Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN, KESAN KEMASUKAN PEKERJA ASING TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

KARANGAN, KESAN KEMASUKAN PEKERJA ASING TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Zik · Aug 26, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pekerja asing

Kemasukan pekerja asing ke dalam negara kita , Malaysia terutamanya pasti mengundang kesan positif dan juga negatif. Dewasa ini, peluang pekerjaan sudah semakin tertutup kerana pandemik melanda di negara kita. Ini adalah peluang buat warga tempatan mencari kerja tetap yang diperlu diisi oleh mereka yang memerlukan pekerjaan demi kelangsungan hidup.

SOALAN : Berdasarkan gambar rajah dibawah ini. Huraikan pendapat anda kesan kemasukan pekerja asing terhadap masyarakat dan negara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

tenaga buruh malaysia 2021

RANGKA KARANGAN.

Pendahuluan: Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja – sektor perladangan dan pembinaan-pekerja asing dibawa masuk

Isi 1: pekerja asing – datang dari negara-negara jiran-kemiskinan hidup di negara asal – berhijrah ke Malaysia – majikan di Malaysia cenderung mengambil pekerja asing-mempunyai kemahiran – menerima gaji yang lebih rendah daripada rakyat tempatan

Isi 2: kedatangan pekerja asing ini menimbulkan pelbagai gejala negatif-terlibat dalam aktiviti jenayah – mengancam penduduk setempat – menimbulkan kekacauan di negara ini

Isi 3: wujudnya masalah setinggan – membina atau menyewa rumah setinggan – majikan tidak menyediakan rumah – Wujud juga perkampungan mereka-menimbulkan perasaan bimbang dan tidak senang hati dalam kalangan rakyat tempatan

Penutup: meskipun membantu pembangunan negara-ada masalah yang timbul – menghantar mereka balik setelah permit tamat-mengehadkan kemasukan pekerja asing dari semasa ke semasa

CONTOH KARANGAN

Malaysia masih menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu, terutama sektor perladangan dan pembinaan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah rakyat negara ini yang terlalu memilih pekerjaan. Sehubungan itu, pekerja asing, terutama dari Indonesia, Thailand, dan Filipina dibawa masuk.

Kemasukan pekerja asing ke negara ini telah meningkatkan kadar jenayah. Hal ini demikian kerana, pelbagai aktiviti jenayah, misalnya samun, mencuri kenderaan, pecah uran sering dikaitkan dengan pekerja asing di negara ini. Mereka turut terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri dan juga dengan pekerja asing dari negara lain. Situasi seperti ini bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tempatan tetapi dapat menjejaskan kestabilan politik di negara ini.

Selain itu, masalah setinggan bertambah ekoran kemasukan pekerja asing. Mereka yang tidak disediakan rumah oleh majikan terpaksa menyewa atau mendirikan rumah secara haram di pinggir bandar atau di luar bandar. Di samping itu, terdapat juga sesetengah kawasan di negara ini yang menjadi penempatan pekerja asing, seolah-olah “perkampungan” mereka. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan, selain menjejaskan imej negara.

Masalah pengaliran wang ke luar negara tidak dapat dinafikan. Hal ini demikian kerana, pekerja asing ternyata menghantar sebahagian daripada pendapatan mereka kepada keluarga mereka di negara asal mereka. Mereka juga akan membawa pulang wang mereka setelah tamat tempoh berada di negara ini. Ertinya, wang yang sepatutnya dibelanjakan di negara ini telah berpindah. Situasi ini tidak membantu perkembangan ekonomi negara ini.

Meskipun kemasukan pekerja asing dapat membantu pihak tertentu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja, namun kesan negatifnya amat ketara. Oleh itu, masalah yang timbul ekoran kemasukan mereka perlu dipandang serius oleh semua pihak dan semua pihak tidak harus lepas tangan dalam masalah ini.  Tindakan  menghantar pulang mereka yang datang secara haram wajar diteruskan. Pada masa yang sama, sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan masyarakat tempatan wajar dihentikan demi masa depan rakyat dan negara ini.

 

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa English Apakah kesan kemasukan pekerja asing tak terkawal kepada negara kita, impak kemasukan pekerja asing ke dalam negara kita malaysia, KARANGAN KESAN KEMASUKAN PEKERJA ASING TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA, masalah yang akan dihadapi oleh negara apabila kemasukan pekerja asing dinegara kita

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.