihak kepada jdt yang mahu mengejar pasukan pahang semakin jauh matanya tuh. Apepun perjalanan liga super masih jauh lagi. Selepas raya baru kita akan up balik.

Keputusan penuh :

JDT (3) vs (1) Selangor.

Jaringan oleh :

  • Amri yahya 12″
  • Andik Vermansyah 45+2″
  • Luciano Figueroa 45+3″ 81″

Tahniah JDT 3 mata penting malam tadi. Untuk pasukan Selangor anda dah cuba memberikan satu tentangan sengit di second half dengan lebih dominan di tengah dan lebih banyak aksi di final third masa perlawanan.  Aku lihat Selangor benar benar hampir dapat sesuatu bila JDT suddenly longgar. Cuma agak down kerana mistake melepaskan foul di kawasan yang memang potential untuk gol. Selangor meningkatkan urgencies dan memberikan ancaman walaupun JDT ada extra player di defensive third. Cuma tumpul di depan gol. JDT berjaya menyerap tekanan dengan 2 pivot. Satu game yang agak ‘panas’ namun tetap terkawal dengan kedua dua pasukan lebih mahu fokus kepada game. apepun pasukan selangor adalah tetap pasukan yang aku respek build up pemain muda yang berbakat. Nampak macam selangor vs selangor jer kan. Hehe.

Ulasan cap ayam.

Gol pertama dari amri yahya adalah hasil dari setting yang baik dari luciano figueroa, sebelum tuh bola tuh dari nazrin nawi.dia long ball depan, tepat kepada amri, kemudian pass kepada luciano dan one two back to amri. Amri terus finishing menewaskan penjaga gol selangor.

Selangor dan jdt masing-masing membuat asakan. Tetapi agak buntu. Andik vermansyah menewaskan penjaga gol jdt, Farizal marlias apabila selangor mendapat sepakan percuma diatas kekasaran. pada minit 45+2, sepakan yang dalam sudut sukar, andik membuat sepakan yang cukup mengelirukan farizal. Memang cantik beb.

Selang tak sampat seminit, jdt didepan apabila tandukkan luciano figueroa berjaya menerjah masuk ke gawang selangor. Agak malang buat pasukan selangor. baru jer menyamakan kedudukan. Silap sikit yang membawa padah.

Separuh masa kedua.

Memperlihatkan kesungguhan pasukan selangor mencari gol penyamaan. Memang bertali arus. Cuma mungkin disebabkan kecekapan penjaga gol jdt, dan juga defend cepat build up team untuk bagi turun dan support menyukarkan selangor membuat finishing yang cukup sempurna menewaskan bekas penjaga gol selangor.

Gandingan beberapa pemain import wak doyok tak berapa nak menjadi lah, main macam nak gol seorang jer. Kemonla, apepun andik pemain yang aku lihat penuh bersemangat dia punya performance dari dulu sampai sekarang. Kalau main untuk team indonesia tuh, lainlah. Ada beberapa peluang sepakan percuma, cuma kali ini dinafikan oleh farizal marlias. Kalau terolopong jer, 3 gol dari andik bakal dapat.

Gol ketiga, kemenangan buat jdt.

Dibalik serangan dari selangor, jdt pun ada juga membuat counter attack. Sehinggalah minit ke 81, jdt dihadiahkan sepakan percuma dan jarak dari gawang dekat jugakla dibahagian tengah. Salah satu akan membuat sepakan, luciano atau safiq rahim. Aku tengok macam shafiq yang akan shoot. Tapi bila tengok angle, dah tahu mesti luciano, sepakan yang deras ke sebelah kiri menewaskan penjaga gol badan besar yang digantikan dengan sapa entah. JDT 3-1 Selangor.

Ada sedikit peningkatan taktikal dari pemain anak didik mario gomez. Cuma masih terlalu jauh untuk diperkatakan. JDT perlu buktikan diperlawanan peringkat seterusnya di afc cup menentang bekas pasukan south china, mario gomez. Harapnya dia tahu pemain mana yang kena marking, dan apa agaknya taktikal yang akan digarap nanti.

Buat fans terutamanya ultrasel tahniah dan terima kasih kepada semua atas sokongan tanpa henti anda dan yang tambah membanggakan, kita semua mengekalkan perilaku selaku penyokong berdisplin di larkin.

Sekarang nih kita terus ke mood raya dululah. Hehe.

Bila time dah habis tuh, aku nampak tmj ambil mikrofon. Apabila bekas presiden PBNJ memuji Selangor:

“Terima kasih kepada penyokong Selangor dan Ultrasel. Walaupun Selangor tewas team anda tetap Lagenda Bolasepak Malaysia”.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan kedudukan terkini carta liga super 13.7.2015, keputusan jdt vs selangor 13/7/2015, keputusan penuh jdt vs selangor 13.7.2015, keputusan terkini jdt vs selangor fc 13.7.2015, ulasan penuh selangor vs jdt 13.7.2015, video gol jdt 3-1 vs selangor 13.7.2015

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. abg jay says

    July 15, 2015 at 2:50 pm

    terbaik dari JDT….Selangor lagend.

    Reply

Leave a Reply to abg jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: