Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Kebangkitan harimau malaya vs Yemen 2-1(kelayakkan piala asia 2015)

Kebangkitan harimau malaya vs Yemen 2-1(kelayakkan piala asia 2015)

Zik · Mar 25, 2013 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs yemen, malaysia vs yaman,

Satu kelegaan buat skuad kebangsaan kendalian k raja gopal. Kelebihan di tempat sendiri memberikan 3 mata penuh buat pasukan malaysia untuk perlawanan yang kedua, setelah kalah pada perlawanan pembukaan dengan qatar 2-0 di tempat lawan.

Malaysia banyak peluang, tetapi alpa.

Biarpun pada awal perlawanan, memang ada banyak asakan. Tetapi ketangkasan pemain yaman, dan skill individu meletakkan yaman dihadapan pada minit ke 12. Memang cantik gol dari pihak sana, iaitu Aiman Salleh Abdullah Al-Hagri. Bola swing beb.

Malaysia tidak goyah.

Namun Malaysia bangkit menguasai permainan dan beberapa kali berjaya mengucar-kacirkan kubu lawan. Gol penyamaan ahkirnya muncul juga pada minit 26 menerusi gerakan cantik Mahali Jasuli dan Wan Zack Haikal, tetapi terkena pertahanan yemen dan kelebihan itu kemudiannya disudahkan oleh Azamuddin Akil dengan mudah!! 1-1!!

Separuh masa kedua.

Separuh masa kedua bermula dengan Yemen cuba mendapatkan rentak mereka kembali. Malaysia dan Yemen saling berbalas serangan namun Malaysia dilihat lebih banyak menguasai permainan. Benteng pertahanan Malaysia juga cukup kental walaupun nyaris-nyaris beberapa kesilapan mereka mengundang padah kepada pasukan. Kemasukan Piya dan Khyril Muhaimeen menggantikan Gurusamy dan Amri Yahyah kembali menghidupkan jentera serangan dan tengah negara.Memang banyak peluang disia-siakan dari matyo, amri yahya, dan fadhli shah. Terlalu gopoh lah kot. Dalam pada itu, keadaan padang yang basah, hujan lah katanya membantutkan kelajuan rentak permainan.

Malaysia didepan akhirnya!!

kebuntuan malaysia akhirnya terjawab apabila Khyril Muhaimeen berjaya menjaringkan gol kemenangan, hasil hantaran lintang Mat Yo pada minit 80. Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan dan Malaysia memperoleh kemenangan pertama dalam Kumpulan D untuk  Kelayakan Piala Asia Australia 2015.

Jom kita layan video goal highlights gol dari pemain yaman dan malaysia.

Perjalanan buat skuad malaysia terlalu ranjau berduri. Bukan mudah untuk terus mara dalam kumpulan ini. Bahrain, qatar dan yaman dari asia barat yang hebat-hebat belaka. Apepun kemenangan ini, sedikit sebanyak memberi sedikit ruang, buat pasukan lain jangan terlalu pandang rendah dari pasukan malaysia.

Share this on WhatsApp

Sukan 2015, afc, featured, goal, gol azamudin akil malaysia vs yemen 2013, gol kyril muhaimin malaysia vs yemen, gol malaysia vs yaman, malaysia, malaysia lwn yaman, malaysia vs yaman 2013, malaysia vs yamen, malaysia vs yemen 22 mac 2013, malaysia vs yemen video, video, video gol highlights malaysia vs yemen 2013, video malaysia vs yemen, video malaysia vs yemen 22 mac 2013, yemen, youtube gol malaysia vs yemen 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    March 25, 2013 at 12:30 pm

    Tidak terlewat untuk komen. Walaupun diperingkat persahabatan aksi pasukan Harimau Malaya kurang menyakinkan. Tanniah.

    Reply
  2. LepakDMalaysia says

    March 27, 2013 at 2:40 pm

    Sedih sikit sbb mesia kalah lak ngan Palestin …..tp satu percubaan yg bagus tu sebenanrnya….

    Reply
  3. titan says

    March 29, 2013 at 12:04 am

    tak kesahlah..janji kita menang. hoho..

    Reply
    • Zik says

      April 1, 2013 at 12:11 am

      ye betul tuh bro…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.