Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / KEMAS tak jadi naikkan yuran TASKA, TABIKA tahun depan 2025

KEMAS tak jadi naikkan yuran TASKA, TABIKA tahun depan 2025

Zik · Dec 19, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tiada kenaikan harga yuran taska

Syukurlah. Kerajaan mendengar rintihan rakyat jelata. Kalau tak pening wei. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan tiada kenaikan yuran membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.

“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

“Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” katanya.

KEMAS turut memaklumkan, kenyataan itu dibuat susulan kebimbangan masyarakat terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS berikutan laporan berita bertajuk ‘Yuran taska dan tadika meningkat hingga 25 peratus’.

“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan masing-masing sekitar 20 hingga 25 peratus tahun depan.

Katanya, keputusan itu dibuat kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi semasa, selain berikutan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman KEMAS tak jadi naikkan yuran TASKA, TABIKA tahun depan 2025, TADIKA KEMAS TIDAK NAIK YURAN, Yuran taska tadika tidak dinaikkan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.