Yang nyata, cerita ini adalah rekaan semata-mata. Jangan pulak korang buat nanti yer. Sabar jerlah.
Alkisahnya begini, dipertengahan bulan ramadhan, baru-baru nie jer. adalah seorang pendengar setia Radio Terbakar FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio.
Pendengar : Hello,.. radio Terbakar FM ke tu?
DJ Farah Paulana : Ha ah..betul..dengan siapa saya sedang bercakap bercakap nih?
Pendengar : Saya Karim karan dari Kampung Pisang, boleh tuju lagu (request lagu) tak ?
DJ Farah Paulana : Ya sudah tentu!!Kan sekarang nie tengah segmen request lagu. Encik Karim mahu request lagu apa yer? Cer request, cer request.
Pendengar : Boleh ker tolong putarkan Azan Maghrib cik farah!! Dah lapar sangat nih..
DJ Farah Paulana: ……..
Macam tuh pun ada ker?? Sabau jerla. Sekian, selamat berpuasa. Jangan lupa datang gerai aku, beli air kelapa pandan special, soya cincau dan tembikai special. Satu bungkus seringgit jer.Selamat berhujung minggu.
Sumber fb cerita lawak
Mus says
janganlah sampai ke request azan tu..
sampai masa kenalah azan..
afiq aiman says
nak try la. mesti pendengar ketawa habis-habisan kalau ada yg buat perangai mcm ni
yusuf laili says
Salam;
kalau aku dekat..ingin juga cuba rasa air kelapa pandan..Huhhuh!!
megat says
idea bernas ni.
sollehahn says
haha..bleh plak request azan
Nurdalila says
alhamdulillah……bgus pemanggil tu……mmg ptut la wt request tu…..mse brbka xdgr azan brkumandang pon kn d Terbakar Fm…huhu
zulkbo says
salam..
nak kena sekeh kepala
la tu..request yang melampau..
he he..
ermm..meniaga air ke?
mesti banyak masuk Zikr?
Alhamdulillah..
anif says
Hahaha.. nampak terdesak sangat tu 😀
muhammad fakhruddin says
Mana boleh tuju azan Maghrib, kan sama je dengan waktu Zohor, Asar, dan Isyak. Azan Subuh barulah ada kelainan 😉
adamfaiz says
betul2… tapi ideanya still kelakar la
akubiomed says
Kesiannya. Buat malu sahaja anak saya lebih baik berpuasa 🙂
Juan says
sebenarnya ni bebetul berlaku atau ader org reka ayat nih
Nik Thoha says
Permintaan tak boleh diterima tu.
kena tunggu masuk waktu maghrib baru boleh azan. 🙂
tehr says
hehe
selamat berniaga
banyak untung nampak tu 😀
nizamghazi says
DJ Farah Paulana Cer request, cer request. 🙂
nizamghazi says
Memang sempoi jalan citer ni
Lapar sgt dah tu, dah x sbr .
bEe says
Huhuhuhu
Nak kata budak mcm dah besar….
Azan dikatakan lagu ker???? 🙁
mancai says
hahaha… niaga kat manar tu? kalau terlalu boleh la menyinggah… huhuhuhu
Khidhir says
haha.. aku suka nama2 yg digunakan dalam cerita ni..
nasslimdiet2 says
memang class la lawak ni. nama-nama watak pun kreatif
aimannajmy says
huhu lawak di bulan puasa